mr nuff

Thursday, 22 March 2012

pulau langkawi

Dua tiga hari lepas ade la member-member zaman sekolah rancang nak pergi pulau langkawi. Diaorang ade la tanya aku ape yang best kat langkawi tu. Berapa bajetnye.  Sebenarnya aku pergi langkawi da lama. Tahun lepas sambut new year kat sana. Actually langkawi memang satu pulau yang best! Banyak tempat yang menarik lagi best kalau naik bot keliling pulau-pulau. Macam yang korang tau langkawi memang terdiri dari 99 pulau tak silap aku.  Tapi yang tak bestnye aku pergi, aku tak sempat naik bot ke pulau-pulau lain. Tasik dayang bunting yang orang kata popular pun aku tak sempat pergi. Ye la aku pergi dalam 3 hari 2 malam je. Memang banyak sangat tempat menarik sampai tak sempat pergi.

Member aku tanya “azie berapa eh bajet korang pergi sana? “ well bajet aku takde la banyak sangat. Aku ikut tip destinasi bajet. Hanya dengan RM300 anda da boleh melancong di dalam malaysia!. Ehemmm dah macam Qi Razali plak aku.hehe. oke seriusly memang dengan hanya RM300 korang dah boleh melancong tambah kalau korang pergi ramai-ramai dengan member-member lagi bajet.

Jenis aku pula kalau melancong aku tak suka shopping sangat sebab aku tau tempat yang jadi tumpuan pelancong selalunya mahal that why la aku yang gila shopping nie tak beli pape barang kalau pergi melancong. Kalau macam kat langkawi aku hanya beli coklat je. Tu pun sedikit tapi habis juga la seratus.hehe. oke kat sana aku dengan 2 lagi member sewa hotel bajet je kebetulan pula tuan punya hotel bajet tu ayah member PLKN aku so dapat la diskaun sikit. kat sana nak senang  gerak  ke mana-mana aku sewa kereta je.

Kalau korang pergi langkawi pastikan Identity card (IC) sentiasa kena ada dalam wallet korang, sebab harga masuk antara pelancong luar malaysia dan dalam malaysia berbeza.  Dan kalau boleh korang beli je peta langkawi or pastikan handphone korang yang canggih tu ade gps supaya korang senang nak gerak ke mana je. Macam kiteorang disebabkan handphone masing-masing cap ayam je kiteorang beli je peta bersepah kat kedai.

Sebelum aku cerita panjang lebar lagi ape kata kita tengok gambar dulu, dari gambar baru korang bole tengok pemandangan dia. Sebelum aku lupa gambar-gambar nie semua takde la muka aku bukan sebab aku dah tak gila camera tapi sebab gambar nie semua waktu aku zaman jahiliah zaman freehair so banyak la gambar yang tak boleh aku nak upload. Ape pun layan..zasss!



















































owhhh sebuah entry yang panjang dgn gambar :) haha

1 comment:

Anonymous said...

Therefore, the answer to the question as to which of these two algae
should you take is that you should definitely have both of them in your diet.

The volume of raw spinach (like all other fresh garden greens) is deceiving.
The multi-packs of Naked Juice Superfood Smoothies are not available yet, but may definitely help cut back on the total cost if you develop a daily Superfood Smoothie habit.


Here is my website ... chris ashenden timothy ferriss (http://ireport.cnn.com)