mr nuff

Friday, 18 January 2013

holiday part 2.

ciri - ciri pelancong yang takda arah tujuan maka terjadilah jalan-jalan perabih duit naik komuter, lrt, dan monorel. tambah terserlah takde tujuan dia bila beratur panjang-panjang kat vending machine pastu bila sampai turn nak beli token tataw nak pegi mana. then mula la touch tempat-tempat yang tak mampu nak shopping. setakat cuci mata tengok gelagat orang yang tak serupa orang. kehkehkeh.


ditambah dengan geng-geng HKR( himpunan kebangkitan rakyat) yang penuh sampai terpaksa berpeluk-peluk, berhimpit-himpit sambil ambik kesempatan usha-usha orang..yang mana handsem kena puji yang mana kureng tak sengaja terkutuk. lumrah alam ^^"








aku dgn baju merah tu. kami sama-sama tak mengenali tapi membawa lencana yang sama. kehkehkeh. 


ape lagi aku nak tambah..? hurmmm yang penting datang holiday kat sini makan minum free of charge. haha. jimat belanja. kalah destinasi bajet. tanya denga RM100 kami boleh melancong selama 3H2M. hehe (_ _")

Thursday, 17 January 2013

it a holiday part 1

disebabkan aku update pepagi jabgi nak pegi kelas, tulis pendek-pendek pun rasa panjang bila masa asyik kejar mengejar dengan aku. oke pape jela. =.="

ni percutian tak terancang dan terjimat yang megeluarkan duit seminima mungkin.haha..! niat utama sebab nak jumpa pakcik helmie sekor tu tapi batang rupa pun takda. so sampai je pukul 5 pagi dgn pakcik bas yang bawa serupa siput babi lintas jalan, terus akak aku datang ambik. lepak batu caves la kiteorang. jadi india kejab.kehkehkeh.

pepagi, disebabkan weekends abang ipar aku ajak g jogging. "jogging" la sangat dgn pakai seluar jean bagai. ronda2 jela kawasan tasik tanpa ada arah tujuan. 







lepak sini decide nak pergi jalan-jalan mana pulak lepas nie sambil layan karenah bebudak 3 orang nie yang macam-macam perangai.. stop sini dulu. nanti-nanti la aku sambung entry part ke 2 pulak. haha *gila poyo siot*

Tuesday, 15 January 2013

takut..

akhir sem aku duduk sini macam-macam pulak benda baru yang berlaku, dan benda tu buat aku takut sampai nak masuk toilet pun kena berteman. teruk betul kan...! nak taw ape jadi...? jenggg...jenggg...jenggg....


saja buat teruk :p

actually dua tiga hari yang lepas ada pulak budak kat sini bunuh diri gantung kat kipas. start dari tu mula la rasa takut. pastu semalam ada pulak junior histeria. sebenarnya dah lama tak pernah jadi histeria dan dengan kebetulannya aku boleh pulak terdengar dia menjerit-jerit. ape lagi bertambah la takut. blok aku duduk pulak tu.


tapi helmie ada pesan kat aku benda tu hanya mainan fikiran. jangan terlalu fikir sangat sebab tu membangkitkan rasa takut. so aku tengah try ubah mindset aku untuk lebih kepada benda yang positif. sebenarnya hantu ni tak wujud. yang wujud hanyalah di fikiran kita.


nasihat kat diri sendiri : "kita hanya perlu takut pada yang Maha Pencipta



#draft 2 minggu lepas. baru nak publish. kehkehkeh

Wednesday, 2 January 2013

happy new year and happy new You..!

Assalamualaikum..

sepotong ayat sekeping gambar seribu makna...

‎"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam,maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama sperti semalam,maka dia di kalangan orang yg rugi.."(riwayat Bukhari dan Muslim) 


happy new year and happy new You! :) 
kulli sanah wa antum ilaAllahu aqrab wa bikhair~ in sha Allah.