mr nuff

Thursday, 24 May 2012

Georgetown Penang.

Last tempat yang aku pergi sebelum balik adalah pusat bandar Pulau Pinang, Georgetown. Actually sepanjang 5 bulan aku duduk penang nie hanya beberapa kali je aku masuk bandar georgetown nie atau orang penang panggil tanjung. Jarak dari rumah aku ade la dalam 30 minit perjalanan. That why aku lebih suka area-area rumah aku je.  Mall pun yang terdekat dengan rumah aku pun boleh tahan besar, Queensbay mall. Boleh sakit kaki juga la nak tawaf.


Kali nie aku nak bawa korang yang bukan orang penang nie pergi salah satu lagi tempat tumpuan pelancong dekat Penang, iaitu culies star. Macam bandar-badar lain Georgetown memang tak lari dari kesibukan kota. Kat sini kita boleh cari pelbagai baju melambangkan Pulau Pinang dengan harga yang murah. Dan harga yang dipamerkan semestinya boleh ditawar sehingga separuh harga.





 Bagi yang gemar jeruk penang kat sini boleh dapat pelbagai jenis jeruk seperti jeruk buah pala, jeruk buah salak, jeruk putik anggur, jeruk mangga dan macam-macam lagi. Jeruk kat sini korang boleh dapat dengan harga serendah sekilo RM 5 berbanding tempat lain yang harga dalam RM 8 – RM 10.



Tapi aku ke sini bukan lah nak beli jeruk semua tu aku ke sini aim kedai yang jual buku-buku terpakai dengan harga yang murah. Kalau pandai pilih korang akan dapat buku yang masih baru dan ada juga yang masih dalam plastik. Memang rambang mata memilih. Aku kalau boleh tanak balik.hehe. harga sebuah buku bergantung pada kualiti buku tu. Novel yang yang harga dalam RM25 korang boleh dapat dalam harga RM 10 – RM 12.





Friday, 18 May 2012

the best memories.


tak perlu rasanya aku nak taip panjang-panjang hari nie. diaorang semua housemate yang best sangat. tapi setiap pertemuan tetap ada perpisahan. yang datang tetap akan pergi. nie dinner terakhir kami sama-sama sebelum kiteorang balik ke tempat masing-masing. untuk housemate ye! aku rasa sedih tapi untuk practical tak! sebab aku bosan..kehkehkeh. 

kat bawah nie video yang dibuat secara mengejut dan semua pakat kelu tataw nak cakap ape. actually test video untuk camera nie. sebab first time buat video guna camera nie.hehe..layan

video

Sunday, 13 May 2012

lesen..!





opss oke-oke aku tau aku over excited sikit hari nie. *macam orang lain takde lesen . whatever lah aku punya blog bukan blog kau (ayat tipikal orang selalu cakap.kehkehkeh). well lepas dua tahun aku ternanti-nanti lesen nie akhirnya boleh juga. ye lah kalau dekat rumah aku ayah aku bukan kasi aku bawa kereta sorang-sorang sebabnye aku lesen P lagi. damn! terasa tak dewasa kat situ.



lagi satu aku tak suka dengan lesen P aku tu sebab gambar..! gambar zaman jahiliah (free hair). yang psti setelah 3 kali aku pergi JPJ baru boleh renew. first day aku pergi orang ramai gile. aku no 2987 dan time tu baru 2065 tak silap aku. memang serr lah. dah la aku minta pelepasan kejab dari office dan kira nasib baik jugak la ada en helmie teman kan ke JPJ tu sebab tetiba je dia muncul kat penang nie. second day aku pergi system down katanye. balik melopong jela. haiyaa banyak suwei owh.. nasib baik third day tak ramai sangat. kalau tak memang aku tunggu balik perlis dulu la baru renew.




yayaya i know gambar nie tak cantik sebab aku pakai handset cikai je. takan la aku nak pergi JPJ aku nak bawa camera baling ayam aku tau. mau orang tengok sikit punya jakun adelah sampai ke JPJ bawa.

