mr nuff

Tuesday, 26 July 2011

happy birthday to me....

hari nie dah genap 19 tahun. dah dewasa rupanya aku nie. rasa macam zaman budak-budak jaa. takda perubahan pun. tapi tu lah tak sangka cepat masa berlalu. oke macam biasa birthday aku tak sambut grand2 macam orang lain pun. satakat orang wish je dalam facebook. yang oke sikit hantar mesej.


apa pun special  thank to hascirah abdullah aka kakak yang  mesej aku dengan ayat poyo. helmie farizal aka teman hati yang sanggup call lama-lama dan nyanyi untuk aku walaupun tak laa sedap sangat suara tuh. fadzrul aka kwan baik aku yang nyanyi sambil main gitar. wan nur azua aka BFF aku. awal je minah nie wish aku walaupun tak tepat pukul 12 lagi. mama helina yang call aku and post hadiah untuk aku. cik nurul and farah yang kasi botol susu comel tuh and kawan2 yang wish kat fb tuh. makaceh laa bebanyak. you all memang best lah!!

kira korang ingat gak laa kat aku kan walaupun memang naik dekat wall fb korang. tape lah aku tak kesah pun. bagi aku birthday nie bukan ada apa pun. just nak ingat tarikh kita lahir ja. bagi aku tarikh lahir nie serupa macam mengingatkan kesakitan yang mak kita tanggung semasa lahirkan kita. apa-apa pun al-fatihah buat arwah mak aku yang dah pergi tinggalkan aku. susah hidup tanpa ibu nie sebenarnya. tapi tu lah pengalaman yang mematangkan aku dan mengajar aku hidup lebih tabah dan redha dengan apa yang aku ada.


apa pun aku harap aku jadi semakin matang dengan semua keadaan. dan yang paling penting apa yang aku impikan selama nie jadi kenyataan. to my lovely ayah thank you very much coz jaga adik sampai umur sekarang. YOU ARE THE BEST DAD!!. sanggup ayah suruh kak pah datang hantar buah sebab adik tak boleh balik. macam tau2 jaa adik nak teringan gila nak makan..tehee^^



Tuesday, 19 July 2011

saya nak pergi bercuti!!!

hi semua. sihat??..rasa lama aku tak buka blog padahal baru seminggu.heh!! dua tiga hari nie aku busy sikit la. hari nie aje pagi-pagi pukul 6 aku dah buka lappy siapkan assignment. nie lah akibatnya buat last minutes. sampai masuk mimpi.huh sabo je lah. oke lupakan semua tu. yang penting aku nak pergi bercuti!! release tension yang tak seberapa nih. nanti bila dah berlambak assignment susah dah nak pergi.


kalau sem lepas PULAU LANGKAWI jadi pilihan kami, sem nie PULAU PANGKOR pula. wah3!! tak sabar lah nak snorkelling, mandi pantai, naik banana boat and macam-macam lah.
hahaha bukan aku sorang je yang tak sabar. ada lagi tak sabar tuh. sape lagi kalau tak farra nurul aen kita..haha. 



semua bertambah excited bila semua duk google image gambar pulau pangkor. cantik-cantik kot pantai dia. 
image by google

image by google

dah tak sabar tunggu jumaat nie. !!!

Thursday, 14 July 2011

semester 3..

salam semua..firstly aku nak minta maaf kat korang yang tinggalkan link kat shoutbox tu sebab aku tak jejak korang balik. biasalah sejak balik hostel line macam siput buat mood nak online aku down. tapi korng jangan risau aku tetap akan  lawat korng balik. oke hari nie sebab kelas aku takde mood nak blogwalking berada di tahap yang tinggi. so ape kata korang tinggalkan link korang kat komen di bawah.^________^


orite hari nie aku nak cerita pasal subject aku. boleh tahan banyak weh. blur kejab aku tengok.

1:--COMMINICATIVE ENGLISH 2
2:--SOFTSKILL
3:--ENGINEERING MATH 3
4:--ELECTRONIC CIRCUIT
5:--COMPUTER NETWORKING
6:--ELECTRONIC COMPUTER AIDED DESIGN
7:--COMPUTER ARCHITECTURE AND ORGANIZATION
8:-- MICROPROCESSOR

lecture untuk semua subject aku rasa oke laa. tapi ada satu je aku tak suka. subject softskill. lecture lama aku waktu sem 2 ajar electric circuit. huh!! tension kot belajar dengan dia. garang mengalahakan singa betina. dah tu kedekut markah pula macam anti perempuan je. boleh kata majoriti budak kelas aku mengeluh bila dia mengajar kitaorang lagi. alahai sabo je lah.

tape lah sape yang ajar pun. yang penting success!!!


Monday, 11 July 2011

saya dah balik hostel.babai rumah!!

salam semua...hari nie dah balik hostel. dapat bilik 2 orang. agak luas.oke laa juga. stay with my friend deyla. dari pagi angkat beg yang besar-besar ke tingkat 4. agak penat dan letih tapi oke lah bila tengok bilik dah kemas cantik. berbaloi penat-penat pun.(^_^).

jom tengok gmbar dah le.malas nak menaip pepanjang.letih lagi..heee-_-
tempat study aku...abaikan barang-barang semua tuh..hehe

tempat paling aku suka. tidurrrr!!!!!!!!!

ruang bilik kami..
kunci baru.hehe. kunci je lah baru bilik tetap buruk gak.kehkehkeh. 50 hengget nih untuk kunci saja.huh!! kalau tau buat sendiri je bagus.hehe


oke tu semua cerita pasal bilik. nie nk cerita pasal barang-barang pula. gila kau satu beg aku kena curi. memang siot la. firstnya member-member aku duk cerita barang aku kena curi. seterika laa, kasut laa, baju, bantal,perfume n macam-macam lah. oke aku dengar je. sebab barang aku takde kena curi. yang aku ingat tuala mandi je. so aku pun it's oke lah kan tuala je.


rupa-rupanya aku lagi banyak kena curi.heh!! aku baru sedar bila aku kemas baju-baju. satu beg kut takde. aku nie turun laa tingkat bawah cek maybe ada beg tu aku terlupa ambik. tapi takda. weh banyak kut baju dalam tu.majoriti baju kurung. grrrrrr tension!!=_="


dan sekarang nie baju kurung aku ada 9 helai je. gila betik!!! tu pun nasib baik aku bawa balik. yang paling sakit hati baju-baju dalam beg tu semuanya baju baru aku beli semester lepas. tak sempat lusuh pun baju-baju tu. pakai pun ada la dua, tiga kali. paling sadis bila baju lab aku kena curi gak. gila siot takda duit ke ape smpai nak curi baju orang??


dah la cerita pun menyakitkan hati dan tambah lak dosa kutuk-kutuk orang. out dulu..bye(^^)

Wednesday, 6 July 2011

nak bela lagi!!!

hari nie mood rajin aku datang. rumah aku waahhhh!! bersih bersinar ibarat berlian yg dipanah sang suria. oke over!!..hehe.aku nie bukan apa serabut tengok rumah yang berselerak. dan yang menyelerakan rumah tu aku sendiri. so hari nie entah mimpi apa aku jadi rajin. dari atas sampai bawah aku cuci. huh letih juga rupanya kemas rumah nie. lepas kemas rumah aku basuh baju yang 2 minggu tak bercuci. dah macam gunung Everest aku tengok.


selesai semua kerja tu aku lepak-lepak la dengan ayah aku. biasa lah bila dah start lepak tu macam-macam cerita la keluar. dari cerita pasal kereta,tanah,politik sampai lah ke binatang. jangan tak tau ayah aku nie memang sayang gila dengan binatang. rumah aku dah macam separa zoo.ape tak nya boleh kata semua nak bela,kucing aje ade 9 ekor.kadang-kadang aku rasa terpaksa bersaing kasih sayang dengan binatang le pula.=,=''


pernah la dulu tengah seronok sembang-sembang kosong dengan ayah aku. terkeluarlah idea gila dari otak aku.
"ayah kalau kita buat kolam renang depan rumah kan best". ape tak nya.time tu panas cuaca panas gila. rasa macam nak berendam dalam air je. ayah aku cakap "huh kerja gila ape". aku pun oke fine tapelah....


tak sampai sebulan lepas tu tetiba je ada orang datang buat kolam. aku pun wahhh seronoknya....tapi hampeh kolam tu untuk ikan-ikan ayah aku.lolx!!!. then ayah aku cakap "ikan nie klu duduk dalam kolam lagi best kan dia. luas sikit dari akuarium tu". hishhh ikan tau ke best.rasa macam nak pijak-pijak je ikan tu kasi mati.kejam kan.haha .akibat daripada kolam tu aku terpaksa laa tolong cuci kolam selalu sampai laa sekarang walaupun hakikatnya aku bukan tolong cuci sangat pun.hehe


tadi ayah aku dengan slumbernya kata teringin nak bela sugarglider. tapi kedai haiwan kat perlis nie tak jumpa lagi. aku pula fuhhhh!!! nasib baik tak da. kalau tak bertambah la haiwan-haiwan kat rumah aku.:)
ehh comel ke haiwan nie. aku tengok ape je..psst:: ayah bela laa ape pun janji jangan hamster dah. geli betul tengok hamster kaki kecik badan pendek..hushhh geli3.

