mr nuff

Thursday, 6 June 2013

Puding karamel gaya bujang

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni rasa diri ni rajin sikit ke dapur. Duduk sesaje kat rumah mula la google internet tengok resepi  best-best. Bila dah tengok mula la teringin buat something. So dengan kelengkapan dapur yang serba bujang sah-sah la ada bahan nak buat kek yang remeh temeh tu tak terlintas di kepala.
Dengan niat yang bermain kat kepala aku mula la buka peti ais tengok ape yang ada. Tapi satu bahan masakan pun tade. Hanya sebotol air kosong bertemankan coklat langkawi yang berzaman tak habis tu. Start motor terus pergi kedai beli bahan.
Bahan-bahan yang perlu pun simple je. Ok la setakat untuk 2-3 orang makan.
¤ Telur ayam suhu bilik-6 biji
¤ susu cair 1 tin
¤ gula pasir
¤ esen vanilla 1sudu kecil
1-Mula-mula korang kena masak gula dalam bekas yang korang nak kukus tu. 3 sudu gula pasir dan 4 sudu air. Masak sampai gula tu warna perang-perangan.
2-pukul 6 biji telur sampai naik (aku guna blander je sbb takde mesin pemukul)
3-masukkan esen vanilla, susu cair dan gula 3/4 cawan. Pukul lagi sehingga korang rasa dia naik.
4- then tuangkan ke dalam loyang yang korang masak gula hangus tadi tu. Kukus sampai masak. Dalam 20-30minit macam tu.
5- dah siap kukus, biarkan seketika sebelum masukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan(lagi sejuk lagi best).
#disebabkan rumah ni takde sesape so sendiri masak sendiri komen. Sedap...hihi

2 comments:

Anonymous said...

If you do your cleanse and eat a healthy diet with
mostly fruits and vegetables and very little red meat or no meat at all
you will feel lighter. Cayenne, a natural phytonutrient derived from capsicum,
helps support circulation. Omega 3's are most prevalent
in fatty, cold-water fish.

my website; chris ashenden athletic greens

Anonymous said...

Hey! Would you mind if I share your blog with my facebook group?
There's a lot of folks that I thhink would really enjoy your content.
Please let mee know. Thank you

my site toeic reading (Www.dspaul.com)