mr nuff

Friday, 17 June 2011

antara dua..

hari nie 16 hb 6 bermakna dah habis drama NORA ELENA yang
menjadi kegilaan sesetengah pihak termasuk la aku nie.hehe
nak dijadikan cerita sebelum-sebelum nie aku memang
 tak berapa minat sangat dengan cerita nie.aku tengok pun sebab kakak aku yang tengok.
biasa la kan budak baru habis belajar tengah tunggu nak graduate 
memang la banyak masa terluang. so dia dengan bangganya mengistiharkan tv kat rumah aku tu hak dia.
wahhh!!! sesedap kau je ek..hehe.

tapi masalahnye time dia berebut nak tengok tv tu selalunya pukul 7 malam je.
kalau waktu-waktu lain tak berapa nak kisah la sangat.
aku dengan muskilnya pergi depan tv and intai cerita apa laa yang dia seronok sangat tengok tu.
kadang-kadang tu sampai keluar macam-macam gaya.
ada gaya menyampah laa, gaya suka laa, gaya gedik pun ada.hehe

sebab layankan sangat perangai 'gila' kakak aku tengok cerita tu
last2 aku pun berjangkit sekali. wahhh parah gini deh!!!
tengah sedap-sedap layan drama nie tetiba baru laa aku ingat yang drama nie sebijik
novel kasih yang suci. so aku try laa google rupa-rupanya betol.
tak sangka bijak gak aku nih..<<tetiba =,=">>


bila aku tak sempat tengok kat tv aku sanggup tengok dekat TV3 online
biar pun aku letih aku tetap nak tengok juga. agak gila kan aku..hehe
majoriti cakap cerita nih memang best coz romantik.
serius cakap kalau korang tengok pun mesti gila juga rasanya.hehe

watak seth tan lakonan Aaron aziz memang mantap.
sweet giler lah.boleh kata mesti ramai punya lah nak suami macam seth tan nie.
si nora elena lakonan siti saleha pun not bad juga. rasa macam real jer.

bagi aku tahap kegilaan nak tengok drama nih hampir sama time tengok
NUR KASIH. bezanya dulu drama nur kasih kena tunggu tiap-tiap minggu 
tapi cerita nih hari isnin-khamis. rasa macam tak perlu tertanya-tanya lama sangat.


oke kat sini aku nak tanya korang. antara cerita nur kasih dengan nora elena
yang mana paling best????

No comments: