mr nuff

Saturday, 2 July 2011

pabila nenek aku bergosip

hi reader dah masuk bulan julai dah sekarang bermakna birthday aku dah makin dekat. kawan-kawan ku sayang sila sediakan hadiah sekarang.haha. petang nie nenek aku datang rumah. so takda laa aku sorang-sorang kat rumah. boleh laa juga di ajak bersembang. korang jangan tak tau nenek aku nie memang up-to-date dengan cerita-cerita sensasi masa kini.


mula-mula sekali nenek aku buka cerita pasal facebook. ada siapa-siapa tak tau apa benda facebook tu baik korang gali tanah 7 kaki panjang,7 kaki dalam dan 3 kaki lebar then korang masuk dalam 2. nenek aku yang umur 80 tahun lebih nie pun kenal facebook cuma takda account je.


" kau tahu tak adik(nama panggilan aku kat rumah) si peah(bukan nama sebenar) tu tadi mak dia marah gila kat dia. apa tak nya boleh dia keluar rumah senyap-senyap jumpa pakwe yang baru kenal kat facebook. berani sungguh.hang jangan duk buat lagu tu no". nenek aku bagitau dengan pelat utara pekat.



wah nenek aku nih boleh jadi wartawan sensasi. aku pun konon cucu yang baik nie ye kan je lah.then buka pula cerita anak si minah(bukan nama sebenar) seberang jalan mengandung sebelum kahwin. dan macam-macam lagi lah cerita dia.yang aku pula::
"hish nek nih duk buat gosip lak. kang free je dapat dosa.dah laa pahala pun kurang". 

tetiba nenek aku balas::
"apa pulak gosip.saja jaa nak cerita kat hang ambik pengajaran.jangan duk buat lagu tu.malu makbapak"



laa dengar lak aku cakap orang tua nih. selalu jenuh aku bercakap guna vokal yang tinggi tak dengar. time aku perli slow-slow dengar pula.oke fine. lepas nenek aku cakap macam aku diam je.hormat orang tua-tua.hehe.(padahal takda idea nak membalas).


**********************

lepas je nenek aku balik baru laa aku berfikir balik apa yang nenek aku cakap. macam bagi 'hint' kat aku la jangan buat keluar dengan orang yang baru kita kenal kejab.tambah-tambah dalam internet. bukan laa aku nak cakap semua orang dalam laman sosial tu tak elok tapi pandai-pandai laa pilih kawan.


kita nak bersosial boleh tapi biar lah ada batas.kalau mak bapak marah kita keluar dengan orang yang kenal 'gitu-gitu' je tu mesti laa ada sebab. sebab mereka sayang dengan kita. sepatutnya kita bersyukur. jangan bila jadi macam nie---------------------------------------- baru nak nak menyesal
|
|
\/

pada wanita hargai maruah diri anda. serahkan pada yang layak je. yang lelaki pula ingat la sebelum nak buat perkara-perkara terkutuk nie fikir dulu apa kesan dia. apa korang rasa bila benda nie jadi dekat adik atau kakak korang. yang paling penting ingat TUHAN.


12 comments:

Freaky said...

huu dengar leklok nek nak nasihat tu :)

Marniey said...

dgr lah nasihat org yg lebih tua. :)

Zackey @ Unic Skate said...

Kadang-kadang tu nenek aku pun bergosip... :)

lala said...

freaky & marniey::oke2..hehe^^

zackey::sma la kita...dgr je laa...

soooooour said...

bgurau pulak neneknya...

lala said...

hehehe

zazaw said...

hehe

cool gila dapat nenek cem tu

lala said...

hehe mmg cool tp ble bab gosip sntiasa hot!!!..haha

(^Iman^) said...

hai...kte baru follow blog awk :) salam perkenalan :)

lala said...

iman::thank^^

ika said...

huyooo~ nenek lala pun pndai bergosip ek? tp btul tu...takat knl kat FB xyah la lyn smpai nak jumpa2 bagai...ish2...

lala said...

haha biasa laa...taw tape...facebook bkan bleh cya semua nya kn:)