mr nuff

Sunday, 30 December 2012

DI AMBANG TAHUN BARU…!


Assalamualaikum…

pejam celik pejam celik sekejab je dah nak habis setahun. Rasa macam tahun 2012 baru je. Sebab tu ada orang cakap makin dekat dengan akhir zaman makin cepat masa tu berlalu sampai tak sedar setiap detik yang dilalui tu kian berakhir. Ape pun tahun 2012 menyimpan macam-macam memori. Suka dan duka. Membuat aku semakin matang walaupun perangai budak-budak tu masih menebal.


Bila masuk tahun baru bermakna aku di semester akhir untuk diploma. Semester 6 memberi banyak beban sebenarnya. Dengan 19 jam kredit boleh cakap waktu rehat makin berkurang.  Semua nie sebab terlalu banyak sangat main waktu semester lepas.  Bila tengok result semester lepas nak online pun dah takda hati. Seriously cakap memang benda tu buat aku down seketika.


Ditambah lagi dengan environment yang lagi susahkan kita. Dah la kita memang susah nak get through situation macam tu orang sekeliling pulak lagi terukkan keadaan dan ada certain pulak yang asyik blame..! I’ve been through these torturing moments, I know how much it hurt and I really hope it won’t happen again.


I just wanna say it’s  difficult enough to get through the pain and sadness so friends and family please shouldn’t put anymore pressure on me. I admit It was my fault but I never planned to end up this way. I never wanted this to happen. I disappointed too. But I need to accept the fate, be strong and move on. I’ll begin a whole new life, open new chapter and restart it all. That sound hard but that’s life.


Dan kawan aku penah cakap “the moment when we thought we’ve lost something we’ve ever met, we cried, we suffered but we never know that He actually has a better plan for us. He know we’re strong enough to handle it and only He know what the best for us.”


Tahun 2012 akan meninggalkan banyak kenanganan dalam hidup aku dan welcome 2013. Ape pun aku berharap sangat  tahun 2013 akan memberi lebih banyak memori dan kenangan di usia remaja nie.


“ ONE REASON GOD CREATED TIME WAS SO THAT THERE WOULD BE A PLACE TO BURY THE FAILURES OF THE PAST..”


Shall I say good bye 2012 and welcome 2013. ^^




Nota kaki #bila frust sikit mesti nak speaking..hehe..klo rasa ada English aku tu tak betul buat-buat tak nampak jela.

Wednesday, 21 November 2012

musim Exam...

 Exam..! benda paling aku meluat. setahun rest otak pastu kena exam. time LI dulu relax je. sampai orang tanya exam bole jawab balik ape tu exam..? haha *ok tipu*

sem nie takut la result jatuh teruk lagi. dengan semangat hangat-hangat tahi ayam time minggu exam baru nak study semua subjek. mau berpinar jugak la biji mata ni mengadap nota. pukul 7 pagi dah keluar dari bilik mencari sesuap ilmu *ayat mau rancak*. Chong la nie. pukul 6 pagi dah call suruh pegi library. aku dengan perasaan berat hati takut kena repeat paper memang terpaksa la ikut dia. *padahal library pun tak buka lagi.* melepak kafe je. makcik-makcik kafe pun baru duk potong sayur. phurrr =.="


dengan handphone yang kualiti tak seberapa gambar pukul 7 pagi dengan kabus lagi. dah rasa macam duk duk genting highland pulak.

*****************

relax-relax kat kafe tunggu pakcik makcik siapkan sarapan Chong boleh pulak buka topic..! macam-macam dia tanya sampai pakcik kafe kat situ dah pelik kiteorang ni bergaduh ke study.. 

sambil melantak nasi goreng pun bole duk cerita pasal operating system (OS) la, IC fabrication lah. mau biul kepala aku. terasa macam makan nasi berkuahkan nota OS pulak

baru je tiga minit aku rasa library buka terus kiteorang serbu. sampai aircon pun librarian tak sempat bukak lagi. elok je aku nak panaskan kerusi chong kasi pulak dgn buku tebal tahap gaban nie. *nak suruh aku masuk hospital bahagia gamaknya*



 last sekali nota aku yang kecik-kecik ni jugak la aku baca. lebih baik dan senangkan kepala aku yang memang sedia serabut perut nie :p

