mr nuff

Saturday, 3 March 2012

klinik swasta vs klinik kerajaan



oke baru je selasa lepas aku demam. teruk tu takde la sangat. setakat demam biasa-biasa je. hari tu kerja aku ambik half day je. tak larat punya pasal. disebabkan tanak gaji yang tak seberapa tu dipotong aku pun pegi la klinik dekat dengan tempat aku practical nie. klinik swasta layanan dia memang baik. lagipun aku dah biasa pergi klinik swasta kalau demam. ayah aku memang tak suka pergi klinik kerajaan sebab katanya lambat. kadang-kadang orang takde pun kena tunggu macam ada 20 orang. entah la. selama nie aku memang tataw sebab ayah aku memang tak pernah bawa. 


nak dijadikan cerita, disebabkan aku dapat mc hari selasa je hari rabu tu terpaksa la aku pergi kerja. badan still sakit dan letih-letih. tapi gagah juga la. takut kawan aku risau kalau aku tunjukan aku sakit gila dari pagi tu. datang je kerja badan aku dah rasa semacam je. aku cool je tanak orang nampak. aku pasang handfree pastu dengar lagu. so dengan cara tu member aku takan taw lah sebab aku kalau dengar lagu aku memang diam je.


dalam pukul 1 lebih kiteorang keluar makan. tempat biasa kiteorang selalu lepak. nasi ayam misai. selesai makan aku dah rasa semacam je. nak muntah pun ade. then cepat-cepat ajak member balik office. sampai je terus muntah ape yang aku makan tu. sakit dia usah cerita la. siksa! selesai buang ape je yang ada dalam perut tu aku dah rasa oke lah sikit. lega. then aku pergi je duduk ngadap laptop sambil online facebook and twitter.hehe.


time tengah sedap-sedap online tu tetiba aku rasa macam ada benda yang hempap dada aku. berat sangat. nafas mula la tak terkawal. untuk hilangkan rasa sakit kat dada aku tu aku try duduk diam-diam sambil kawal nafas. tapi tak menjadi la pulak..haishh



motif aku cerita berjela-jela nie ape kes? tah aku pun tataw ape yang excited sangat aku nak menaip nie. sebab aku dapat ponteng kerja 3 hari berturut-turut kot.hehe



what ever! oke back to the story. lepas ke aku tak boleh control nafas aku member-member aku tengok dah buat muka cuak. ingat dah tiba masa ajal memanggil ke? haiyoo..disebabkan aku dah tak nampak orang time tu dan kaki dan tangan aku dah tak rasa pape diaorang bawa aku ke klinik 1 malaysia sebelah tempat kerja aku je. sampai je paling tension nurse tu buat gabra bole bawa aku merata balik. ceh! dah la sakit-sakit dia boleh buat pening cakap klinik tu takde spare oxygen. 


time tu pula ada medical assistant(MA) yang macam ape je. dia cek aku lebih kurang je then bagi la aku sedut menatang tuh. yang paling aku tak tahan tu nurse tu boleh lak lupa berapa sukatan ubat tu nak letak dalam pam tu. haiyooo...aku sakit-sakit nie rasa macam nak marah je. tapi takde tenaga! 


bila aku da cool sikit masuk la cek balik. MA tu sikit punya kerek boleh cakap aku panic sampai mengeletar mulut. gila bengong! aku sejuk lah weh walaupun badan aku berpeluh-peluh. kuku aku pun dah jadi kaler biru bibir siap warna putih dah macam hantu. yang tak tahan tu MC pun dia tak kasi kat aku. aku lantak lah dapat MC ke tak aku balik je. tak larat der. aku balik pun tak kasi ubat pape. hanya inhaler yang aku ade jela mengubat jiwa..hehe..



well conclusion aku nak buat kat sini. aku rela bayar mahal dari dapat layanan macam nie. seriously. selalu aku ambik oxygen kat klinik swasta  harga dalam RM 50-70 tapi berbaloi tak perlu tunggu lama-lama. nie kalau bayar RM 1 tapi kalau tak menyenangkan buat ape kan.


sempat lagi posing walaupun tengah sakit. yang tensionnye gambar aku mesti mata takde. senyum tapi tak nampak aku senyum. damn!

2 comments:

ciksukaberangan said...

err. saya p hospital kerajaan baru best. hehe. tapi p klinik kerajaan pun layanan dia okay je. haha. tengok pekerja dan doktor dia juga kot.

azila abdullah said...

mybe..tp sepanjang pegi hosptal krjaan nurse mesti garang nk mmpus. xpun muka masam je. lebih rela bayar lebih dri tngok muka x rela nurse tu..