mr nuff

Wednesday, 29 May 2013

kegagalan dan kejayaan.



syukur alhamdullilah akhirnya aku officially tamat semester 6 dan tamat program diploma. tak terucap rasanya rasa syukur aku pada Illahi. pointer aku semakin meningkat dan alhamdullilah merasa jugak anugerah ketua jabatan (AKJ).

baru aku sedar disebalik pahitnya kegagalan pasti ada hikmah tersembunyi. Aku rasai pahitnya kegagalan semester 5 dan usaha aku berbaloi rasanya. mungkin tak secemerlang orang lain aku aku bersyukur sebabnya ni la yang aku usaha.


dan bila kita rasa pahitnya kegagalan baru kita akan rasa manisnya kejayaan. tak tipu sebab aku memang rasa. kalau sebelum-sebelum ni aku tak pernah rasa ape tu gagal bila sekali gagal aku rasa macam masa depan aku gelap. jauh sangat nak gapai sampai satu tahap aku rasa nak nangis je (actually sememangnya nangis). hari-hari aku fikir macam mana nak elakkan extand semester dan pada masa yang sama aku terfikir juga tentang duit kalau aku terpaksa extend. serabutnya tayah cakap lah. tambah bila kawan-kawan sekeliling kita membuatkan semangat kita lagi jatuh. sumpah cakap aku rasa time tu aku da macam nak surrender dah. ikut je ketentuan. tapi aku selagi aku tak puas hati selagi tu aku akan cari cara.


bila ingat balik macam mana susah aku nak yakinkan pensyarah, kawan-kawan time tu buat aku hargai apa yang aku dapat hari ni.dan ingat lagi sorang lecturer ni anggap aku pelajar bermasalah. dan kau rasa apa bila dia rendahkan maruah kau depan kawan-kawan kau. of course malu tapi tu buat aku makin bersemangat. aku nak buktikan kat dia aku pun boleh berjaya macam student-student yang dia sayang sangat tu.


tapi kalau kau gagal jugak kau tak payah risau. kejayaan bukan sekadar pointer,lulus semua subjek tapi kejayaan yang sebenar bila kau bole jadi insan yang membanggakan mak ayah kau, insan yang patuh perintah Maha Pencipta. arwah mak aku penah cakap cara nak membanggakan ibubapa bukan sekadar keputusan cemerlang tapi berbakti pada mak ayah kau. biarpun kau keje kilang atau tukang cuci sekalipun kalau kau ingat apa yang mak ayah kau korbankan untuk kau dan kau hargai mak ayah kau tu dah cukup menunjukkan yang kau memang berjaya. redha mak ayah adalah redha Tuhan.

apa yang aku nak cakap sebenarnya semua orang yang nak berjaya ni akan rasa kegagalan. dan dia bangun dari kegagalan untuk capai apa itu kejayaan. dan jangan ingat dalam pelajaran je kejayaan tapi hidup kita sebenarnya. siapa kita pada Maha Pencipta, siapa kita di mata ibubapa kita. bagi aku tu baru kejayaan yang sebenarnya. aku akan cuba sedaya aku untuk capai kejayaan tu. bukan senang nak berubah tapi tu la yang akan menjadi sebuah kejayaan kalau kau mampu berubah.


purple tu aku. :P


#doakan aku dapat sambung ke peringkat seterusnya (^^)

No comments: