mr nuff

Sunday, 18 December 2011

new experience...!

akhirnya dah masuk semester baru. esok aku start latihan industri. hari tu pening-pening lalat cari rumah sewa akhirnya jumpa juga.

actually sewa bilik je sebab klu sewa rumah mmg mahal. seribu lebih. mmg makan pasir la klu student mcm aku nie nk menyewa sini. tp dsebabkan tuan rumah nie jarang duduk rumah so rasa macam sewa rumah je. bebas.



semua nya boleh tahan la fully furnished. cuma kiteorg terpaksa jalan jauh sikit naik bas rapid sementara moto nak sampai. pengalaman baru. sepanjang hidup aku, aku tak pernah naik bas pergi beli barang dapur. angkat barang berat and jalan jauh. fuhh memang mencabar. tapi bas senang dapat area nie. tambang pun murah je :)












Tuesday, 13 December 2011

short update!

Aku da tataw macam mana nak mula intro.
Intro…!!!!!
intrrroooooo……!!!!!
intrrrrooooooooo……!!!!!
Haha boleh kot macam tu. Actually hati aku tak tenteram. Ada je perkara yang berlaku. Susah nak cakap tapi perkara tu memang merunsingkan aku.

Ayah sedara aku sekarang masih koma di hospital. Dah 2 minggu. Keadaan nazak sangat. Ayah aku lak boleh kata hospital tu dah macam rumah kedua dia. Aku baru dua kali masuk tengok. Seram tengok. Asal aku pergi tengok je mesti ada je yang tinggal sebilik dengan sedara aku tu meninggal dunia. Tapi bak kata ayah aku kita kena redha je apa yang jadi. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Sebenarnya aku nak minta semua pembaca tolong doakan kesihatan sedara aku.  Nenek aku cakap andai ajal dia dah hampir sampai biarkan dia pergi dengan tenang. Kita yang hidup perlu redha dan teruskan hidup macam biasa. Well kadang-kadang benda nie menginsafkan aku buat seketika.

Sunday, 11 December 2011

kembali ke sekolah

Dah masuk bulan disember  maksudnya tinggal beberapa hari lagi nak ke tahun baru.  Sepanjang cuti nie macam-macam benda aku nak kena fikir. Dari hal LI sampai lah ke rumah sewa. Alhamdullilah semua benda tu da setel tinggal nak masuk ke tempat tu. Tapi bagi aku bulan disember tahun nie banyak bagi tekanan. Benda pertama mesti la duit. Macam-macam nak kena bayar. Deposit rumah la yang paling kena keluar duit banyak.hurmm sabo jelah.  Tak cukup dengan tu laptop aku lak buat hal. Duit gak tu.huh!



Benda-benda semua tu tak de la masalah sangat. Tapi biasa lah otak aku nie nak je fikir juga. Nak cuti pun tak senang. Jadi budak-budak sekolah balik kan best. Bulan disember nie mesti tak sabar masuk sekolah. Tayang baju baru beg baru..kahkahkah.. teringat zaman sekolah dulu. Benda yang wajib beli baru tiap- tiap tahun mesti kasut sekolah.tak dapat baju or beg baru takpe janji kasut mesti baru. Disebabkan aku pengawas zaman sekolah dulu. Aku pakai kasut hitam je. Setahun tak berbasuh. Asyik sembur perfume je. Cukup setahun tukar lain.



Mula je first day sekolah niat nak study rajin-rajin bagai. Takmo tengok tv le amenda le. Macam-macam azam tapi semua tu tak lama. Sebulan je cukup la lepas tu mula la tabiat lama balik. Pergi sekolah pantang cikgu takde dalam kelas mula la nak bersembang panjang. Best je rasa. Rindu zaman sekolah. Tak banyak benda nak kena fikir. Dulu time kat sekolah  tak sabar nak keluar sekolah. Bosan asyik tengok benda yang sama.  Tapi bila dah keluar sekolah hampir tiga tahun baru terasa zaman sekolah nie best rupanya.



## ape pun ketar lutut tunggu result! huhuhu