Chong..! dengan laptop depan sambil baca nota. ajaran mana la dia ikut nie. bosan sikit online facebook. bila aku nak online dia bole pulak tanya macam-macam soalan sampai aku tak jadi nak online bila aku tataw jawab. cara terbaik betul suruh aku baca nota..+_+

ape pun nasihat dia THINK LOGICALLY..! faham bukan hafal.. masuk dewan jangan kalut tapi panic tapi (=.=") *ape beza kalut dengan panic nie..? aku rasa sama je.* kena balik tengok kamus BM betul la chong ni..

Friday, 26 October 2012

Dinner night :D

assalamualaikum :D 26 oktober 2012. hari raya aidiladha. orang lain sibuk update hari raya korban aku sibuk nak update glam night. pasal raya nanti-nanti la aku update. bole tahan busy sekarang nie tapi mood ngadap laptop masih cerah.


tak payah kalut pasal raya lah. lepas nie sure aku update raya punya entry bahkan berpart-part kalau aku rajin.haha. oke we move to the real topic. dengan tema merah dan hitam boleh tahan 'bangun' majlis nie tapi aku berada di belakang pentas..sob..sob..sob..!


majlis berjalan takde la berapa lancar sangat sebab bahagian yang aku handle bole tahan teruk. tapi bila tanya orang lain dieorang cakap okey je. aahh gasak lah benda da jadi. keep cool :)


dengan gambar yang tak seberapa kualitinya kita layankan jela. kang aku merapu korang bukan baca pun. at least kalau aku taruk gambar ade jugak orang tengok ye dak :p










the only pic of me yg atas red carpet menuju ke belakang pentas. aahh >< *lap air mata



dan kesemua ahli kelab jabatan kejuruteraan elektrik yang menjayakan majlis nie.

#ape pun baru sedar nak buat sesuatu majlis bukan la senang. banyak nak kena buat. so korang berterima kasih la sikit. tak payah nak condem sangat. tapi biasa la mulut manusia takleh nak tutup. apepun bagi yang tak puas hati sila beri kutukan yang membina bukan menghentam..! 

Friday, 12 October 2012

Glam night JKE


satu beban siap...! walaupun nampak buruk tapi benda nie la yang aku tampal seluruh jabatan..hehe. aku buat dengan susah payah tahu. selama nie tak penah buat banner cengini. aah lantak laa janji siap.haha. 

Thursday, 11 October 2012

exam..!

dua benda yang berbeza tarikh dan masa tapi satu benda yang sama.. memeningkan kepala...! bila dah tahun akhir macam-macam subjek yang memeningkan kepala. salah satunya final projek. tu la masalah terbesar sekarang nie. programming tah pape..! 




muet speaking lagi 3 hari lagi. prepare amenda pun aku tataw. hentam kromo jela nanti...! sad :'(


tak cukup dengan tu, tetiba je jadi ketua biro multimedia kat KKE ( kelab kejuruteraan elektrik). amenda la vote aku jadi ketua. aku meeting tu pun tak pegi last-last terpaksa handle majlis makan malam jabatan. dengan minggu yang penuh dengan exam dan test. serabut oi serabut...! teknikal semua nak kena handle. slide nya yang nak letak macam-macam tapi ape point pun takde lagi. 


