mr nuff

Friday, 26 October 2012

Dinner night :D

assalamualaikum :D 26 oktober 2012. hari raya aidiladha. orang lain sibuk update hari raya korban aku sibuk nak update glam night. pasal raya nanti-nanti la aku update. bole tahan busy sekarang nie tapi mood ngadap laptop masih cerah.


tak payah kalut pasal raya lah. lepas nie sure aku update raya punya entry bahkan berpart-part kalau aku rajin.haha. oke we move to the real topic. dengan tema merah dan hitam boleh tahan 'bangun' majlis nie tapi aku berada di belakang pentas..sob..sob..sob..!


majlis berjalan takde la berapa lancar sangat sebab bahagian yang aku handle bole tahan teruk. tapi bila tanya orang lain dieorang cakap okey je. aahh gasak lah benda da jadi. keep cool :)


dengan gambar yang tak seberapa kualitinya kita layankan jela. kang aku merapu korang bukan baca pun. at least kalau aku taruk gambar ade jugak orang tengok ye dak :p










the only pic of me yg atas red carpet menuju ke belakang pentas. aahh >< *lap air mata



dan kesemua ahli kelab jabatan kejuruteraan elektrik yang menjayakan majlis nie.

#ape pun baru sedar nak buat sesuatu majlis bukan la senang. banyak nak kena buat. so korang berterima kasih la sikit. tak payah nak condem sangat. tapi biasa la mulut manusia takleh nak tutup. apepun bagi yang tak puas hati sila beri kutukan yang membina bukan menghentam..! 

Friday, 12 October 2012

Glam night JKE


satu beban siap...! walaupun nampak buruk tapi benda nie la yang aku tampal seluruh jabatan..hehe. aku buat dengan susah payah tahu. selama nie tak penah buat banner cengini. aah lantak laa janji siap.haha. 

Thursday, 11 October 2012

exam..!

dua benda yang berbeza tarikh dan masa tapi satu benda yang sama.. memeningkan kepala...! bila dah tahun akhir macam-macam subjek yang memeningkan kepala. salah satunya final projek. tu la masalah terbesar sekarang nie. programming tah pape..! 




muet speaking lagi 3 hari lagi. prepare amenda pun aku tataw. hentam kromo jela nanti...! sad :'(


tak cukup dengan tu, tetiba je jadi ketua biro multimedia kat KKE ( kelab kejuruteraan elektrik). amenda la vote aku jadi ketua. aku meeting tu pun tak pegi last-last terpaksa handle majlis makan malam jabatan. dengan minggu yang penuh dengan exam dan test. serabut oi serabut...! teknikal semua nak kena handle. slide nya yang nak letak macam-macam tapi ape point pun takde lagi. 


*dari aku berleter kat sini baik aku pegi buat keja kan bagus* tau je tu ayat korang dalam otak tu. dah tayah tipu laa.haha. update ni pun sebab tengok bulan seploh nie langsung aku tak update pape. makin malas tahu. hee :D