mr nuff

Thursday, 26 July 2012

26 julai 1992-2012


26 julai tarikh keramat setiap tahun dalam hidup aku nie ha. nak cakap tak pernah lupa memang tipu lah sebab aku nie memang cepat lupa orangnya tetapi sahabat dan si dia yang selalu ingat. dan ade jugak yang ingat sebab remainder kat facebook.


semalam sebelum pukul 12 si dia da call wish birthday. awal konon nak jadi yang terawal. puii...! macam aku heran sangat dengan first second third wish bagai semua nie. tak wish pun ade aku kesah? haha. ape pun birthday aku takde meriah mana pun. serupa je macam hari-hari sebelum nie. tengah malam gayut telefon kejab then tidur bangun pagi pegi kelas. takde pape yang best pun. bosan ade lah...! kena pulak kelas-kelas yang buat aku menguap berkali-kali.hahaha.



sebelum aku mengarut lebih panjang baik stop. ape pun yang mana wish kat facebook tu thank you so much lah wei. even korang bukan ingat sangat kan. ngaku jela sebab aku pun macam tu jugak dengan orang lain.kiki. macam-macam post kat facebook tu. ade panjang ade pendek. yang panjang tu bole consider lagi la yang pendek macam HB..what mean that?? HI BAB*...haha. oke whatever lah.


jarang betul notification aku banyak macam nie tau. *poyo seketika*. 

ape lagi eh yang best sangat hari nie? owhh sempena birthday aku nie handset aku bagi aku "hadiah". rosak tetiba. handset aku memang la kan sayang betul kasi aku keluar duit baiki dia. lantak lah biarkan dia. aku nak try hidup secara asli macam zaman dulu-dulu *oke poyo lagi*. (padahal takde handset satu hari dah panas punggung hidup tak tenang). nak beli lain? hurm aku rasa kuantiti duit aku sangat minima buat masa nie. simpan dalam hati jela angan-angan tu. (ayat minta simpati.haha)



tapi penghabisan untuk birthday aku agak best jugak lah. menghabiskan sisa-sisa akhir belasan tahun. takde la best sangat kan aku suka je buat over excited sikit. actually dia belanja aku buka puasa je di Putra Brasmana Hotel. (buat masa nie aku takde gambar sebab takde handset). dengan pakai baju serba serebeh but who caressss buka puasa lagi penting..



dia buat sweet amenda tah aksi bunga bagai. kalau bunga tu duit kaler merah2 best jugak.haha *kena ketuk kepala sekali*. tapi ape pun bunga nie mesti aku simpan sampai kering macam bunga yang dapat dari cameron highland dulu. lama kenal baru 2 kali je dia kasi bunga. mau termimpi aku kejab.haha


banyak lagi nak cerita nie tapi aku tengok macam panjang benar je entry aku nie. dah la. penat taip je korang bukan baca sangat pun kan. ngaku jelaa.balik-balik aku je yang buka dan bace sendiri.sendiri tulis sendiri baca, oke what..!haha... k lah bye. assalamualaikum :D

Friday, 20 July 2012

salam ramadhan :D


selamat berpuasa esok untuk semua kengkawan :D *ayat poyo nak mampus*

apa pun aku harap ramadhan tahun nie lebih bawa makna yang lebih besar dari tahun sebelum-sebelum nie. Sama-sama perbaiki diri yang mana kurang. 



nah niat puasa..jangan lupa baca lak..!

Thursday, 12 July 2012

welcome sem 5..!

sedar tak sedar da dua tahun aku sambung belajar dan tinggal setahun untuk dapatkan segulung diploma.  tu baru diploma, panjang lagi la masa nak kena belajar before masuk alam pekerjaan. masuk je bulan julai macam-macam benda yang best dan tak best terjadi. ape pun shall i say bye home and welcome hostel. (macam rumah jauh sangat).


tapi sem nie aku rasa macam baru masuk sem satu sebab semua barang kena beli.  mana tak nya barang aku yang dulu punya semua hilang. ( T_T ). setiap sem mesti je ada barang hilang aku nie. kalau sem 3 sebelum nie baju satu beg besar dan sem nie pulak barang-barang elektrik dan lain-lain. sabar jela hati..!


dah penat angkut barang dari bawah ke tingkat empat. terus terbongkang kejab sebelum kemas apa yang patut dalam bilik tu. best sekali sem nie aku duduk bilik empat orang. takde la merempat selalu dari bilik ke bilik macam dulu.




nie la rupa bilik aku. entah aku patut rasa dah kemas atau tak. aku tengok serabut mata je.hahaha. oke lah aku da malas nak menaip. banyak benda nak kena setel malam nie. pendaftaran semua. macam-macam khabar angin aku dengar pasal report nie. ape pun aku tunggu reject baru la aku buat lain. da malas nak pening-pening untuk benda yang tak pasti.


ape pun doakan result aku sem nie tak menyemakan kepala aku deh.hehe #Kbye.
assalamualaikum :D

Thursday, 5 July 2012

ehh da julai..?

Dah masuk julai rupanya. walaupun kt twitter hari tu ada trending #WishJuly  aku still tak perasan. Nampak sangat macam loser bila duduk rumah. waktu dan masa ade aku kesah. sekarang nie dah jadi kesah sebab menghitung hari masuk belajar balik. bila lama tak pegang buku waktu praktikal dan cuti dua bulan agak-agak otak aku makin tumpul tak? kena usaha kuat nak asah balik la nampak nye.



cuti dua bulan nie terpaksa aku penuhi dengan buat report praktikal. actually takde la dua bulan. ingat aku serajin tu ke nak mengadap benda tu hari-hari. dalam aku bertungkus lumus buat menatang tu akhirnya siap jugak. sebab tu la tetiba je aku jadi rajin nak update blog. kenangan nie beb..! (ayat tak leh blah)


awesome je rasa bila dah siap. (^___^) tapi slide show nye rupa pun tak nampak lagi...! 


banyak aku nak cerita sebenarnya tapi tataw nak cerita apa. nanti aku ingat aku update lah. tu pun kalau ditakdirkan aku rajin menaip. cuti cengini tangan aku pun cuti jugak. banyak sangat makan vitamin M. #kbye.