*dari aku berleter kat sini baik aku pegi buat keja kan bagus* tau je tu ayat korang dalam otak tu. dah tayah tipu laa.haha. update ni pun sebab tengok bulan seploh nie langsung aku tak update pape. makin malas tahu. hee :D

Friday, 7 September 2012

hari raya part III

raya dengan bebudak DTK class B buat kali terakhir :D 

rasa malas nak taip panjang-panjang. tengok dan faham-faham sendiri je la macam mana kanak-kanak nie menceriakan hari raya yang tak seberapa nie. pergi rumah orang then makan salam dan balik. nice..! rasa macam nak termuntah balik je.hehe.

dua orang menyemak dalam kereta kami.haha.

baby nie baik je. selalu kalau aku pegang baby sape-sape mau menangis melalak.

diaorang beraya tanpa baju raya. kesian. :p




  

dah tataw nak tulis ape dah. da lama tertangguh entry nie dah lupa semua benda nak mengarut. 
>>1september 2012. <<

Friday, 31 August 2012

reunion SK Santan batch 1992






#lambat betul update. reunion nie berlaku pada raya ke empat 23 hb august 2012

Wednesday, 22 August 2012

hari raya part II

berpart-part hari raya punya entry. macam best je raya tahun nie. gambar seterusnya kemeriahan malam raya pulak. main mercun and bunga api.haha. bak cakap paklang aku  : " diaorang duit banyak tataw nak buat ape dah tu yang main bakar-bakar duit tu." sentap..!


malam raya kalau tak berkumpul kat rumah tok sarah memang tak sah. semua akan berkumpul kat situ main mercun, bunga api dan bersembang panjang-panjang sampai 1 2 pagi baru balik. kadang tu terpaksa gelak sampai keluar air mata :D










Tuesday, 21 August 2012

hari raya part I

berlalu la sudah ramadhan sebulan berpuasaaa....tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...anak muda di rantauan semua pulang ke desa ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga..~~~~ lalalala...~~~ (sambung sendiri..hehe)


*opss tengok tajuk tu raya ada part by part oke..! bukan setakat nie je cerita* (awal dah pesan nie. entry raya mungkin banyak part kalau aku rajin update.hehe)


well kita mula dengan cerita pagi raya pertama. untuk tahun nie aku tak sempat sembayang raya. bila aku siap mandi je tengok-tengok kereta dah takda. diaorang da tinggalkan aku sebab lambat sangat. *insert cry alone*. then lepas je diaorang balik dari sembayang sunat aidil fitri baru balik ambik aku ziarah kubur arwah mak, abang ikhwan dan arwah tokwan. part nie memang feeling habis. dekat kubur tu jugak air mata mengalir macam taknak berhenti. *sikit punya sebak* Tuhan je maha tahu macam mana sedihnya pagi raya tu. 7 tahun aku beraya tanpa arwah mak.


~~dah-dah habis bab feeling. kang tulis panjang-panjang buat aku menangis sorang diri je sambil taip entry.~~


lepas balik rumah mula la sesi bermaaf-maafan antara kami adik-beradik dan sesi aku minta duit raya.hewhewhew *smile panjang sikit*  setahun sekali wei aku kiss pipi ayah aku. kalau bukan time tak raya memang segan habis nak kiss-kiss bagai. salam cium tangan je.hehe. duit raya..? takde la banyak sangat tapi boleh la buat makan sebulan kat hostel nanti.


~~ beraya  kat luar rumah je. punya malas nak masuk dalam rumah..hehe~~

damia umairah yang niat nak duit raya dari tokwan je. pastu masukkan ke dalam kocek baju melayu ayah dia.haha

abang yon.. eksyen je lebih nie


apesal ayah buat mata cengitu nie...? hishh

budak comel :D *perasan*

bergaduh sape nak kasi duit raya ke..? haha

kakda family.. abg sanusi missing in action depan tv..hehe

 tu laa family aku. all in maroon,merah, pink dan warna-warna yang se'adik-beradik' dia.hehe. abang ikin je spoil pakai warna putih baju akad nikah dia dulu. sikit punya jimat kasi anak dan isteri je pakai baju baru. haha.


dah seterusnya beraya kat rumah tok sebelah ayah. takda la jauh mana rumah. sebelah je pun. pagi raya nie tak dapat duit raya la dari tok tapi malam umum raya tok da kasi RM 50 duit raya. * bagi awal-awal tanak org lain jeles ke tok..?*


tok tersenyum gembira je. semua benda orang sponsor tak de keluar duit nak beli-belah.kiki



akhiri entry raya part I dengan gambar aku dan damia yang gila kamera. kita serupa kan mia.haha