mr nuff

Wednesday, 24 August 2011

overnight with the best crew (DTK)

bulan puasa nie memang banyak gile aktiviti aku. macam-macam kiteorang plan. memang terbaik lah. bukan ape aku tak pernah keluar ronda-ronda sampai tak tidur malam. aku baru tau macam tu rupanya overnight. haha. teruk kan!! kalau keluar dengan family memang tak dapat aah nak buat macam tu punya happening. bercuti dengan kawan-kawan dan family berbeza gila. kalau couple day out pun lain jugak. macam aku kalau bajet bercuti tu cukup-cukup aje encik helmie akan sewa hotel suruh aku tidur dye pulak tidur dalam kereta je. katenya tak elok ppuan tidur dalam kereta. tapi kalau dengan member sama-sama senang sama-sama susah. sesat jalan pun sama-sama. memang bersatu gila kelas kiteorang. bak kata PA baru kiteorang KERJASAMA penting!!.




oke kteorng bertolak dari perlis dalam pukul 5 lebih la. lepas kelas kan. konvoi ramai-ramai dalam 6 biji kereta. tengah bulan-bulan puasa nie macam tak rasa puasa sebab langsung tak rasa penat. cool aje masing2. tengok gambar je lah. malas nak cerita panjang2.



konvoi ramai-ramai memag happening wa cakap lu. walaupun ada yang sesat jalan. mana taknya pusing jalan yang sama berkali-kali semata-mata nak cari sunway.sampai je sunway dah tengah malam. late nite movie la jwabnya.tngok pula cerita tak best memang berdengkur la kau. rugi je duit aku.huh!!



dalam pukul 2 habis terus gi lepak queensbay. ambik2 gambar dulu kan. budak kelas aku memang taw gila snap. sampai 2 DSLR dyeorang bawa. memang x larat senyum kiteorang.haha. jom intai gambar je lah :)






then pergi lak lepak persiaran gurney dari pukul 3 pagi sampai lepas subuh. bersahur pun dekat situ. memang gila la kan sahur dengan nasi kandar.gmbar dekat situ memang aku malas nak upload. banyak nak mampus. tp muka semua kuyu je.haha. tak cukup dengan persiaran gurney memang tak sah la pegi bukit feringgi. tapi yang tak bestnye kiteorang pergi lepas pukul 5.30 pagi. memang tak nampak apa la. bole dengar je bunyi laut.huh!!
nie muka photographer kiteorang.hehe
gambar kat batu feringgi tak banyak sebab semua dah pakat tidur lam kereta. pastu semua pakat pergi masjid terapung solat subuh n mandi2. lama gak kat situ and decide nak pergi mana lepas tu. tetiba keluar idea pergi bukit bendera. bila semua on je riuh la kejab bukit bendera tue.hehe






 

agenda terakhir sebelum balik lak shopping la. apa lagi kalau tak buat kerja tuh. shopping kat Queensbay mall je. kiteorang takde la beli banyak sangat. jimat. yang penting ENJOYY!!
 oke dah. panjang entry aku dengan gambar je. ape pun selamat berpuasa :)

Monday, 15 August 2011

sangat tension bila takde air

hi salam ramadhan semua. rasa macam lama aku tak update blog. padahal dulu rajin je.hehe. actually hari nie aku ada kelas tapi terpaksa ponteng bila hostel takde air. gila kau dah 2 3 hari dah takda air. memang malang sih. kesabaran amat diperlukan di bulan ramadhan nie. kalau jumpa air rasanya mau aku berendam dalam tu tamaw keluar-keluar. nikmat rasanya.huhuhu



tapi aku bersyukur lagi laa bile tngok tempat member aku study. no wifi, no electric and more important no water. memang terbaik la der. tapi ape pun aku lebih rela takda electric dari takda air. seksa weh. korang faham kan perasaan aku nie.



baju bertimbun-timbun tak basuh, muka pun dah naik jerawat tak bercuci, kencing terpaksa tahan.mau jadi batu karang kalau selalu macam nie.tekak kering takde air nak minum (malam je oke.siang aku puasa). tapi takpe sabarrrrrrrrrrr...........berkat bulan ramadhan.....huhuhuhu ( _ _"). memang betul-betul menguji kesabaran aku lah.



oke lah weh aku takde idea nak tulis dah. naik pegi gali lubang buat telaga. kot-kot jumpa air kan. orite bye.
saya nak airrrrrr!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 3 August 2011

dating with the gurlz!! pangkor mari...

hii dah masuk bulan puasa kot. banyak benda nak kena buat sampai nak update blog pun rasa malas. oke hari nie aku nak cerita pasal kiteorang the gurlz2 nie pegi bercuti. mana lagi kalau tak PULAU PANGKOR. aku dah buat entry excited gila bagai. tapi serius cakap pergi pangkor bajet memang murah. bayangkan aku tak habis RM 200 pun sekali dengan tiket bas, feri pergi dan balik, hotel, sewa kereta, makan and shopping sikit. jimat gile kan..


first pergi naik bas dari kangar-lumut macam2 hal jadi. tapi ape pun nasib kami memang baik giler lah. dapat lak seat belakang sekali memang riuh kak limah oii dengan perangai diaorang nie.


kalau korang perasan si fadhilah tu takde tempat duduk tau. tiket bas habis. tapi nasib baik juga laa dia kedip2 mata dengan pak cik bas oke terus pakcik tu kasi duduk belakang. bas ke lumut lebih kurang 6 jam juga lah.time kiteorang sampai ferry dah tutup so terpaksa laa stay dekat lumut 1 malam. tapi oke gak laa boleh jalan-jalan.










ronda2 area lumut. satu je aku paling suka kat lumut nie tandas!!! tandas dia besar gile kot. aku masuk macam tanak keluar.cantik!! berbaloi masuk bayar 50 sen. 



sorry gambar tak berapa cantik!!

so amacam?? cantik kan tandas dia. besar and bersih!! pagi tuh kiteorang siap-siap terus beli tiket bas balik kangar dulu. takut habis. then baru beli tiket  ferry. tergamam kejab!! rm 10 tiket bole pergi dan balik. gila murah. kalau aku gi langkawi dulu tiket RM 36 pergi balik. tengok jauh beza kan.




bila dah sampai pangkor ape gi terus ambik kereta then pergi pantai. wahhhh seronok kot. naik boat, snorkelling. sampai hitam terbakar lah. aku rasa part snorkelling kasi ikan makan memang best giler. serius pangkor is the best part kalau korang suka mandi pantai. kalau nak shopping ke ape memang takda laa.


satu je yg aku tak suka sal pangkor nie. jalan dia menyeramkan aku weh. bahaya gila. kalau tak cekap memandu xyah berangan laa nak bawa kat sana. takut jumpa batu 2 je. ade lagi aku tngok kat sana banyak naik motor. boleh kira laa berapa biji kereta yang lalu lalang. tapi satu aku suka teksi dia. cute!! kaler pink lagi.hahaha.


sebelum balik kiteorang sempat la main jet ski, naik bot lagi. tengok abang2 kat pantai tu main skim-boat, karaoke, buat fire camping tepi pantai. gila fun weh!! 


ape pun nie lah PERCUTIAN PALING BAJET yang pernah aku gi. TAK HABIS RM 200 pun. gila kentang. murah kan. siap dengan beli souvenir 4 helai baju pangkor lagi beb!! kalah destinasi bajet kot..hahaha
oke dah bye.!!