mr nuff

Wednesday, 19 June 2013

Allah...change me :'(

Astagfirullahala’zim...

Subhanallah...

Aku cakap aku beriman, aku percaya kepada Allah yang Satu. Tapi cara aku seolah-olah lupa pada Dia. Lupa pada pencipta aku sendiri. Aku riak aku sombong dengan dunia yang bukan milik aku.

Apa yg cuba Tuhan tujukkan aku malam ni..? aku rasa sesuatu yg lain..sesuatu yg mampu aku menangis sepanjang malam mengenangkan banyak dosa aku selama ni. Ya Allah.....

Selama ni aku leka dengan dunia.. aku alpa dengan perintah Mu Ya Allah. Pakaian aku pakaian wanita akhir zaman. Solat masih terkial-kial.

Tapi kenapa malam ni setiap kali aku pejamkan mata aku nampak sesuatu... sesuatu .. Ya Allah. Aku terbayangkan pakaian aku, aku terbayangkan mulut aku berbicara terbayangkan pergaulan aku.

Aku terbayangkan aku berbogel walaupun aku berpakaian tanpa rasa malu aku tayang ke seluruh orang dan tanpa rasa bersalah aku heret orang yang paling aku sayang menghampiri neraka mu Ya Allah. Aku bangga berpakaian begitu. Aku bangga jadi tatapan orang. Sedangkan aku lupa itu hanya sementara.

Aku terbayangkan solat yang banyak aku tinggalkan selama ini tanpa rasa bersalah. Aku nampak aku bersuka ria serupa org tak bermaruah. Aku lalai menyahut setiap seruanMu. Jiwa aku kosong...sunyi. Ya Allah berdosanya aku. Sekali lagi aku seret orang yang aku sayang sedangkan dosa ayah dan abang aku sendiri masih banyak nak ditanggung.

Aku terbayangkan mulut aku lancang berbicara, tak jujur sepenuhnya, mengeluarkan kata-kata cacian kata-kata menghina, mengutuk tanpa rasa berdosa. Busuk mulut aku.!

Ya Allah apa yang cuba Kau tunjukkan padaku..? aku takut..! takut dengan azab mu Ya Allah. Tapi untuk mengubah aku rasakan seperti ada batu besar menghimpap badan aku. Sinis orang sekeliling. Susah sangat susah.

Apa aku insan yang Kau pilih untuk sedarkan dari dunia yang sementara Ya Allah...

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa aku dan seluruh ahli keluargaku dari kami kecil, besar, hari ini dan akan datang. Jadikan kami insan yang bersyukur dengan nikmat yang kau kurniakan. Mati lah kami dalam iman ketika kami berada di jalan Mu. Ketika kami beriman dan bertakwa dengan Mu”



Azila Abdullah

18/6/2013 – 11.17PM

Saturday, 8 June 2013

Update new

Alhamdullilah syukur hari ni dengan jayanya aku tamat kursus pentauliahan profesional. Dan selamat tinggal poli buat selamanya. Dalam diam tak diam rupanya dah sebulan habis semester 6. Rasa macam kejab je. Betul ada cakap yang semakin dekat akhir zaman masa yang kita lalui makin cepat. Aku cuba tingkatkan keimanan aku yang masih goyang ni. In Sha Allah.

Dan syukur sekali lagi bila aku lulus exam terakhir tu :D dan paling mengembirakan lagi bila habis je exam dapat interview kerja. Boleh start hari isnin depan pulak tu. Gaji takde la banyak mana tapi boleh la tampung hidup ni sementara keputusan UPU keluar.

Lagi pun aku boleh la ambik pengalaman kerja dalam bidang yang aku sendiri pelajari. Autocad..! Database..! Aku cuba la ingat balik. Doakan aku ingat balik apa yang aku pelaiari (^…^)

Lega bila rezeki aku murah. Tak sempat menggangur. Habis je dari final exam dulu terus masuk Comtia A+ dan habis je comtia terus dapat kerja..syukur3x

#yang penting simpan duit beli baju raya..kikiki

Thursday, 6 June 2013

Puding karamel gaya bujang

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni rasa diri ni rajin sikit ke dapur. Duduk sesaje kat rumah mula la google internet tengok resepi  best-best. Bila dah tengok mula la teringin buat something. So dengan kelengkapan dapur yang serba bujang sah-sah la ada bahan nak buat kek yang remeh temeh tu tak terlintas di kepala.
Dengan niat yang bermain kat kepala aku mula la buka peti ais tengok ape yang ada. Tapi satu bahan masakan pun tade. Hanya sebotol air kosong bertemankan coklat langkawi yang berzaman tak habis tu. Start motor terus pergi kedai beli bahan.
Bahan-bahan yang perlu pun simple je. Ok la setakat untuk 2-3 orang makan.
¤ Telur ayam suhu bilik-6 biji
¤ susu cair 1 tin
¤ gula pasir
¤ esen vanilla 1sudu kecil
1-Mula-mula korang kena masak gula dalam bekas yang korang nak kukus tu. 3 sudu gula pasir dan 4 sudu air. Masak sampai gula tu warna perang-perangan.
2-pukul 6 biji telur sampai naik (aku guna blander je sbb takde mesin pemukul)
3-masukkan esen vanilla, susu cair dan gula 3/4 cawan. Pukul lagi sehingga korang rasa dia naik.
4- then tuangkan ke dalam loyang yang korang masak gula hangus tadi tu. Kukus sampai masak. Dalam 20-30minit macam tu.
5- dah siap kukus, biarkan seketika sebelum masukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan(lagi sejuk lagi best).
#disebabkan rumah ni takde sesape so sendiri masak sendiri komen. Sedap...hihi