mr nuff

Friday, 23 September 2011

entry khas untuk member baik sye(-_-)

intro..intro..intro...oke hari nie aku takda idea nak buat intro panjang berjela-jela. tapi hari nie aku ada benda tak puas hati...weh3 wifi kat sini dah block facebook. kalau dulu kitaorg enable secure dah boleh online tapi pihak poli semakin bijak nampak. terus tak boleh loading page tu. bengong!!. dah la berukband nie kalau time malam-malam macam duk dalam hutan. xde line. wawawa..jgn tnya kenapa time malam2 aku dah tak online sekarang nie. sadis kan hidup aku...kehkehkeh..


dah la facebook tu penting taw untuk hidup aku. bebudak kelas aku semua post benda penting2 dlm facebook. senang kan tak de la manual kena photostat nota bagai. post je lam fb then download file sendiri. fb nie berguna gak time takde klas. post je dlam group klas benda tu akan tersebar dgn sendiri nya tanpa dipaksa (*kerek punya ayat).. satu lagi fb nie penting time kelas architecture yang bosan nak mampus lecture cakap 2 jam tanpa henti. menanah cek oiit nak dengar. so inisiatif disediakan adalah komputer sorng sebijik xkan x reti guna lgi kan.
haa lgi satu (*berapa bnyak lagi daa) time buat kuiz ke test ke bole la tnya2 jawapan lam fb tu. ape guna komputer kan kalau utk jawab kuiz n test je.kehkehkeh.


oke dah aku merapu meraban. entry aku nie aku buat khas untuk member baik merangkap BFF aku. tapi TERmerapu lak kan. entry pendek pun jadi panjang. to  WAN NUR AZUA happy birthday. i love u so much..muah3..(agak les di situ). esok birthday kau kan. aku tak lupa la. aku buat entry nie awal sikit sebab aku tau esok maybe aku malas nak menaip...



nak bagi hadiah mahal2 aku tak mampu weh. nak buat majlis grand2 ala siti nurhaliza alahaiii sempooootttt makk!! tapi aku bole doakan  kau semoga bahagia n success la dalam apa yg kau buat. lagipun kau da duk jauh sekarang. terpisah lah kita di negeri yang berlainan.(poyoss).. tapi aku tetap ingt kau smpai bila2. walaupun dulu kau kuat merajuk tp aku slalu bt tataw je. pastu muka masam 2 3 bulan. sabo je lah.hehe


ape lgi ha aku nak tulis ayat jiwang karat kat kau?? tah la aku tak reti nak pikir dah nie..ape pun happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to you...sambung la sendri lagu tu. nak hadiah mai kiss pipi aku dulu..kehkehkeh...24 september 2011- 19tahun..last zaman muda mudi.

Saturday, 17 September 2011

serabut dengan LI

salam n hii semua...(^_^)..selamat hari raya buat semua pembaca blog. agak lambat nak ucapkan selamat hari raya kan. but who caresss!! dalam bulan syawal lagi nie kan...makin lama blog nie dah makin suram. tuan punya blog nie malas gila nak update..heeee...*dushhh3 tumbuk laju2*


sekarang nie pula lepas raya macam2 assgnmnt n lab report nk kena hantar. tak cukup dengan tu presentation yg memeningkan kepala aku nie bercambah la banyak. aku update blog nie pun kat rumah..kalau dekat hostel harammm!!! line macam siput sedut. jangankan nak update nak connect internet pun tak bole kadang2 tu. korang paham kan macam mana punya lajuu line kat hostel aku tuh.


oke back to the point. sebenarnya aku nie tengah serabut gila mencari tempat latihan industri(LI). balik rumah je ayah aku berleter xdpt2 lagi tempat LI. bukan apa dia takut jadi macam kakak aku result jatuh sebab tempat LI yg tah ape2. xda fungsi pergi LI. aku pula dengan memember relex jer.


bila dah tengok tarikh makin hampir baru la kelam kabut mencari. macam2 tempat da aku call. tapi maklum balas xda terima pun. kalau ada yg terima tu pun aku apply melalui job street!  apa yg aku terima " your application is currently in process".

hari tu ada sedara aku rekomen tempat dia keja aku tolak sebab tanak sorng2. last melepas! rugi2 dah la dapat gaji sehari RM 18.  sekarang nie aku da tak kesah kat mana pun janji dapat tempat LI.!! sorang ke bnyak orang ke tu belakang kira!. bak kata ayah aku masa berjalan! lagi berlengah2 lagi lambat dapat tempat.


ada sape2 yang bole tolong aku weh?? ..aku course dip in computer electronic engineering..ada tak sape2 bole bagitaw tempat utk LI..plez inform aku at shiro.a2z7@gmail.com...aku mohon sangat2 pertolongan korang.