mr nuff

Monday, 30 January 2012

teluk bayu and pantai pasir panjang kita jelajah!

sebenarnya takde la menarik mana tempat nie. just menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. 






~PANTAI PASIR PANJANG~







#simple entry without ayat yang panjang-panjang malas nak taip dan korng pun malas nak baca kan....

Wednesday, 11 January 2012

keje ohh keje!

tetiba rasa nak update entry pasal keje. memang aku tak de keje lah. baik tulis buku laporan lagi baik tapi lantak lah nak tulis gak :-p. keje aku buat macam-macam keje dari kira resistor sampai lah buat benda-benda alah yang buat aku rasa ngantuk gila. kadang-kadang malas pun ada. rasa tak sabar nak masuk kuliah balik. tak letih and tak kena keje over time!


first day masuk lapor diri tengok semua orang tergamam. semua pakai baju phurrrrr (=..=") tshirt and jeans je. kiteorang lak dress up kemain macam nak pegi kelas dengan selendang belit-belit nak terbelit leher..last 2 kena buat domestic circuit board. hilang semua make up! serius macam gampang.


kiteorang buat benda nie 15 unit dalam masa 3 hari siap dengan testing and packaging lagi. bangga kejab sebab time aku belajar wiring dulu langsung tak tau buat pape. keje aku duduk and tengok je nabil dgn zaidi buat keje. terbaik kan? konon bajet gentleman la tanak perempuan buat keje macam nie last-last aku gak yang tak reti. padan la dengan muka aku..hehe.


oke tu cerita pasal first project. second project kiteorang buat decade. kalau sebelum nie punya la blur ingatkan decade tu penuh dengan litar yang bagai-bagai rupanya takde la susah mana pun nak buat dia (bajet tau buat la nie). tapi benda tu aku paling menyampah sebab ngantuk nak kena solder banyak-banyak komponen yang kecik-kecik. sama buat keje mulut terbuka luas je asyik menguap.LOLOLOL...



nie lah benda alah yang buat aku menguap je. tapi best taw buat benda nie. bila dah siap rasa bangganya dah siap!! masa untuk online....(erk tetiba.heh)


then lepas habis project decade nie kiteorang kena buat 3-phase. macam aku cakap la wiring nie buat aku nak tido je time keje. actually bukan nk tido tapi dah tido.hehe

tengah keje pun bole tido kan sebijik time kelas electronic circuit en ridzuan. dalam makmal tido di belakang 3-phase box konon nye boleh cover dari lecturer la. padahal dari depan nampak je.huhu. buat benda nie sangat memualkan sebab kena teliti. semuanya nak kemas ketat and macam-macam lah. 


nie la ada dalam 3-phase tapi benda nie baru 15% siap rasa nya..tengok wayar yang banyak-banyak pun dah tau aku memang malas nak buat. tapi dah keje buat redha je lah jadi ke tidak.huhuhu.


oke then jum tengok officemate aku. (officemate sesuai ke?hurm +_+)

practical girls..

abg nasir

en ahmad n kak sall

abg aima, kak fizah n uncle seng

and me yang bajet rajin buat keje padahal snap-snap gambar orang.kehkehkeh :)



 ##sorry pada sape2 yang terkena gambar curi-curi snap nie.kikiki (_ _!!)

Monday, 9 January 2012

Susah nak senangkan hati semua orang...Lebih baik senangkan hati sendiri dulu!

tempat serabut macam hidup aku sekarang nie!


Hidup ada turun naik. Buat masa sekarang aku rasa aku di bawah. Hilang keyakinan diri..! puncanya aku sendiri tak pasti. Kadang-kadang aku rasa orang sekeliling aku sangat memualkan. Kata-kata dan kelakuan diaorang ada yang buat aku terguris. Entah la mungkin ada yang tak sedar atau pun aku sendiri  yang terlalu sensitive. Aku cuba buat-buat biasa sebab mungkin benda-benda nie semua tak disedari. Aku faham. Kadang-kadang aku pun bukan tahu jaga hati orang sangat. Cakap main lepas je tapi  lepas aku sedari benda tu buat aku malu sendiri.



Hidup biasalah nak jaga hati orang bukan senang. Lagipun kita tak sesempurna mana pun. Setiap hati mesti ada je benda yang kita buat silap even benda tu sangat simple. Namun itu la kehidupan. Kita tak boleh nak orang ikut je apa yang kita cakapkan. Macam dalam perhubungan, setiap hubungan mesti ada tolak ansur kalau tak memang tak kekal lama. Entah la apa motif aku buat entry yang arghhh macam nak hentak-hentak je kan. Tapi yang aku tau hati aku tak tenang. Aku harapkan perubahan tapi.............. hard to explain ! aku rasa macam aku terhimpit antara dua pilihan. Takut buat pilihan.


Macam sekarang aku rasa macam aku dah buat satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku dan aku terpaksa tanggung bebannya. Rasa rendah diri, terhina dan rasa terlalu berpaut pada orang. Kalau boleh putarkan masa kan best. Aku nak jalani kehidupan aku yang sebelum nie. Bebas tanpa perasaan yang melukakan hati sendiri. Seriusly kadang-kadang aku rasa hidup sendiri tanpa orang yang rapat dengan life aku lagi baik.


