mr nuff

Tuesday, 12 June 2012

puncak janing, kedah

Hari nie entah mimpi ape ayah aku teringin pulak dia nak ke puncak janing. Mula-mulah ayah aku cakap puncak janing nie aku tak dapat detect lagi tempat apa la yang teringin sangat nak tengok tu. Then bila tu tempat air terjun baru la aku owhhhhhhh panjang je. Excited la nak pergi mandi air terjun. Lama juga kat pergi tempat-tempat macam tu.


Perjalanan dari Perlis aku agak dalam 1 jam 30 minit la jugak. Sebab jalan-jalan nak ke tempat tu kebanyakan jalan rosak. Terpaksa bawa dalam kelajuan sederhana kadang-kadang slow. Tengok sekeliling tempat oke hutan je. Aku tengok dah macam hutan simpan. Seram meh kalau malam-malam.



Dah sampai je tengok wahh bestnye. Relex je tapi disebabkan bukan musim hujan air agak cetek lah. Ada sesetengah tempat je yang dalam. Tapi still boleh BBQ dan mandi-mandi la kalau nak. Cuma yang aku tengok tak bestnye tempat nie, toilet dia agak kotor la sebab takde sape-sape jaga. Toilet awam tak berbayar biasalah.










#gambar guna handset murah. tak berapa cantik...!

Saturday, 9 June 2012

bunga buah naga.

Holaaaa...tataw nak buat intro macam mana. Blurr je bila lama cuti sem lama-lama nie. Duduk rumah on laptop 24 jam main game. Tu je la kerja aku sejak dua menjak nie. Report practical langsung aku tak buat lagi. Hanya nampak muka depan je. Tu jela  yang aku rajin pun. Huahuahua. Banyak sangat vitamin M.



Macam aku selalu sebut sebelum-sebelum nie ayah aku memang gemar haiwan. Rumah aku dah macam tempat penternakan kucing dan ikan. Oke tu bukan aku nak cerita lah. Sekarang nie ada satu lagi hobi ayah aku yang menarik minat aku la jugak untuk tengok je bukan tolong.  Hasil dia memang best dari bela kucing-kucing tu.



Mula-mula dengan tanaman anggur. Anggur nie senang je nak kasi dia berbuah, sebulan sebelum korang nak makan buah tu korang kene kasi dia baja buah sikit.(actually untuk kasi berbuah lebat dan besar la). Bila dah cukup masa sebulan selepas letak baja buah tu baru korang boleh buang semua daun dia.buang sampai tinggal batang yang besar je. Macam buat musim luruh untuk dia la.selepas pucuk mula terbit barulah bunga anggur akan muncul. Yang penting bunga anggur tu tak boleh kena air hujan kalau tak bye-bye la buah korang.



Bila pokok da makin besar mengalahkan tuan, ayah aku beralih minat pulak ke pokok kaktus boleh makan. Dah tayah pening-pening fikir meh aku bagitaw, pokok naga atau bahasa omputihnye dragon fruits. Satu yang menarik tentang pokok nie dia hanya berbunga waktu malam. Macam pokok bakawali pulak. Dan hari nie first time aku tengok bunga dia. Ye la sebelum-sebulum nie aku melantak buah dia je.



Pokok naga nie tak susah nak jaga(menurut ayah aku la). Tanam dan biar je dia hidup. Siram dan taruk baja la sikit. baja apa jangan tanya aku sebab aku. Yang aku taw tiba-tiba dia dah berbuah.kehkehkeh 





Wednesday, 6 June 2012

kompleks kenanga!

Minggu nie aku just ronda-ronda cari kawasan baru nak shopping. Actually akak aku excited kemain nak ke KENANGA MALL.  Mall baru buka katanya. Disebabkan aku dengan cuti yang membosankan teman la jugak akak aku nie pergi mencari kenanga nie. Kitaorang berhenti kereta naik LRT je sebab akak aku nie tataw jalan sangat. Naik LRT lebih senang. Kiteorang dari setiawangsa turun masjid jamek. Then tukar train ke jalan Hang tuah. Turun je dari LRT mula la mencari banggunan 5 tingkat katanya. Ahh sudah siap bilang-bilang lagi banggunan tu. Sengal lah akak aku nie.

Pusing punya pusing jumpa la kompleks tu. Agak baru dan kurang orang. Kebanyakan di kompleks nie orang beli borong. Harga murah sangat. Tapi masalahnye korang kena beli banyak. Contoh macam baju kurung. 1 helai RM 175 tapi kalau beli 3 helai korang boleh dapat RM 245. Semua kedai macam tu. Ada minimum 3 helai dan ada minimum 6 helai. Depends pada kedai tu lah. Kiteorang takde la shopping pun just ronda-ronda kompleks baru je dan bosan duduk rumah je.