Friday, 11 May 2012

taman tasik taiping

taman tasik taiping nie aku ingat macam taman-taman biasa je. ada itik boleh kayuh tengah tengah tasik tapi dugaan aku meleset. tempat nie cantik sangat terutamanya pokok dia yang unik. dahan dia yang bercabang dan rendang ke tengok. sumpah sejuk mata memandang. kami datang hari minggu so ramai orang bersantai dengan keluarga diaorang. memang tempat riadah terbaik kot.


aku rasa time nie macam nak peluk je pokok tu sebab happy sangat tengok dia lawa. sejuk je kawasan nie.





oke dekat taman tasik nie jugak boleh dayung itik palsu tu. fadhilah hentak-hentak kaki nak naik tapi nasib baik sempat dihalang.kehkehkeh. harga dia tak silap aku RM 10 kot untuk sejam/ setengah jam aku tak pasti sangat. tapi aku rasa not bad la kalau naik pun sebab tempat dia cantik sangat. aku kalau tak mengingatkan tengah rush hour nak pergi tempat lain pulak memang dah naik kot.








satu tempat je yang aku teringin pergi tapi tak sampai lagi kat perak iaitu BUKIT LARUT. orang cakap area situ satu-satunya tempat kat malaysia nie yang ada BUNGA TULIP. nice kan bole tengok-tengok bunga-bunga segar depan mata sendiri 

Wednesday, 9 May 2012

it zoo taiping and night safari..

aku abadikan kenangan dengan member-member rumah aku buat minggu-minggu last aku ade kat penang nie. lagi 9 hari lagi berakhirlah beban aku kat sini..*wahh ayah takleh blah. so dengan rajin nye kami ramai-ramai plan ke Perak. jauh sikit lar dari Pulau Pinang yang kecik molek nie.*tetiba rasa mcm perlis besar pulak.hehe .oke abaikan hasutan nateS tu.hehe. Disebabkan tahun 2012 nie adalah TAHUN MELAWAT PERAK, kita kena la support sikit. (acecey..! padahal sebelum nie tak pernah support pun.kebetulan je.kikiki) 


Disebabkan mulanya plan nak pergi dengan kereta semua pakat-pakat okey tapi last minutes tukar plan. nak jimatkan minyak dan jimatkan duit*nak jalan-jalan tapi kalau boleh duit tanak keluar.hehe   sorang demi sorang tarik diri. tanak pergi naik motor jadi minah rempit atas lebuhraya. jadi yang excited terlampau nie lah juga yang join naik motor. kelas kau jah! mana mau cari pengalaman macam tu. sumpah tak dapat punya..!













Tuesday, 8 May 2012

hilang...!







si pencuri kalau la kau baca blog aku kan aku mohon sangat kau bagi balik rantai aku tu. kalau kau dah gadai kau tolong bagitau aku kat mana kedai dan kau bagi je aku resit. aku sanggup pergi tebus sendiri. rantai tu sangat berharga untuk aku. loket rantai tu ada makna dan kenangan tersendiri untuk aku. 

Tuesday, 1 May 2012

hidup tak selalunya indah dan langit tak selalunya cerah.


langit tak selalunya cerah dan hujan tak selalunya banjir. macam tu la kehidupan tak selalunya indah. akan ada bermacam-macam warna dan warna itu akan jadi kenangan yang paling indah untuk masa hadapan. jika hidup hanya punya satu warna pada mulanya mungkin akan menjadi cantik di mata sesetengah orang tapi akan tetap berasa jemu dan bosan. begitulah kehidupan perlu ada turun dan naik.



pernah kita rasa bosan dengan kehidupan, adakalanya kira rasa dunia tidak adil tapi pernah tak kita tengok ke hadapan ada sesuatu yang Allah s.w.t dah janjikan. contoh, aku pernah rasa kenapa Allah s.w.t tak adil untuk aku..mengambil nyawa ibu aku di saat aku masih muda masih perlukan bimbingan , tunjuk ajar serta tempat bermanja dan kenapa Allah s.w.t  tak ambil aje orang yang langsung tak pernah hargai ibu mereka tapi bila aku pandang dari sudut lain semuanya ada hikmah disebaliknya. aku jadi semakin berdikari, aku punya pengalaman yang kawan-kawan lain tak pernah rasai lagi. dan itu menjadikan hidup aku lebih warna warni.



aku juga mampu bersyukur sekurang-kurangnya aku masih punya ayah yang setia di sisi aku susah dan senang. kalau dulu arwah ibu masih ada, bercakap dengan ayah sendiri pun malu-malu sebab ape je keperluan arwah yang sediakan. tapi sekarang aku rasa ayah aku segalanya. hikmah bukan?



bak kata-kata pujangga " kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan,ribut, dan petir. kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan pelangi yang sangat indah.."


dan bila aku ada masalah aku akan teringatkan ayat ini :

"Kehidupan tanpa masalah sangat mustahil. umpama bumi tiada berpenghuni, umpama laut tiada berombak, umpama perigi tiada berair. redha saja dengan ketentuanNYA. sedayanya kita berusaha untuk menyelesaikan masalah itu, walau kita sedar tidak mampu melawan betapa hebatnya pukulan badai melanda, sekurang-kurangnya harus berani menghadapinya."