mr nuff

Friday, 1 July 2011

kereta hybrid..

hii semua.sejak dua tiga hari nie korang tengok tak berita?? isu-isu panas sekarang nie tentang perhimpunan haram dan pembinaan kilang lynas di gebeng,kuantan pahang antara yang menarik perhatian aku.aku malas nak komen banyak-banyak. semua tu isu politik yang menyemakan berita je. tapi aku pelik la kenapa mesti halang pembinaan kilang tu?? bukankah benda-benda tu semua menjana kemajuan negara dan memberi peluang pekerjaan.lagipun kilang tu hanya kilang  proses nadir asli. lagipun banyak kegunaan 'benda alah' tu. oke dah cakap pasal benda ni.


oke back to the topic, tadi dalam berita ada cerita tentang jualan kereta hybrid yang semakin mendapat permintaan ramai. apa benda kereta hybrid tu?? sebenarnya aku pun bukan tau sangat. pernah dengar tentang kereta hybrid ni tapi tak tergerak hati nak tau lebih mendalam. so bila dah dengar berita tu teringin gak nak tau apa benda la yang diaorang tengah seronak sangat tu. oke jom kita check it out.
honda civic hybrid

toyota prius hybrid

kereta hybrid ni adalah salah satu penyelesaian masalah kenaikan harga petrol.selain itu, kereta ni juga mengurangkan pencemaran alam berbeza dari kereta biasa yang mencemarkan alam selain pengurangan pengunaan minyak. tapi masalahnya harga kereta hybrid ni dikatakan tak mesra pembeli. buat masa sekarang harga kereta ni mencecah antara RM120-170k. dengan harga ni aku rasa hanya mampu dimiliki oleh sesetengah golongan aje.



dah laa. tu je pun yang aku tau. sebenarnya kereta nie dah lama rasanya since 2008 kot kalau tak silap. biasa laa aku nie kuno gak sikit pasal kereta ni. jangan kata pasal hybrid, nak isi angin tayar kereta pun aku tak tau. aku tau bawa dan isi minyak je.hehe.kalau korang tau pape tak kisah la dalam bidang apa pun share-share la dengan aku. sharing is caring kan.^^

6 comments:

SweetLikeWhat said...

nice info :D

lala said...

thank^^

muhamad hanif said...

go greeenn !!

lala said...

taw xpe...hehe

budak ice said...

waaa mahaLnye..tp lawa gk..nak sbijik..wuwu ~ :P

lala said...

nah ambik laa...gmbar je bleh bgi..kehkehkeh