mr nuff

Monday, 2 January 2012

Happy new year! End year mega sale!

Selamat tahun baru for all readers! Tahun nie da genap la 20 tahun. Akhir zaman belasan. Zaman remaja yang penuh dengan macam-macam pengalaman.  Oke kali nie aku da malas nak cerita pasal azam. Dah ramai story pasal azam diaorang. Macam aku plak azam tahun lepas pun tak tercapai-capai lagi. Maybe azam aku nie susah sikit kot. Ape azam tu?? Shutttt!!! Rahsia..hehe


Whatever lah ape pun azam korang yang pasti korang mampu laksanakan apa yang termampu. So hari nie aku nak cerita sikit pasal jualan akhir tahun. Mega sale!! Sapa suka?? Angkat tangan..haha. oke dah masuk tahun baru nie mesti banyak mall adakan jualan penghabisan stok. Aku pun sekaki gak dgn korang. Serbu mall.cari barang yang best-best kan. Biasa la diskaun 20%, 50%, klu untung sikit dapat diskaun 70%.


Oke sebelum nie aku survey2 la barang-barang yang aku teringin giler. Tapi ada yang aku tngok harga dia lebih kurang je. Contoh sebelum sale harga dia rm 100. Then bila ada mall nie buat sale dia ‘up’ kan sikit harga tu then letak le 20% or 30% diskaun.  Bila harga lepas diskaun lebih kurang harga sebelum nie je. Ada setengah tu mahal dari sebelum sale.Korang fahamkan maksud aku.




Satu lagi benda yang aku tak suka bila sale ni. Barang selalu habis even benda tu takde sale pun. Contoh 2 hari lepas aku and my love pergi le al-ikhsan. Aku ingat nak cari sandle adidas yang aku berkenan gile. Cari punya cari takde da habis walaupun baru satu hari aku tengok. Damn! Tension gila rasa. Oke then my love cakap cari la yang lain banyak lagi patern cantik-cantik. Disebabkan aku tarik muka 14 dia cakap dia belanja. Hehe muka ape lg terus senyum panjang. Aku ambik masa lama gak cari then jumpa la satu sandle nie. Muka ceria terus cari abg al-ikhsan tu.


“abg nak kasut nie saiz 8”. Abg tu pun pegi la kat kaunter cek dlam sistem dia la kot.

“semua saiz da habis la dik! Tinggal saiz 10 je”

Time tu arghhh tension! Yang aku nak takde la dah habis la. Macam-macam. Time tu aku fikir nak keluar je dari situ. Tapi my love cakap ada satu lagi patern yang cantik. Tapi aku tengok takde la cantik sangat. Kaler biru! Ala-ala ladies gitu. Dah my love cakap cantik aku pun ambik je lah. Pegi tanya lagi. Tapi jawapan abg tu memang buat muka aku jadi macam hulk. Sikit lagi nak hijau. 
“ sorry la dik yang nie pun dah habis tinggal saiz ni je!”


Aku letak balik kasut tu terus tarik tangan my love keluar dari situ. Senang hati! Motif aku senang hati??? Entah le..huhu.


Satu lagi benda yang aku tak berkenan time sale nie. Orang ramai! Oke orang ramai aku tak kesah sangat biasa la mall. Tapi yang tak best nie penjaga kedai tu. Bila dah orang ramai diaorang sikit pun tak layan muka budak-budak macam aku nie. Dia ingit kiteorang takde duit ape! Kalau hari-hari biasa punya la merayu-rayu promote dia punya barang tapi bila dah time-time akhir tahun orang dapat bonus nie kita yang nak beli barang dia pun dia layan ‘gitu-gitu’ je sebab dah banyak dapat untung la kot. Ada satu kedai nie paling aku sakit hati dia tanya:

 “adik nak beli ke? Kalau nak beli baru akak pegi ambik saiz nie”
Mak aaihh akak nie geram aku tengok. Aku pun

“ tak pe la kak tak jadi beli lah. Tengok kedai lain lagi cantik”


nah ambik ko! Sombong sangat! Lepas tu baru la terkedek-kedek nak pergi ambik saiz tu tapi time tu aku dah nak blah pun. Lantak kau la tengok aku dah takde.

bangla baru masuk mall..kehkehkeh

8 comments:

Ezad Skytech said...

hee..sy tak sanggup nak bersesak2 time sale macam ni....terlampau ramai sgt orang..

azila abdullah said...

hehe biasa la time tu semua org nk shopping..murah ktenye..

Razifredz said...

layan .... tk beli pn takpe ... salam 2012

mama aini said...

salam 2012 dr mama..memang masa sale, ramai sgt org..mama rasa rimas sgt bila ramai org..takde peluang nak pilih betul2 barang yg kita nak..

Carpet Cleaning Melbourne said...

Happy new year.. Wishing you a prosperous new year.

azila abdullah said...

razifredz: salam 2012 juga :)

mama aini: aah betol2..tpi best tngok ramai org berebut nk pilih..hehe

carpet: happy new year too..

chot ok..! said...

Queensbay rght??hee

azila abdullah said...

first pic dataran pahlawanan second yeah! queensby..kikiki