mr nuff

Thursday, 24 November 2011

I study I pass it and I forget what i learnt

hilang semua lelah bila da tengok jam depan dewan 10.30 am. lega!!! rasa macam nak menjerit sepuas hati je. mana tak nya, bila masuk musim exam je mula la hidup tak menentu, tak terurus dan segalanya lah. makan tak ikut waktu, tidur pun dua tiga jam jer. memang seksa.  nie la nasib bila time study week nak baca semua. macam tak cukup tangan rasanya.


masa lak alahai cepat je jarum jam tu berjalan. rasa macam nak cabut je semua beteri jam kasi dia tak jalan. Jadi macam nie sebab time study dulu main-main. badan dalam kelas tapi fikiran jauh merantau. bila dah dekat exam sibuk la cari buku study sampai tiga empat pagi. tidur tak cukup. memang tak boleh jadi contoh. tapi kalau nak try silakan jelah. susah tanggung sendiri.


muka lak da bertempek jerawat. suka beno dia bila aku sibuk tak sempat cuci muka. haiyoo rasa nak hentak-hentak je muka dekat meja study nuh. Cermin pun takut nak tengok muka aku nie ha sana sini jerawat. lepas nie sibuk la muka aku nie bertempek dekat klinik kulit tu cari ubat. nie la orang cakap dah jadi baru nak mencegah. teruk3!!!


point kat sini aku just nak bagitau yang sapa-sapa yang dekat-dekat nak exam or baru je masuk semester baru tu fokus dari awal. takut bila da nak exam serabut macam aku nie ha. boleh set azam tahun baru siap-siap nie. tapi azam tahun nie banyak lagi tak tercapai.haha..


ahakss...! aku jadi macam nie lah bila dah study last minutes.  Tapi kartun nie oke lagi lah dari aku. aku nie habis je exam lupa dah apa yang aku study belum sempat taw result. keluar je dari dewan besar terus tak ingat dah. 


## horeyyy MALAYSIA vs INDONESIA...MENANG!! hari yang sangat bersejarah sebab aku tengok bola malam tu dan esoknya ada killer paper.wakaka..I'M PROUD TO BE MALAYSIAN.!!  

Tuesday, 8 November 2011

BBQ night

seperti biasa malam raya haji sememangnya meriah lah u olls...ape pun SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua umat islam. tapi pagi raya tahun nie tak terasa sangat sebab aku bangun lewat. kehkehkeh. melepas sembahyang raya. bukan ayah aku tak kejut tapi aku yang tanak bangun sebab tido lewat. lepas subuh baru tido memang tak bangun la kan.


dalam pukul 10 baru bangun..opss kantai bangun lewat.kehkehkeh. tu pun ayah n family aku dah balik dari masjid. kejut aku macam gempa bumi. memang terpaksa bangun la kan. seperti biasa tiap-tiap tahun ayah aku mesti buat korban. tahun nie pun sama. yang bezanya niat korban tiap tahun. tahun nie ayah aku niatkan korban untuk si kecik DAMIA UMAIRAH
muka tak puas hati tabole  makan sate.

what ever lah pasal benda nie. janji aku makan dagingggg...hehe..tapi yang tak best nye aku jadi orang suruhan. seperti biasa kena potong daging. lenguh tangan cek oii. nasib baik tinggal sikit je bila ayah aku sedekahkan kat orang lain.


bila dah malam tu ape lagi kerja kalau tak BBQ. kena habiskan daging tu dengan segera. kalau semua dah balik tempat masing2 memang tade sape la nak makan kat rumah nie. dah jadi membazir. so malam tu dengan semua tenaga yang ada kiteorang paksa suruh memasak. semua ambil bahagian. takde terkecuali kecuali aku. sebab aku malas and keja aku jadi photographer.(bajettt). lagipun bukan slalu bole guna kamre baling ayam tu(DSLR).


tenaga mereka dikerah sebaik mungkin..hehe



bajet menolong. padahal nk ambik gmbr je.


koleksi anak-anak buah aku. 4 orang. dah naik pangkat rupanya aku nie.huhuhu
DAMIA UMAIRAH....
muka panas kena asap sate.hehe

ALYA NUR IZZATI.
budak kecik yang susah nak senyum.

AQILAH NUR BALQIS
hantu game

MUHAMMAD IZZ AQIL
satu2 nya cucu lelaki tokwan. org panggil abg muhammad.
baru lepas demam campak.


oke dah.back to the story...(tapi aku malas nak cerita tngok gambar jelah)
 watak utama dalam cerita nie. sateeee......



acara pangang memanggang dijalankan

ikan nie hanya mangsa keaadaan..!!
.




DAN AKHIRNYAAA...
tadaaaa.............
jum makan!!!!
penuh satu meja makan. kenyangggg......slurpppp...hehe