mr nuff

Wednesday, 21 November 2012

musim Exam...

 Exam..! benda paling aku meluat. setahun rest otak pastu kena exam. time LI dulu relax je. sampai orang tanya exam bole jawab balik ape tu exam..? haha *ok tipu*

sem nie takut la result jatuh teruk lagi. dengan semangat hangat-hangat tahi ayam time minggu exam baru nak study semua subjek. mau berpinar jugak la biji mata ni mengadap nota. pukul 7 pagi dah keluar dari bilik mencari sesuap ilmu *ayat mau rancak*. Chong la nie. pukul 6 pagi dah call suruh pegi library. aku dengan perasaan berat hati takut kena repeat paper memang terpaksa la ikut dia. *padahal library pun tak buka lagi.* melepak kafe je. makcik-makcik kafe pun baru duk potong sayur. phurrr =.="


dengan handphone yang kualiti tak seberapa gambar pukul 7 pagi dengan kabus lagi. dah rasa macam duk duk genting highland pulak.

*****************

relax-relax kat kafe tunggu pakcik makcik siapkan sarapan Chong boleh pulak buka topic..! macam-macam dia tanya sampai pakcik kafe kat situ dah pelik kiteorang ni bergaduh ke study.. 

sambil melantak nasi goreng pun bole duk cerita pasal operating system (OS) la, IC fabrication lah. mau biul kepala aku. terasa macam makan nasi berkuahkan nota OS pulak

baru je tiga minit aku rasa library buka terus kiteorang serbu. sampai aircon pun librarian tak sempat bukak lagi. elok je aku nak panaskan kerusi chong kasi pulak dgn buku tebal tahap gaban nie. *nak suruh aku masuk hospital bahagia gamaknya*



 last sekali nota aku yang kecik-kecik ni jugak la aku baca. lebih baik dan senangkan kepala aku yang memang sedia serabut perut nie :p

Chong..! dengan laptop depan sambil baca nota. ajaran mana la dia ikut nie. bosan sikit online facebook. bila aku nak online dia bole pulak tanya macam-macam soalan sampai aku tak jadi nak online bila aku tataw jawab. cara terbaik betul suruh aku baca nota..+_+

ape pun nasihat dia THINK LOGICALLY..! faham bukan hafal.. masuk dewan jangan kalut tapi panic tapi (=.=") *ape beza kalut dengan panic nie..? aku rasa sama je.* kena balik tengok kamus BM betul la chong ni..