mr nuff

Monday, 9 January 2012

Susah nak senangkan hati semua orang...Lebih baik senangkan hati sendiri dulu!

tempat serabut macam hidup aku sekarang nie!


Hidup ada turun naik. Buat masa sekarang aku rasa aku di bawah. Hilang keyakinan diri..! puncanya aku sendiri tak pasti. Kadang-kadang aku rasa orang sekeliling aku sangat memualkan. Kata-kata dan kelakuan diaorang ada yang buat aku terguris. Entah la mungkin ada yang tak sedar atau pun aku sendiri  yang terlalu sensitive. Aku cuba buat-buat biasa sebab mungkin benda-benda nie semua tak disedari. Aku faham. Kadang-kadang aku pun bukan tahu jaga hati orang sangat. Cakap main lepas je tapi  lepas aku sedari benda tu buat aku malu sendiri.



Hidup biasalah nak jaga hati orang bukan senang. Lagipun kita tak sesempurna mana pun. Setiap hati mesti ada je benda yang kita buat silap even benda tu sangat simple. Namun itu la kehidupan. Kita tak boleh nak orang ikut je apa yang kita cakapkan. Macam dalam perhubungan, setiap hubungan mesti ada tolak ansur kalau tak memang tak kekal lama. Entah la apa motif aku buat entry yang arghhh macam nak hentak-hentak je kan. Tapi yang aku tau hati aku tak tenang. Aku harapkan perubahan tapi.............. hard to explain ! aku rasa macam aku terhimpit antara dua pilihan. Takut buat pilihan.


Macam sekarang aku rasa macam aku dah buat satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku dan aku terpaksa tanggung bebannya. Rasa rendah diri, terhina dan rasa terlalu berpaut pada orang. Kalau boleh putarkan masa kan best. Aku nak jalani kehidupan aku yang sebelum nie. Bebas tanpa perasaan yang melukakan hati sendiri. Seriusly kadang-kadang aku rasa hidup sendiri tanpa orang yang rapat dengan life aku lagi baik.


Satu lagi benda aku sangat tak suka menumpang harta orang. Kalau macam benda tu tak penting sangat oke lah tapi bila satu-satu benda tu sangat penting untuk kegunaan harian, aku rasa macam aku loser gila. Tataw kenapa perasaan tu wujud tapi aku rasa orang tu ambik kesempatan atas kekurangan yang aku  ada. Entah la korang faham ke tidak maksud aku tapi benda macam tu la buat aku rasa down sangat.




## aku tak suka dengan perasaan yang aku ada sekarang nie. Tapi aku terpaksa bertahan untuk jangka masa yang agak lama! 

No comments: