mr nuff

Tuesday, 28 February 2012

secret recipe time

untuk bulan nie entry aku hanya penuh dengan gambar jela. aku suka! biar lah blog aku bukan blog kau. oke tanak panjangkan cerita aku dan aku pun macam biasa malas nak taip. biar gambar je la yang menjadi bicara.hehe (puitis tetiba)

it queensbay mall secret recipe.! enjoy tengok kiteorang makan kek.hehe


CHOCOLATE CHIP

muka aku problem bila senyum. dah amacam tido je. mata sepet.! sabo jela.


Muka happy dapat makan CHOCOLATE INDULGENCE.


juwadi dengan air chocolate blended kek pun chocolate jugak. 

fadhilah! favorite kami sama. chocolate indulgence.

Monday, 27 February 2012

botanical garden

oke weekend lepas aku jalan-jalan area taman botani. tempat nie sesuai masuk untuk semua lapisan umur. nak jogging ke jalan-jalan ke semua boleh. bayaran masuk adalah FREE. tapi kalau nak naik kereta kecik dalam tu pun boleh jugak. bayaran dia serendah RM2. untuk kiteorang yang berjimat dan nak ambik udara segar konannye jalan kaki je. berpeluh la jugak.! 


so tunggu ape lagi. tengok gambar jelah. aku malas nak menaip. taip panjang nie pun dah rasa panjang gile dah.



untie yang pegang payung tu bukan geng kiteorang.!

aneh dengan buah pelik! description kat situ tanak bace then mula la buat muka pelik.hee

bersaing dengan monyet untuk dapatkan botol air. kejuaraan milik fadhilah.haha


cantik! bunga ciptaan Tuhan









konon nakkan janggut.bende nie pun jadilah..















finally picture five of us! 

Saturday, 25 February 2012

makan luar vs makan kat rumah. mane best?

oke lama aku tak taip panjang-panjang rasanya. sebelum nie aku banyak post gambar je. bukan ape aku malas la nak menaip. bukan ade orang bace pun. alih-alih aku juga yang buka dan baca sendiri. adoihanye sedih dowh!  whatever lah yang pasti hari nie aku rajin sikit nak menaip. kerja kat office pun takde la banyak sangat. setakat benda biasa-biasa tu ape la sangat kan.heee.


malam raya tahun lepas BBQ. hanya terjadi beberapa tahun sekali!

by the way hari nie aku nak cerita sikit pasal makan luar vs makan kat rumah yang mak korang masak. yang mana best? well ade la hari tu aku keluar dengan memember aku gi makan. tengah sedap-sedap makan tengok ade la budak sekolah rendah baru balik sekolah singgah makan dekat situ. ade la dalam 4 ke 5 orang tak silap aku. tapi waktu tu takde ape la sangat tapi tetiba je kak tikah akak yang sekali practical dengan aku tu cakap:


"bestnye kan budak-budak tu makan kat luar lepas habis sekolah. mesti mak ayah dyeorang kerja. akak dulu lepas sekolah terus je balik rumah."


well aku dulu pernah rasai macam tu. sebenarnye langsung tak best. pendapat aku makan kat rumah mak masak memang best. even makanan tu bukan favorite kita tapi tetap sedap. aku dari kecik sampai besar jarang sangat dapat makan kat rumah. everyday ayah aku belikan lauk bungkus tak pun nasi bungkus. semua bungkus. sampai kadang-kadang air pun bungkus. biasa lah mak aku dah meninggal waktu aku kecik lagi. aku duduk dengan ayah aku je. akak and abg-abg aku waktu tu semua belajar atau kerja kat luar. kat rumah aku hanya tinggal aku, ayah aku dengan kucing yang sangat demand!


korang tahu aku bila masuk kedai makan kadang-kadang sampai rasa loya, muak semua ada. sampai aku boleh hafal lauk setiap  kedai makan yang ayah aku selalu beli. ade orang tanya "kenapa tak masak kat rumah" well rumah aku korang boleh bayangkan tak rumah orang bujang? macam tu la rumah aku. minyak masak pun tade.bawang ke rempah ke memang tayah cari lah kat rumah aku. peti ais kosong je. gas boleh tahan setahun! lagipun aku sekolah dari pukul 7.45 pagi sampai 6 petang waktu tu. sabtu dari pagi sampai petang aku ade tuisyen luar. ahad je half day tuisyen sampai pukul 2 petang. cuba korang bagitau aku time bila aku nak masak?



