mr nuff

Friday, 31 May 2013

puding roti kukus bersos kastad

Tengah cuti-cuti ni aku dengan rajin nye tetiba nak buat pudding roti. Rasa macam lebih sedap makan pudding roti daripada makan roti dengan jem je. Boleh bosan jugak. So dengan rajinye aku pegi la beli bahan-bahan. 
 
Bahan-bahan :

 

Bahan A :
Roti gardenia 8 keping potong kecik-kecik
Susu rendah lemak 2 kotak








Bahan B :
Gula pasir 4 sudu
Telur ayam 2 biji
2 sudu tepung jagung (nak lembut sikit letak sikit je)
Asen vanilla 1 sudu kecil
Kismis (sesuka hati. Lagi banyak lagi best)
Mentega 2 sudu

Bahan C :
Susu cair 1 tin
Gula pasir 2 sudu
Tepung kastad 2 sudu.

First sekali rendam roti dengan susu segar selama 30 minit. Then campur semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Bila tektur bahan B dah cantik masukkan je roti yg direndam tadi tu. Gaul dua tiga kali pastu masukan dalam bekas untuk dikukus. (nak bakar pun boleh. Ikut suka hati)


Bila dah siap kukus, masak bahan C sehingga likat. Then tuangkan ke atas pudding roti yg siap dikukus tadi dan simpan dalam peti sejuk. Lagi sejuk lagi sedap :D. Nak cantik sikit tabur kismis hitam tadi atas sos kastad tu. senang je resepi ni untuk orang bujang yang tak pandai masak mcm saya.hihi.
 

masalahnye tabur pun nampak tak cantik jugak. nasib baik sedap..hahaha *terperasan*

Wednesday, 29 May 2013

kegagalan dan kejayaan.



syukur alhamdullilah akhirnya aku officially tamat semester 6 dan tamat program diploma. tak terucap rasanya rasa syukur aku pada Illahi. pointer aku semakin meningkat dan alhamdullilah merasa jugak anugerah ketua jabatan (AKJ).

baru aku sedar disebalik pahitnya kegagalan pasti ada hikmah tersembunyi. Aku rasai pahitnya kegagalan semester 5 dan usaha aku berbaloi rasanya. mungkin tak secemerlang orang lain aku aku bersyukur sebabnya ni la yang aku usaha.


dan bila kita rasa pahitnya kegagalan baru kita akan rasa manisnya kejayaan. tak tipu sebab aku memang rasa. kalau sebelum-sebelum ni aku tak pernah rasa ape tu gagal bila sekali gagal aku rasa macam masa depan aku gelap. jauh sangat nak gapai sampai satu tahap aku rasa nak nangis je (actually sememangnya nangis). hari-hari aku fikir macam mana nak elakkan extand semester dan pada masa yang sama aku terfikir juga tentang duit kalau aku terpaksa extend. serabutnya tayah cakap lah. tambah bila kawan-kawan sekeliling kita membuatkan semangat kita lagi jatuh. sumpah cakap aku rasa time tu aku da macam nak surrender dah. ikut je ketentuan. tapi aku selagi aku tak puas hati selagi tu aku akan cari cara.


bila ingat balik macam mana susah aku nak yakinkan pensyarah, kawan-kawan time tu buat aku hargai apa yang aku dapat hari ni.dan ingat lagi sorang lecturer ni anggap aku pelajar bermasalah. dan kau rasa apa bila dia rendahkan maruah kau depan kawan-kawan kau. of course malu tapi tu buat aku makin bersemangat. aku nak buktikan kat dia aku pun boleh berjaya macam student-student yang dia sayang sangat tu.


tapi kalau kau gagal jugak kau tak payah risau. kejayaan bukan sekadar pointer,lulus semua subjek tapi kejayaan yang sebenar bila kau bole jadi insan yang membanggakan mak ayah kau, insan yang patuh perintah Maha Pencipta. arwah mak aku penah cakap cara nak membanggakan ibubapa bukan sekadar keputusan cemerlang tapi berbakti pada mak ayah kau. biarpun kau keje kilang atau tukang cuci sekalipun kalau kau ingat apa yang mak ayah kau korbankan untuk kau dan kau hargai mak ayah kau tu dah cukup menunjukkan yang kau memang berjaya. redha mak ayah adalah redha Tuhan.

apa yang aku nak cakap sebenarnya semua orang yang nak berjaya ni akan rasa kegagalan. dan dia bangun dari kegagalan untuk capai apa itu kejayaan. dan jangan ingat dalam pelajaran je kejayaan tapi hidup kita sebenarnya. siapa kita pada Maha Pencipta, siapa kita di mata ibubapa kita. bagi aku tu baru kejayaan yang sebenarnya. aku akan cuba sedaya aku untuk capai kejayaan tu. bukan senang nak berubah tapi tu la yang akan menjadi sebuah kejayaan kalau kau mampu berubah.


purple tu aku. :P


#doakan aku dapat sambung ke peringkat seterusnya (^^)

Tuesday, 28 May 2013

Travel Pulau Langkawi Part II

 hari ke dua kat langkawi kiteorang decide untuk Island hopping. Ke Tasik Dayang Bunting,  Eagle Feeding, mandi di Pulau Beras Basah.  Harga untuk Island hopping ni cuma Rm 25 seorang. Macam kiteorang dia ambik di swiss inn so tapayah la bawa kereta. Trip tak silap aku ada pukul 9 pagi dan 2 petang. Kiteorang ambik pukul 9 pagi. Gila kau nak ambik pukul 2 petang mau balik jadi negro aku. Aku pakai sun block pun berbekas juga la muka tapi tak berapa nak jadi udang kena panggang. Masih separa masak. ;P






first sekali kiteorang ke Tasik Dayang Bunting. Boleh tahan penat kena mendaki bukit untuk ke tasik. Takde la jauh sangat tapi leceh bila banyak monyet berkeliaran kat situ. Pantang tengok makanan mesti nak ramas. Mengikut Mitos tasik dayang bunting ni kalau minum air tasik tu wanita yang susah hamil senang untuk hamil. Tapi sejauh mana kebenaran tu aku tak pasti. Lagi pun uniknya tasik ni dia dikelilingi dengan laut . dulu tasik ni di dalam sebuah gua. Tapi berlaku runtuhan besar yang menyebabkan terjadinya tasik ni.

 
Yang paling best kat tasik tu bila letak kaki dalam air. Ikan-ikan akan main-main kat kaki kita. Mengelikan tapi best. Kalau boleh barbecue memang best kasi tangkap itu ikan..kekeke..


Then kiteorang ke Eagle Feeding. Bagi makan burung dengan kulit ayam. Tapi kteorg tak bagi makan pun. Tumpang tengok je diaorang bagi..kiki. boleh tahan banyak burung helang kat situ. Tapi yang Nampak pun dua jenis je. Burung helang putih dan merah.


disebabkan camera aku ni lens kit je so takleh zoom dekat-dekat. mana yang termampu je .

helang putih
helang merah
 
Lepas je habis makanan bgi ke burung helang tu, terus ke Pulau Beras Basah. Kat situ boleh mandi tapi kiteorg tak mandi pun. Leceh nak tukar baju bagai.


Malam tu pulak kiteorang celebrate birthday sesame buat yang terakhir. Birthday jarak jauh-jauh tapi gagah jugak nak celebrate sesama.

Dan hari terakhir kiteorang ke Dataran Helang dekat je dengan Jetty Point. Tempat wajib pergi sebelum balik. Selepas puas shopping coklat dekat Haji Ismail Group.