mr nuff

Monday, 9 December 2013

Tomyam Thai

salam,

resepi bujang haruslah seringkas yang mungkin. so hari ni aku belajar masak tomyam pulak. aku masak ni untuk dua orang makan *housemate aku* . disebabkan kempunan nak makan tomyam ala-ala thai macam kat perlis aku masak la jugak. tak setulen tomyam thailand betul la tapi iras-iras tu ade la.

kat shah alam aku tataw kedai mana jual tomyam best. kebanyakan dari indon je. so masak lah untuk kepuasan diri sendiri. sedap tak sedap tu baru puas hati nak komplen pun kat diri sendiri. haha

so let check it out bahan-bahan dia.

 1. pes tomyam thai. (aku beli kat padang besar time balik perlis dulu). kat pasaraya takde rasanya brand ni. tapi korang bantai jela brand mana-mana pun. janji jadi tomyam.
 
 2. bahan-bahan untuk tomyam. carrot, bunga kobis, bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji.
 3. cili hijau. kasi pedas sikit , daun limau purut dan serai. (serai aku tu dah layu. sebab dah lama ada dlm peti ais tu. haha)
 4. tambah kobis sikit. banyakan sayuran bagus ^^
 5. cendawan. yang ni sebab nak habiskan bahan dalam peti ais.haha.
 6. disebabkan ada ayam je aku buat tomyam ayam lah. ayam ni pun harga RM2.80. rangka ayam kat giant tu. aku tak suka sangat mkn ayam yang ada isi. hehe

cara-cara memasak :

1. tumbuk bawang putih sampai kecik lah.
 2. bawang merah tu aku hiris nipis-nipis. nak tumbuk pun boleh.tapi hari ni rajin sikit so aku hiris lah.haha
 3. serai dah nak layu ni aku tumbuk sebab nak potong 2 pun tak nampak rupa serai dah. so tumbuk aroma dia lebih sikit.hehe
 4. cili hijau ni aku belah dua. disebabkan housemate aku tak makan pedas sangat aku taruk sikit jela. 5 biji je. tu pun dia cakap 5 biji..? *gaya terkejut gila*
 5. panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu atau naik bau lah.
 6. then masukan ayam dan kacau sehingga sebati.
 7. tutup ayam tadi dengan penutup untuk lembutkan ayam tu. jaga-jaga jangan sampai hangit pulak.
  8. agak2 ayam dah separa masak masukan air. korang bajet-bajet la air banyak mana. aku tak sukat pulak ml dia.hehe
9. then aku masukan pes tomyam thai 3 sudu kecil, serai. kacau sampai jadi tomyam.haha
 10. pastu aku masukan daun limau purut, cili padi, carrot, kacau sampai kuah dia mengelegak.
 11. last skali masukan semua bahan lain dan kacau sampai masak. tambahkan garam dan siapppp...hehe








tadaaaaa.... tomyam thai versi bujang. kehkehkeh. boleh la kenyangkan perut sampai esok.hehe

p/s : takde hiasan sebab takde daun sup bagai dalam peti ais tu, nak keluar beli malas. so redha jela. hahaha

ok selamat mencuba wahai bujang-bujang kat luar sana. jimat duit poket sehari. kehkehkeh

Saturday, 7 December 2013

Snowalk Icity

Hi,

macam aku nak ingatkan sebelum-sebelum ni. entry ni bakal penuh dengan gambar. and will be long entry sebab kiteorg duduk dalam ni hampir 3 jam. haha. berbaloi kau bayar mahal-mahal main puas-puas sampai betul-betul nak jadi ais batu. haha

there we go Icity snowalk. actually ni third time aku kat masuk kat sini. first dengan encik helmie farizal, second ada orang belanja dan third ni aku bayar sendiri. haruslah main sepuas hati. 



sejuk gilossss....  tak rasa tangan. tapi rilex je main. tapi ok jugak sebab pakai kasut. sebelum ni masuk pakai selipar je. tak rasa kaki takleh nak jalan. haha




 model of the year. haha. aqwa tak boleh blah. bajet gila. kiki




hehe nak jugak gambar pijak salji. tak merasa yang betul turun dari langit rasa yang buatan pun jadi lah.hehe. waktu ni kaki aku sakit sebab baru turun dari broga. kasut makan kaki. luka-luka habis tapi bila jalan dalam ni sejuk dia hilang rasa sakit.