aku dapat rasa makanan yang dimasak sendiri pun time ayah aku muak gile nak makan kat kedai. sampaikan masak sardin dalam tin pun aku rasa heavenn gila. makanan paling sedap sebab ayah aku masak. tak pun time hari raya sebab semua akak-akak and abang-abang aku balik. time tu la semua bahan nak kena cari. dari garam sampai la ke bahan-bahan nak masak macam ikan ke ape ke. tapi macam ketupat dan rendang time raya aku dengan family memang tak pernah buat. ayah aku tempah je. berapa banyak ketupat nak.siap dengan rendang panas-panas lagi dipagi raya delivery sampai ke rumah. gila tak best kan.!


mee udang mak jah! gambar aku agak tembam kat situ sebab abg aku suka ambik gambar time aku tngah kunyah nasi.damn!

yes! aku admit makan kat kedai kadang-kadang best depend pada jumlah family yang keluar sesama. tapi korang kena ingat makanan kat rumah yang paling bersih. hargai makanan yang mak korang masak. jangan merungut bila kadang-kadang tak best pada citarasa korang. hargai selagi ada jangan jadi macam aku memang tak dapat merasa makanan ibu sampai bila-bila.

Friday, 24 February 2012

setel satu masalah duit pun masuk..

well macam sebelum-sebelum nie aku cukup risau dengan laporan harian. mana tak nye nak kena tulis hari-hari. kadang-kadang sampai naik meyampah buat benda yang sama. dah tu nak kena cop setiap seminggu update. memang rajin la sangat kan aku nie. tapi sekarang tak lagi kot. lecture dah observe tunggu lagi. silap-silap buku nie entah kemana.hehe.

muka depan buku aku. baru nak sibuk pelekat gambar bagai. tu pun print hijau je nampak.nasib lah janji ade gambar. aku ade MC satu hari pun komplen. ape ingat aku nie robot x tahu sakit.! bos tak cakap pape pun. 



buku yang aku trpaksa cop tiap minggu. tapi nasib baik penyelia baik. senang keje. puan yang datang observe pun oke lah juga. bukan lecture JKE (kejuruteraan elektrik) so diaorang nak tanya banyak-banyak pasal elektrik memang tak lah dan kira nasib jugak tapi bila dah diaorang tak pandai nak tanya pasal elektrik dan elektronik diaorang tanya banyak pasal OSHA( occupational safety and health ). aku hentam jela  .tapi ape pun yang penting aku dapat voucher buku nie. senyum lebar je. tataw nak beli ape sebenarnya.lagipun sekarang bukan time belajar. valid plak 31 bulan 3. memang tokey novel lah yang aku cari.hehe




tengah best-best dapat voucher buku tiba-tiba dapat pulak cek untuk duit over tims. 5 kali je aku buat overtime. cukup la untuk shopping baju sehelai.hikhikhik. oke ape smbil shopping beli buku. seimbang tuh.hehe

Thursday, 23 February 2012

queensbay night housemate hang out.

well malam nie malam yang agak meriah. selalu lepak aku dengan fadhilah je. bosan kot asyik berdua je. tapi bosan-bosan pun jadi kerja gak kiteorang. macam biasa queensbay memang jadi tempat favorite sebab tepi pantai dan dekat dengan mall. okelah macam biasa aku kalau banyak gambar yang aku upload aku tak reti nak taip panjang panjang. bukan ape saje je nak kasi korang layan gambar je. hewhewhew =_="
fadhilah tudung pink muka excited tak ingat.haha


kami kawan baik (^_^)

disebabkan hanya guna camera digital, jambatan pulau pinang yang cantik dengan cahaya memang tak nampak. camera baling ayam(DSLR) satu plezzzz.




monkey style?



hanya pura-pura!

nie baru betul-betul candid! seronok dapat tengok bot lalu ke pulau jerejak. gila kono!





hanya tinggal bertiga. yang lain sibuk nak makan jagung rebus tepi pantai.LOLOLOL