mr nuff

Saturday, 24 March 2012

last practical dinner

dinner nie dibuat khas untuk kak tikah yang sama-sama kiteorang practical. event kecil kecilan la konon.hehe. biar gambar je la bercerita :P


Thursday, 22 March 2012

bukit tinggi pahang

cuti lepas aku pergi jejalan dengan member-member kat bukit tinggi. memang best gile dengan tempat yang sejuk. kami pergi dengan 4 biji kereta.disebabkan kami dari arah berlainan kiteorang semua berkumpul di RnR genting sempah tak silap aku. for ronda-ronda kiteorang lalu janda baik dan perkampungan bukit tinggi.


 then kiteorang teruskan perjalanan yang tergendala tadi dengan masuk highway KL-Karak. lebih kurang 1 jam lebih kot nak sampai ke colmar tropicale tu.(mungkin kalau bawa laju cepat sikit kot sampai.hehe). dan persinggahan pertama kami kat taman arnab. bayaran masuk aku tak ambik tau pula sebab diaorang yang belanja.hehe. disebabkan aku geli sikit nak main arnab so aku buat bodoh je la ngan haiwan tu. langsung tak excited nak main :P



boleh tahan banyak juga la arnab kat sini. tapi ade aku kesah ngan haiwan semua nie. taman arnab nie bukan keutamaan aku so tak berapa excited la. then dah semua berbau arnab baru la sibuk nak ke colmar tropicale  dengan bayaran masuk RM 16 seorang. mahal? hurmm aku rasa berbaloi kot. memang tak jemu masuk tempat tu sebab rasa macam dekat luar negara.hehe


colmar tropicale nie diaorang cakap original colmar village di alsace,france. (kalau diaorang tipu pun aku percaya jela.) jalan-jalan kat sini sambil minun air soya tin yang bernilai RM 6...huhu (_ _'')



kat colmar tropicale kiteorang hanya makan pizza yang nipis dan mahal serta latte je sebagai alas perut then terus pergi ke Japanese village plak.kat sini macam-macam yang berkaitan dengan kebudayaan jepun ada. korang boleh juga bergambar dengan pakai pakaian kimono. pemandangan kat sini memang cantik sesuai untuk release tension.dan sebelah japanese village nie ada botanical garden yang penuh dengan bunga ^^


sampai kat sini memang aku nasib baik gile lah sebab pakai kasut flat je takde high heel. kalau tak memang balik sakit kaki. macam member-member aku yang lain dress up kemain nak jadi model lah kan. balik je hotel terus urut kaki masing-masing.haha. well hotel yang kiteorang duduk tu boleh tahan mahal tapi bak kate kengkawan aku sekali sekala bercuti ape salahnya manja kan diri. (hak tuih manjakan diri lah sangat sampai RM398 semalam). kira nasib baik lah kiteorang duduk satu bilik 6 orang. well bilik tu pakej untuk 4 orang je sekali dengan breakfast.

pemandangan luar bilik. guna handset je nie tu gambar blur sikit. DSLR aku habis batery.ceh!

# oke dah panjang beno aku rasa entry nie walaupun taip sikit je.. nanti aku cite lagi pasal desaru..nantikan :)