mr nuff

Wednesday, 4 April 2012

kawan,kawan baik,sahabat

assalamualaikum dan hai semua dah lama rasanya aku tak update entry panjang-panjang dengan tulisan. sebelum nie banyak je gambar yang berbicara dengan harapan korang faham-faham sendiri lah. well hari nie aku nak cerita sikit pasal kawan, kawan baik, kawan suka duka, kawan makan kawan, sahabat and banyak lah yang orang selalu sebut. kat dunia nie ade macam-macam jenis orang dan macam-macam jenis kawan. kalau yang suka berkawan macam aku nie for sure korang jumpa macam jenis kawan korang ada sampai tak layak dipanggil kawan.



sejak dua menjak nie aku ade perasan yang tak semua kawan aku tu layak dipanggil kawan baik atau sahabat. setelah sekian lama aku hidup sepanjang 19 tahun kat muka bumi nie hanya aku hanya ada sorang je sahabat yang sentiasa bersama aku susah dan senang. cerita suka duka kami kongsi bersama. dan aku rasa dia lebih memahami aku dari kekasih hati aku. dia ada waktu aku perlukan seseorang untuk luahkan pendapat, waktu aku hilang tempat meluahkan perasaan. family? ye memang aku rapat dengan family tapi tak semua masalah nak dikongsi dengan family. dan macam aku pula aku hanya ada ayah aku sorang je so agak susah aku nak berkomunikasi kalau membabitkan hal perempuan. malu tu tetap ada walaupun dengan ayah sendiri, orang yang menjaga dari kecik hingga ke besar macam sekarang nie.



tapi tu bukan benda yang aku nak ceritakan sebenarnya. aku nak ceritakan pasal kawan yang aku rasa hanya mampu ada time senang je kalau time korang susah hati usah mimpi la dia nak ada dengan korang. silap-silap korang menangis sebelah pun dia buat tataw je. Jenis aku pula, aku senang je berkawan tanpa kenal dulu siapa dia sebenarnya. Aku boleh bercakap dengan siapa je yang cakap dengan aku tanpa ada sikit pun rasa ragu terhadap orang tu. bila da mula kenal at that time aku da anggap dia kawan aku but at that time rupanya dia hanya anggap aku sebagai tempat yang memhabiskan masa dia yang membosankan je.



Oke tu hanya kawan je. nie aku upgrade sikit kawan baik. kalau kawan baik mesti la korang fikir dia lah kawan yang selalu ada dengan kita kan. tapi tak semua orang yang selalu ada dengan kita tu kawan baik. ada kalanya dia baik dengan kita hanya sebab kita berduit atau sebab-sebab lain yang boleh dia manfaatkan dengan berkawan dengan kita. bila kita da terpisah dengan dia, dia terus hilang walaupun hakikatnya selama nie ada rapat dengan kita. aku sure orang macam nie ramaikan. Aku admit aku ramai kawan yang macam nie. tapi aku jenis yang tak kesah sangat so aku diamkan je selagi dia tak cari pasal dengan aku.



last sekali Sahabat!. tak semua orang berpeluang nak memiliki sahabat. orang yang terima diri kita seadanya yang bersama kita susah dan senang. for my sahabat. thank!


2 comments:

diera_nadiera ulalaaa~ said...

waaaaahhhh. besarnya teddy. nak pinjam, boleh? ngeee~

azila abdullah said...

kat kedai je nie...x muat kreta nk bwa balik..hehe