mr nuff

Tuesday, 17 April 2012

PTPTN dimansuhkan. wajar atau tidak?

assalamualaikum dan hai. hari nie aku tataw nak buat intro panjang panjang-panjang. kita straight to the point je oke?


semenjak dua tiga hati nie aku asyik dengar berita macam-macam pendapat yang PTPTN dah dimansuhkan lah ape lah. kalau sebelum nie aku ada buat entry yang aku bersetuju PTPTN diberhentikan untuk pelajar yang pointernye bawah 2.00. tapi untuk yang nak mansuhkan terus aku sikit pun TAK SETUJU! cuba korang tengok sekeliling korang sudah lah dalam banyak-banyak kawan korang ade la 2 dalam 10 yang loaded sikit mak ayah dia dan yang selebihnya hanya golongan sederhana.


sini aku nak hurai sikit la. firstly kalau dah rasa tak nak bayar balik pinjaman tu kenapa mesti mohon? suruh la mak ayah tanggung tu pun kalau mampu la kan. cakap interest tinggi tapi aku rasa dalam borang perjanjian sewaktu mula-mula nak pohon tu aku rasa dah tertulis. ustazah aku ade cakap dulu dia tak dikira riba kalau kita sendiri bersetuju dengan perjanjian tu. dan dinyatakan dengan terang lagi bersuluh! ape tak baca ke time nak sign perjanjian tu?



second pasal pembayaran balik. setau aku la bukan ke kita boleh tangguhkan selagi kita belum dapat kerja? lagipun aku tengok abang aku punya surat pembayaran balik tu takde la banyak sangat tiap bulan.ade la seratus lebih. janji bayar walaupun sikit.( ayah aku selalu bising part nie kalau abg aku tak bayar. dia cakap da belajar pandai-pandai lupa apa nak bayar balik. tak berkat kerja gaji beribu pun) lagi satu boleh tak korang fikir bila dah start kerja dah beli kereta, rumah kenapa mampu bayar? sedangkan aku rasa bayaran ansuran kereta lagi mahal kat dari bayar balik PTPTN tu.



oke aku nak tanya korang la kan. kalau negara kita buat free education korang rasa rakyat malaysia macam kita nie hargai ke? korang tayah tengok jauh la korang ingatkan masa zaman sekolah dulu pun cukup la. aku dulu kalau cikgu buat tuisyen free tobat malas gila kot. kadang-kadang aku ponteng ikut suka hati aku je. tapi kalau tuisyen berbayar yang ayah aku ambik, kalau kau tak pergi memang nahas . sebulan RM150 kot ayah aku bayar untuk 4 kelas setiap hari sabtu dan ahad. tu kira pekej yang murah la. lagipun aku ada baca, ada negara yang hampir bankrupt gara-gara free education nie macam Greece, Argentina, Sri Lanka. Tapi ada je sesetengah orang cakap Finland still boleh bagi free education dan negara dia maju je. oke setahu aku la kan, negara diaorang dapat tampung perbelanjaan sebab cukai yang tinggi. nak diikutkan sama je lah dengan yang bayar yuran pendidikan.



tu adalah pendapat peribadi aku lah sebagai peminjam PTPTN. nak cakap banyak aku belum cukup umur untuk masuk campur hal-hal yang bukan berkaitan dengan aku.  kalau ada yang tak puas hati. sorry for my opinion.

4 comments:

puteri said...

xkan kowt..abes la law xde PTPTipu nih..hahha law rjin follow k..im follow u back http://penbiru92.blogspot.com/

azila abdullah said...

hehehe entah org politik biasa la...kecohkan keadaan :)

Nabel said...

klau pendapat aku la kan..
bagus mansuhkan.. bukan utk kita tapi utk generasi akan datang..

sebenarnya negara kita ni kaya, siap boleh bagi pendidikan percuma mcm negara2 lain.

lagipun ptptn mengamalkn riba.. tu yg xbest.. tpi byar tetap byar..

hope klau ptptn dmansuhkn, akan muncul balik biasiswa2 utk pelajar. utk generasi akn dtg..

azila abdullah said...

nabel: ang x rasa ke klo dpt biasiswa nak belajar ke korang? aku sure ramai yg x reti hargai. kurang2 ptptn klo dpt pointer tinggi sure xyah bayar dah. so ramai kena la dpt pointer tinggi klo rsa xmo bayar.