Saturday, 2 July 2011

pabila nenek aku bergosip

hi reader dah masuk bulan julai dah sekarang bermakna birthday aku dah makin dekat. kawan-kawan ku sayang sila sediakan hadiah sekarang.haha. petang nie nenek aku datang rumah. so takda laa aku sorang-sorang kat rumah. boleh laa juga di ajak bersembang. korang jangan tak tau nenek aku nie memang up-to-date dengan cerita-cerita sensasi masa kini.


mula-mula sekali nenek aku buka cerita pasal facebook. ada siapa-siapa tak tau apa benda facebook tu baik korang gali tanah 7 kaki panjang,7 kaki dalam dan 3 kaki lebar then korang masuk dalam 2. nenek aku yang umur 80 tahun lebih nie pun kenal facebook cuma takda account je.


" kau tahu tak adik(nama panggilan aku kat rumah) si peah(bukan nama sebenar) tu tadi mak dia marah gila kat dia. apa tak nya boleh dia keluar rumah senyap-senyap jumpa pakwe yang baru kenal kat facebook. berani sungguh.hang jangan duk buat lagu tu no". nenek aku bagitau dengan pelat utara pekat.



wah nenek aku nih boleh jadi wartawan sensasi. aku pun konon cucu yang baik nie ye kan je lah.then buka pula cerita anak si minah(bukan nama sebenar) seberang jalan mengandung sebelum kahwin. dan macam-macam lagi lah cerita dia.yang aku pula::
"hish nek nih duk buat gosip lak. kang free je dapat dosa.dah laa pahala pun kurang". 

tetiba nenek aku balas::
"apa pulak gosip.saja jaa nak cerita kat hang ambik pengajaran.jangan duk buat lagu tu.malu makbapak"



laa dengar lak aku cakap orang tua nih. selalu jenuh aku bercakap guna vokal yang tinggi tak dengar. time aku perli slow-slow dengar pula.oke fine. lepas nenek aku cakap macam aku diam je.hormat orang tua-tua.hehe.(padahal takda idea nak membalas).


**********************

lepas je nenek aku balik baru laa aku berfikir balik apa yang nenek aku cakap. macam bagi 'hint' kat aku la jangan buat keluar dengan orang yang baru kita kenal kejab.tambah-tambah dalam internet. bukan laa aku nak cakap semua orang dalam laman sosial tu tak elok tapi pandai-pandai laa pilih kawan.


kita nak bersosial boleh tapi biar lah ada batas.kalau mak bapak marah kita keluar dengan orang yang kenal 'gitu-gitu' je tu mesti laa ada sebab. sebab mereka sayang dengan kita. sepatutnya kita bersyukur. jangan bila jadi macam nie---------------------------------------- baru nak nak menyesal
|
|
\/

pada wanita hargai maruah diri anda. serahkan pada yang layak je. yang lelaki pula ingat la sebelum nak buat perkara-perkara terkutuk nie fikir dulu apa kesan dia. apa korang rasa bila benda nie jadi dekat adik atau kakak korang. yang paling penting ingat TUHAN.


Friday, 1 July 2011

kereta hybrid..

hii semua.sejak dua tiga hari nie korang tengok tak berita?? isu-isu panas sekarang nie tentang perhimpunan haram dan pembinaan kilang lynas di gebeng,kuantan pahang antara yang menarik perhatian aku.aku malas nak komen banyak-banyak. semua tu isu politik yang menyemakan berita je. tapi aku pelik la kenapa mesti halang pembinaan kilang tu?? bukankah benda-benda tu semua menjana kemajuan negara dan memberi peluang pekerjaan.lagipun kilang tu hanya kilang  proses nadir asli. lagipun banyak kegunaan 'benda alah' tu. oke dah cakap pasal benda ni.


oke back to the topic, tadi dalam berita ada cerita tentang jualan kereta hybrid yang semakin mendapat permintaan ramai. apa benda kereta hybrid tu?? sebenarnya aku pun bukan tau sangat. pernah dengar tentang kereta hybrid ni tapi tak tergerak hati nak tau lebih mendalam. so bila dah dengar berita tu teringin gak nak tau apa benda la yang diaorang tengah seronak sangat tu. oke jom kita check it out.
honda civic hybrid

toyota prius hybrid

kereta hybrid ni adalah salah satu penyelesaian masalah kenaikan harga petrol.selain itu, kereta ni juga mengurangkan pencemaran alam berbeza dari kereta biasa yang mencemarkan alam selain pengurangan pengunaan minyak. tapi masalahnya harga kereta hybrid ni dikatakan tak mesra pembeli. buat masa sekarang harga kereta ni mencecah antara RM120-170k. dengan harga ni aku rasa hanya mampu dimiliki oleh sesetengah golongan aje.



dah laa. tu je pun yang aku tau. sebenarnya kereta nie dah lama rasanya since 2008 kot kalau tak silap. biasa laa aku nie kuno gak sikit pasal kereta ni. jangan kata pasal hybrid, nak isi angin tayar kereta pun aku tak tau. aku tau bawa dan isi minyak je.hehe.kalau korang tau pape tak kisah la dalam bidang apa pun share-share la dengan aku. sharing is caring kan.^^