mr nuff

Saturday, 25 February 2012

makan luar vs makan kat rumah. mane best?

oke lama aku tak taip panjang-panjang rasanya. sebelum nie aku banyak post gambar je. bukan ape aku malas la nak menaip. bukan ade orang bace pun. alih-alih aku juga yang buka dan baca sendiri. adoihanye sedih dowh!  whatever lah yang pasti hari nie aku rajin sikit nak menaip. kerja kat office pun takde la banyak sangat. setakat benda biasa-biasa tu ape la sangat kan.heee.


malam raya tahun lepas BBQ. hanya terjadi beberapa tahun sekali!

by the way hari nie aku nak cerita sikit pasal makan luar vs makan kat rumah yang mak korang masak. yang mana best? well ade la hari tu aku keluar dengan memember aku gi makan. tengah sedap-sedap makan tengok ade la budak sekolah rendah baru balik sekolah singgah makan dekat situ. ade la dalam 4 ke 5 orang tak silap aku. tapi waktu tu takde ape la sangat tapi tetiba je kak tikah akak yang sekali practical dengan aku tu cakap:


"bestnye kan budak-budak tu makan kat luar lepas habis sekolah. mesti mak ayah dyeorang kerja. akak dulu lepas sekolah terus je balik rumah."


well aku dulu pernah rasai macam tu. sebenarnye langsung tak best. pendapat aku makan kat rumah mak masak memang best. even makanan tu bukan favorite kita tapi tetap sedap. aku dari kecik sampai besar jarang sangat dapat makan kat rumah. everyday ayah aku belikan lauk bungkus tak pun nasi bungkus. semua bungkus. sampai kadang-kadang air pun bungkus. biasa lah mak aku dah meninggal waktu aku kecik lagi. aku duduk dengan ayah aku je. akak and abg-abg aku waktu tu semua belajar atau kerja kat luar. kat rumah aku hanya tinggal aku, ayah aku dengan kucing yang sangat demand!


korang tahu aku bila masuk kedai makan kadang-kadang sampai rasa loya, muak semua ada. sampai aku boleh hafal lauk setiap  kedai makan yang ayah aku selalu beli. ade orang tanya "kenapa tak masak kat rumah" well rumah aku korang boleh bayangkan tak rumah orang bujang? macam tu la rumah aku. minyak masak pun tade.bawang ke rempah ke memang tayah cari lah kat rumah aku. peti ais kosong je. gas boleh tahan setahun! lagipun aku sekolah dari pukul 7.45 pagi sampai 6 petang waktu tu. sabtu dari pagi sampai petang aku ade tuisyen luar. ahad je half day tuisyen sampai pukul 2 petang. cuba korang bagitau aku time bila aku nak masak?



aku dapat rasa makanan yang dimasak sendiri pun time ayah aku muak gile nak makan kat kedai. sampaikan masak sardin dalam tin pun aku rasa heavenn gila. makanan paling sedap sebab ayah aku masak. tak pun time hari raya sebab semua akak-akak and abang-abang aku balik. time tu la semua bahan nak kena cari. dari garam sampai la ke bahan-bahan nak masak macam ikan ke ape ke. tapi macam ketupat dan rendang time raya aku dengan family memang tak pernah buat. ayah aku tempah je. berapa banyak ketupat nak.siap dengan rendang panas-panas lagi dipagi raya delivery sampai ke rumah. gila tak best kan.!


mee udang mak jah! gambar aku agak tembam kat situ sebab abg aku suka ambik gambar time aku tngah kunyah nasi.damn!

yes! aku admit makan kat kedai kadang-kadang best depend pada jumlah family yang keluar sesama. tapi korang kena ingat makanan kat rumah yang paling bersih. hargai makanan yang mak korang masak. jangan merungut bila kadang-kadang tak best pada citarasa korang. hargai selagi ada jangan jadi macam aku memang tak dapat merasa makanan ibu sampai bila-bila.

5 comments:

che mastura said...

masakan emak mestilah yang paling best!! tapi bile dah kawen ni....makan kat luar la lagi best!!! hehehe.. cuti masak.. :P

azila abdullah said...

hehe anak je rasa tak best kene mkn kt luar :p

Cikgu Ma said...

masakan mak jugak yang best!!=)

ZiErWa zAiNaL said...

suke lgi mkn kt rumah..hehe..tp kdg suke gk mkn kat luar..

Koding said...

Koding Berkata:
Makan kat rumah yang tak seronoknya ialah orang di dapur... letih memasak dan basuh pinggan...