mr nuff

Sunday, 11 December 2011

kembali ke sekolah

Dah masuk bulan disember  maksudnya tinggal beberapa hari lagi nak ke tahun baru.  Sepanjang cuti nie macam-macam benda aku nak kena fikir. Dari hal LI sampai lah ke rumah sewa. Alhamdullilah semua benda tu da setel tinggal nak masuk ke tempat tu. Tapi bagi aku bulan disember tahun nie banyak bagi tekanan. Benda pertama mesti la duit. Macam-macam nak kena bayar. Deposit rumah la yang paling kena keluar duit banyak.hurmm sabo jelah.  Tak cukup dengan tu laptop aku lak buat hal. Duit gak tu.huh!



Benda-benda semua tu tak de la masalah sangat. Tapi biasa lah otak aku nie nak je fikir juga. Nak cuti pun tak senang. Jadi budak-budak sekolah balik kan best. Bulan disember nie mesti tak sabar masuk sekolah. Tayang baju baru beg baru..kahkahkah.. teringat zaman sekolah dulu. Benda yang wajib beli baru tiap- tiap tahun mesti kasut sekolah.tak dapat baju or beg baru takpe janji kasut mesti baru. Disebabkan aku pengawas zaman sekolah dulu. Aku pakai kasut hitam je. Setahun tak berbasuh. Asyik sembur perfume je. Cukup setahun tukar lain.



Mula je first day sekolah niat nak study rajin-rajin bagai. Takmo tengok tv le amenda le. Macam-macam azam tapi semua tu tak lama. Sebulan je cukup la lepas tu mula la tabiat lama balik. Pergi sekolah pantang cikgu takde dalam kelas mula la nak bersembang panjang. Best je rasa. Rindu zaman sekolah. Tak banyak benda nak kena fikir. Dulu time kat sekolah  tak sabar nak keluar sekolah. Bosan asyik tengok benda yang sama.  Tapi bila dah keluar sekolah hampir tiga tahun baru terasa zaman sekolah nie best rupanya.



## ape pun ketar lutut tunggu result! huhuhu

No comments: