mr nuff

Saturday, 9 June 2012

bunga buah naga.

Holaaaa...tataw nak buat intro macam mana. Blurr je bila lama cuti sem lama-lama nie. Duduk rumah on laptop 24 jam main game. Tu je la kerja aku sejak dua menjak nie. Report practical langsung aku tak buat lagi. Hanya nampak muka depan je. Tu jela  yang aku rajin pun. Huahuahua. Banyak sangat vitamin M.



Macam aku selalu sebut sebelum-sebelum nie ayah aku memang gemar haiwan. Rumah aku dah macam tempat penternakan kucing dan ikan. Oke tu bukan aku nak cerita lah. Sekarang nie ada satu lagi hobi ayah aku yang menarik minat aku la jugak untuk tengok je bukan tolong.  Hasil dia memang best dari bela kucing-kucing tu.



Mula-mula dengan tanaman anggur. Anggur nie senang je nak kasi dia berbuah, sebulan sebelum korang nak makan buah tu korang kene kasi dia baja buah sikit.(actually untuk kasi berbuah lebat dan besar la). Bila dah cukup masa sebulan selepas letak baja buah tu baru korang boleh buang semua daun dia.buang sampai tinggal batang yang besar je. Macam buat musim luruh untuk dia la.selepas pucuk mula terbit barulah bunga anggur akan muncul. Yang penting bunga anggur tu tak boleh kena air hujan kalau tak bye-bye la buah korang.



Bila pokok da makin besar mengalahkan tuan, ayah aku beralih minat pulak ke pokok kaktus boleh makan. Dah tayah pening-pening fikir meh aku bagitaw, pokok naga atau bahasa omputihnye dragon fruits. Satu yang menarik tentang pokok nie dia hanya berbunga waktu malam. Macam pokok bakawali pulak. Dan hari nie first time aku tengok bunga dia. Ye la sebelum-sebulum nie aku melantak buah dia je.



Pokok naga nie tak susah nak jaga(menurut ayah aku la). Tanam dan biar je dia hidup. Siram dan taruk baja la sikit. baja apa jangan tanya aku sebab aku. Yang aku taw tiba-tiba dia dah berbuah.kehkehkeh 





3 comments:

zera eira said...

Cantik nya bunga dia, tp macam ta pernah nampak jeee. Btw, lawaaa. :)

azila abdullah said...

bunga dia kembang waktu mlm je...

Miza Ramli said...

nak buah anggur! hehehehhe