mr nuff

Monday, 29 July 2013

ikan kembung masak stim halia

Ok hari ni aku rasa macam nak share resepi ikan pulak. Asyik share resepi nak western je kan sekali sekala nak jugak yang melayu sikit.

Apa pun yang pastinya resepi aku try semuanya mudah je bersesuaian untuk orang tak pandai masak mcm aku ni. Well ayah aku cakap tak pandai masak tak bermakna tayah masak. Try la mula-mula tu kadang-kadang memang la tak sedap tapi kalau nak pandai kena la mula dari bawah. Lagipun tak penah pulak dengar ayah kritik teruk-teruk. Dia cakap kalau sedap dia makan lebih kalau tak makan cukup syarat je. Hehe.

Sejak habis belajar ni la aku baru nak start belajar masak. Ape pun thank you uncle google. You’re the best. Nak masak apa semua uncle sedia mengajar..hihi

Ok macam biasa kita start dengan bahan-bahan dia dulu.

      1. Ikan kembung 4 ekor
      2. Halia 3cm
      3. Bawang besar 1 biji
      4. Bawang putih 3 biji
      5. Serai 1 batang
      6. Limau nipis/lemon 2-3 biji
      7. Cili diketuk/dipotong
      8. Daun sup
      9. 1 cawan air
     10. Garam/gula


Cara-caranya

     1. Mula-mula ikan tu basuh la kasi bersih. Buang insang semua. (tetiba teringat member lelaki masak ikan kembung tak buang insang sebab nanti dah masak jadi tak kembung =.=” )


      2. Dah bersih ikan tu, lumurkan dia dengan garam. Pastu biarkan seketika. Lagi lama lagi best sebab rasa sikit masin tu sampai ke isi ikan.

      3. Selesai bab ikan, potong halia,bawang besar,bawang putih,serai. Potong nipis je baru sedap.


4.Masukkan ikan dalam bekas tahan panas then masukkan bahan yang dah potong tadi kat atas ikan.


5.Panaskan tempat nak kukus ikan then letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tu.
6.Masak sampai separa masak kemudian masukkan air perahan limau nipis, cili, garam secukup rasa, gula dan air.
7.Biarkan sampai masak kemudian angkat dan letak daun sup kemudian dihidangkan. (^^)


Saturday, 6 July 2013

dunia akhir zaman

surah al-baqarah ayat 30 :


Persoalannya, apakah perkara yang dimaksudkan oleh Allah yang tidak diketahui oleh para malaikat.?

Lalu disebut pada ayat yang seterusnya.....





Apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut..? kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.


Selama ni kita selalu diajar tentang garis masa zaman prasejarah di dalam buku-buku text sekolah menengah. Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu, kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa malah tak tahu bercakap. Tiada bahasa tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan sehinggalah mencapai zaman moden yang kita berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia.


Apabila ditanya zaman purba pasti terbayangkan hidup di dalam gua, memburu..! tetapi lupakah kita bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam as sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah. Itu dah cukup menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Tak mungkin tinggal di dlm gua seperti binatang..!


Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini. Nabi Nuh pula pandai membuat bahtera yang besar.
Cuba kita lihat pyramid dan sebagainya contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya orang gua. Dan ada juga bukti yang menunjukan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita.


Zaman batu, zaman gangsa semua tu hanya permainan sejarah...!  pembohongan tersebut dikeluarkan oleh Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi.


Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Inilah sepatutnya cara sebenar untuk mengkaji sejarah iaitu berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kita akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di zaman batu.
Surah Ali-Imran ayat 137



Disebabkan kerana kekufuran sebahagian drp mereka kepada Allah maka kehebatan tamadun mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja sebingga kita menyangka mereka ini ialah orang zaman batu yang tak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah berulang tetapi amat sedikit yang kita ambil pengajaran. Dan sejarah terus berlalu sehinggalah ke peringkat akhir.


Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir..! fasa yang penting bagi makhluk bernama Iblis. Kerana Iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad saw dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa

Fasa pertama : mengikut Rasullulah. Bagi umat ketika Nabi masih hidup.
Fasa kedua : zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Zaman ini ketika umat islam diperintah oleh 4 khulafa’ rashidin.
Fasa ketiga : fasa pemerintahan kerajaan yang “mengigit”. Bermaksud hanya penyerahan kekuasaan kepada keturunan mereka iaitu zaman kerajaan mengamalkan system monarki (kerajaan umayyah,abassiyah & uthmaniah)
Fasa ke empat : zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa ke empat adalah zaman sekarang.
Fasa ke lima : akan datang fasa dimana dunia akan diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam.
Selesai kelima-lima fasa ini bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasullulah juga pernah mengingatkan umatnya yang akan hudup pada fasa ke empat ini akan datang satu fitnah. Fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tak akan datang ke fasa ke lima kerana fasa ke lima kekuasaan telah berpihak kepada orang-orang yang beriman.

Dajjal juga tak akan muncul selepas fasa ke lima kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat. Hanya fasa ke empat saja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. Iaitu zaman sekarang sebelum turunnya Nabi isa dan munculnya imam mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke lima.


#fitnah Al-masih Al-Dajjal nanti aku ceritakan ringkas lepas habis baca buku ni :p