 gambar ni terjadi pabila kesejukan melampau. kononnya nak berpeluk macam dekat dalam cerita lah kononnya.haha

 this budak steady gila. rilex je main2 dah la comel. hehe



 kasut ni harus naik. rugi lah bayar tapi tak main. best..! laju je.


 eskimo cacat. haha. kiteorg main benda ni puas2 siap lawan2 sape laju. haha. kesian jugak org duk beratur kat luar nak main gak tp we pay jugak. :p






main pelampung ni pun best. rasa nak tercampak je. tangan tu pegang kuat-kuat tapi tak rasa pun benda yang pegang tu. sejuk bhai sejuk :p





 terkenang lagi wrecking ball miley cyrus. haha. dia jilat hammer kiteorg jilat ais. wakaka. masin kot.haha




pegang salji yeyyy..hahaha poyos-poyos je description. haha. 

ok end of entry :p byeeee

ehh jab lupa nak cerita. harga tiket masuk dia RM 25 sebelum 6 petang. kalau lepas pukul 6 petang harga RM35. tiket parking RM 10 per entry. ok dah  bye :)

Thursday, 5 December 2013

Broga Hill Semenyih

Hi,

macam biasa aku mesti tak tau macam mana nak mula ayat. pendahuluan yang memang kelaut selalunya. dan ayat selalu aku taip "who cares" haha. so macam biasa who cares karangan aku tunggang terbalik pun janji jadi sebuah ayat dah orang faham. dah takyah fikir remeh-remeh. kita start dengan entry kita :)

disebabkan nak tengok sunrise begitu memuncak plan last minutes naik broga dan dipersetujui ramai akhirnya plan menjadi. Pukul 3 pagi kiteorg dah bangun siap-siapkan diri. macam biasa tunggu Wan dan Hafuzal dari Ampang dan Bangsar. Macam biasa janji pukul 4 pagi tapi 4 pagi baru nak gerak dari Ampang. So sementara tunggu diaorg sampai Shah Alam ada la dalam 30 minit. Kiranya dekat pukul 5 jugaklah kiteorg gerak dari Shah alam. Alasan Wan mcm biasa jln jem padahal pkul 4 pagi jemm mende. (=.=") haha.

ekekekeke mata sepet tak cukup tido. haha

ok perjalanan ambik masa dalam 1 jam je dari Shah Alam. tapi aku sure lagi cepat kalau tau jalan. tapi kami ikut GPS yg selalu bagi jalan jauh so 1 jam tu kira ok lah.haha. kiranya kitaorg start mendaki dalam pukul 6 pagi lah. berbekalkan lampu torchlight dari apps smartphone masing-masing. 


aku rasa jarak mendaki tu dalam 1.7KM mcm tu lah. kiteorang jalan je non-stop (actually ada gak berhenti.hehe) dalam 30-45minit dah sampai ke puncak. Aku..? penat jugak lah. gila kau tak penat. tapi nasib ada 2 bodyguard tunggu aku mendaki.haha TQ wan and zal :)

ni dah hampir sampai puncak pertama. berhenti kejab sebab penat and nak daki tempat lagi curam. ambik tenaga sikit.hehe

view. cantik sangat. opss sori kamera aku tak cuci time ni.haha

dan ni sampai puncak yang first sekali. peluh tu kau tak yah cakap la. basah..! haha


ni puncak yang ke dua. matahari dah nak naik. cantik :) subhanallah

daki lagi ke puncak yang ke tiga. nak tengok lagi tinggi lagi best. hehe

auwww cantik gila sunrise atas bukit. berkesempatan jugak tengok. Alhamdullilah. time ni memang memuji kecantikkan Alam ciptaan tuhan :)

ada team sembahyang atas puncak bukit time kami sampai. tapi tak sempat ambik gambar.


ape pun penat sampai ke puncak hilang macam tu je bila tengok alam ni. ramai atas ni buat aku rasa mcm datang shopping complex pulak. haha




p/s: aku tak tau bekpe muka aku mcm tu. excited terlebih gamaknye.haha

kaki ni dah jejak bukit broga. yeahhh....hehe











 ok ni time nak turun dah. dalam pukul 8.30 kiteorg turun. time turun memang tak lama. kejab je rasa dah sampai kat bawah. hehe. cuma tempat yang curam tu la perlukan masa lebih sikit. jalan agak licin dengan air embun pagi.


video kenangan :p



ok tu je byeeee :)