Satu lagi benda aku sangat tak suka menumpang harta orang. Kalau macam benda tu tak penting sangat oke lah tapi bila satu-satu benda tu sangat penting untuk kegunaan harian, aku rasa macam aku loser gila. Tataw kenapa perasaan tu wujud tapi aku rasa orang tu ambik kesempatan atas kekurangan yang aku  ada. Entah la korang faham ke tidak maksud aku tapi benda macam tu la buat aku rasa down sangat.




## aku tak suka dengan perasaan yang aku ada sekarang nie. Tapi aku terpaksa bertahan untuk jangka masa yang agak lama! 

Monday, 2 January 2012

Happy new year! End year mega sale!

Selamat tahun baru for all readers! Tahun nie da genap la 20 tahun. Akhir zaman belasan. Zaman remaja yang penuh dengan macam-macam pengalaman.  Oke kali nie aku da malas nak cerita pasal azam. Dah ramai story pasal azam diaorang. Macam aku plak azam tahun lepas pun tak tercapai-capai lagi. Maybe azam aku nie susah sikit kot. Ape azam tu?? Shutttt!!! Rahsia..hehe


Whatever lah ape pun azam korang yang pasti korang mampu laksanakan apa yang termampu. So hari nie aku nak cerita sikit pasal jualan akhir tahun. Mega sale!! Sapa suka?? Angkat tangan..haha. oke dah masuk tahun baru nie mesti banyak mall adakan jualan penghabisan stok. Aku pun sekaki gak dgn korang. Serbu mall.cari barang yang best-best kan. Biasa la diskaun 20%, 50%, klu untung sikit dapat diskaun 70%.


Oke sebelum nie aku survey2 la barang-barang yang aku teringin giler. Tapi ada yang aku tngok harga dia lebih kurang je. Contoh sebelum sale harga dia rm 100. Then bila ada mall nie buat sale dia ‘up’ kan sikit harga tu then letak le 20% or 30% diskaun.  Bila harga lepas diskaun lebih kurang harga sebelum nie je. Ada setengah tu mahal dari sebelum sale.Korang fahamkan maksud aku.




Satu lagi benda yang aku tak suka bila sale ni. Barang selalu habis even benda tu takde sale pun. Contoh 2 hari lepas aku and my love pergi le al-ikhsan. Aku ingat nak cari sandle adidas yang aku berkenan gile. Cari punya cari takde da habis walaupun baru satu hari aku tengok. Damn! Tension gila rasa. Oke then my love cakap cari la yang lain banyak lagi patern cantik-cantik. Disebabkan aku tarik muka 14 dia cakap dia belanja. Hehe muka ape lg terus senyum panjang. Aku ambik masa lama gak cari then jumpa la satu sandle nie. Muka ceria terus cari abg al-ikhsan tu.


“abg nak kasut nie saiz 8”. Abg tu pun pegi la kat kaunter cek dlam sistem dia la kot.

“semua saiz da habis la dik! Tinggal saiz 10 je”

Time tu arghhh tension! Yang aku nak takde la dah habis la. Macam-macam. Time tu aku fikir nak keluar je dari situ. Tapi my love cakap ada satu lagi patern yang cantik. Tapi aku tengok takde la cantik sangat. Kaler biru! Ala-ala ladies gitu. Dah my love cakap cantik aku pun ambik je lah. Pegi tanya lagi. Tapi jawapan abg tu memang buat muka aku jadi macam hulk. Sikit lagi nak hijau. 
“ sorry la dik yang nie pun dah habis tinggal saiz ni je!”


Aku letak balik kasut tu terus tarik tangan my love keluar dari situ. Senang hati! Motif aku senang hati??? Entah le..huhu.


Satu lagi benda yang aku tak berkenan time sale nie. Orang ramai! Oke orang ramai aku tak kesah sangat biasa la mall. Tapi yang tak best nie penjaga kedai tu. Bila dah orang ramai diaorang sikit pun tak layan muka budak-budak macam aku nie. Dia ingit kiteorang takde duit ape! Kalau hari-hari biasa punya la merayu-rayu promote dia punya barang tapi bila dah time-time akhir tahun orang dapat bonus nie kita yang nak beli barang dia pun dia layan ‘gitu-gitu’ je sebab dah banyak dapat untung la kot. Ada satu kedai nie paling aku sakit hati dia tanya:

 “adik nak beli ke? Kalau nak beli baru akak pegi ambik saiz nie”
Mak aaihh akak nie geram aku tengok. Aku pun

“ tak pe la kak tak jadi beli lah. Tengok kedai lain lagi cantik”


nah ambik ko! Sombong sangat! Lepas tu baru la terkedek-kedek nak pergi ambik saiz tu tapi time tu aku dah nak blah pun. Lantak kau la tengok aku dah takde.

bangla baru masuk mall..kehkehkeh