mr nuff

Wednesday, 19 June 2013

Allah...change me :'(

Astagfirullahala’zim...

Subhanallah...

Aku cakap aku beriman, aku percaya kepada Allah yang Satu. Tapi cara aku seolah-olah lupa pada Dia. Lupa pada pencipta aku sendiri. Aku riak aku sombong dengan dunia yang bukan milik aku.

Apa yg cuba Tuhan tujukkan aku malam ni..? aku rasa sesuatu yg lain..sesuatu yg mampu aku menangis sepanjang malam mengenangkan banyak dosa aku selama ni. Ya Allah.....

Selama ni aku leka dengan dunia.. aku alpa dengan perintah Mu Ya Allah. Pakaian aku pakaian wanita akhir zaman. Solat masih terkial-kial.

Tapi kenapa malam ni setiap kali aku pejamkan mata aku nampak sesuatu... sesuatu .. Ya Allah. Aku terbayangkan pakaian aku, aku terbayangkan mulut aku berbicara terbayangkan pergaulan aku.

Aku terbayangkan aku berbogel walaupun aku berpakaian tanpa rasa malu aku tayang ke seluruh orang dan tanpa rasa bersalah aku heret orang yang paling aku sayang menghampiri neraka mu Ya Allah. Aku bangga berpakaian begitu. Aku bangga jadi tatapan orang. Sedangkan aku lupa itu hanya sementara.

Aku terbayangkan solat yang banyak aku tinggalkan selama ini tanpa rasa bersalah. Aku nampak aku bersuka ria serupa org tak bermaruah. Aku lalai menyahut setiap seruanMu. Jiwa aku kosong...sunyi. Ya Allah berdosanya aku. Sekali lagi aku seret orang yang aku sayang sedangkan dosa ayah dan abang aku sendiri masih banyak nak ditanggung.

Aku terbayangkan mulut aku lancang berbicara, tak jujur sepenuhnya, mengeluarkan kata-kata cacian kata-kata menghina, mengutuk tanpa rasa berdosa. Busuk mulut aku.!

Ya Allah apa yang cuba Kau tunjukkan padaku..? aku takut..! takut dengan azab mu Ya Allah. Tapi untuk mengubah aku rasakan seperti ada batu besar menghimpap badan aku. Sinis orang sekeliling. Susah sangat susah.

Apa aku insan yang Kau pilih untuk sedarkan dari dunia yang sementara Ya Allah...

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa aku dan seluruh ahli keluargaku dari kami kecil, besar, hari ini dan akan datang. Jadikan kami insan yang bersyukur dengan nikmat yang kau kurniakan. Mati lah kami dalam iman ketika kami berada di jalan Mu. Ketika kami beriman dan bertakwa dengan Mu”



Azila Abdullah

18/6/2013 – 11.17PM

No comments: