mr nuff

Friday, 31 August 2012

reunion SK Santan batch 1992






#lambat betul update. reunion nie berlaku pada raya ke empat 23 hb august 2012

Wednesday, 22 August 2012

hari raya part II

berpart-part hari raya punya entry. macam best je raya tahun nie. gambar seterusnya kemeriahan malam raya pulak. main mercun and bunga api.haha. bak cakap paklang aku  : " diaorang duit banyak tataw nak buat ape dah tu yang main bakar-bakar duit tu." sentap..!


malam raya kalau tak berkumpul kat rumah tok sarah memang tak sah. semua akan berkumpul kat situ main mercun, bunga api dan bersembang panjang-panjang sampai 1 2 pagi baru balik. kadang tu terpaksa gelak sampai keluar air mata :D










Tuesday, 21 August 2012

hari raya part I

berlalu la sudah ramadhan sebulan berpuasaaa....tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...anak muda di rantauan semua pulang ke desa ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga..~~~~ lalalala...~~~ (sambung sendiri..hehe)


*opss tengok tajuk tu raya ada part by part oke..! bukan setakat nie je cerita* (awal dah pesan nie. entry raya mungkin banyak part kalau aku rajin update.hehe)


well kita mula dengan cerita pagi raya pertama. untuk tahun nie aku tak sempat sembayang raya. bila aku siap mandi je tengok-tengok kereta dah takda. diaorang da tinggalkan aku sebab lambat sangat. *insert cry alone*. then lepas je diaorang balik dari sembayang sunat aidil fitri baru balik ambik aku ziarah kubur arwah mak, abang ikhwan dan arwah tokwan. part nie memang feeling habis. dekat kubur tu jugak air mata mengalir macam taknak berhenti. *sikit punya sebak* Tuhan je maha tahu macam mana sedihnya pagi raya tu. 7 tahun aku beraya tanpa arwah mak.


~~dah-dah habis bab feeling. kang tulis panjang-panjang buat aku menangis sorang diri je sambil taip entry.~~


lepas balik rumah mula la sesi bermaaf-maafan antara kami adik-beradik dan sesi aku minta duit raya.hewhewhew *smile panjang sikit*  setahun sekali wei aku kiss pipi ayah aku. kalau bukan time tak raya memang segan habis nak kiss-kiss bagai. salam cium tangan je.hehe. duit raya..? takde la banyak sangat tapi boleh la buat makan sebulan kat hostel nanti.


~~ beraya  kat luar rumah je. punya malas nak masuk dalam rumah..hehe~~

damia umairah yang niat nak duit raya dari tokwan je. pastu masukkan ke dalam kocek baju melayu ayah dia.haha

abang yon.. eksyen je lebih nie


apesal ayah buat mata cengitu nie...? hishh

budak comel :D *perasan*

bergaduh sape nak kasi duit raya ke..? haha

kakda family.. abg sanusi missing in action depan tv..hehe

 tu laa family aku. all in maroon,merah, pink dan warna-warna yang se'adik-beradik' dia.hehe. abang ikin je spoil pakai warna putih baju akad nikah dia dulu. sikit punya jimat kasi anak dan isteri je pakai baju baru. haha.


dah seterusnya beraya kat rumah tok sebelah ayah. takda la jauh mana rumah. sebelah je pun. pagi raya nie tak dapat duit raya la dari tok tapi malam umum raya tok da kasi RM 50 duit raya. * bagi awal-awal tanak org lain jeles ke tok..?*


tok tersenyum gembira je. semua benda orang sponsor tak de keluar duit nak beli-belah.kiki



akhiri entry raya part I dengan gambar aku dan damia yang gila kamera. kita serupa kan mia.haha

Sunday, 19 August 2012

berlalu ramadhan..


selamat kembali kepad fitrah
taqabballah minna wa minkum..Amin.
kullu sanah wa antum ilAllahi atqa..insyaAllah.
moga-moga bersama pakaian baru turut bersama pakaian taqwa.. insyaAllah


bergema takbir raya bermakna bulan ramadhan yang mulia ini telah berakhir. dalam kegembiraan menyambut hari raya aidilfitri terselit juga kesedihan apabila kemanisan ramadhan berakhir. tapi apepun selamat hari raya diucapkan kepada semua rakan, sahabat yang dekat dan jauh. maaf dipinta andai terkasar bahasa dan terlanjur bicara
.





#gambar kalau takde memang tak sah. semua tu dibeli. takde satu pun yang buat sendiri termasuk ketupat dan rendang delivery sampai rumah.


HAPPY RAYA EVERYONE..!

Friday, 10 August 2012

iftar with classmate :D



semeriah makanan yang ada macam tu lar meriahnya keadaan dalam bilik kami nie. :D last iftar with korang lah. #09082012