mr nuff

Monday, 29 July 2013

ikan kembung masak stim halia

Ok hari ni aku rasa macam nak share resepi ikan pulak. Asyik share resepi nak western je kan sekali sekala nak jugak yang melayu sikit.

Apa pun yang pastinya resepi aku try semuanya mudah je bersesuaian untuk orang tak pandai masak mcm aku ni. Well ayah aku cakap tak pandai masak tak bermakna tayah masak. Try la mula-mula tu kadang-kadang memang la tak sedap tapi kalau nak pandai kena la mula dari bawah. Lagipun tak penah pulak dengar ayah kritik teruk-teruk. Dia cakap kalau sedap dia makan lebih kalau tak makan cukup syarat je. Hehe.

Sejak habis belajar ni la aku baru nak start belajar masak. Ape pun thank you uncle google. You’re the best. Nak masak apa semua uncle sedia mengajar..hihi

Ok macam biasa kita start dengan bahan-bahan dia dulu.

      1. Ikan kembung 4 ekor
      2. Halia 3cm
      3. Bawang besar 1 biji
      4. Bawang putih 3 biji
      5. Serai 1 batang
      6. Limau nipis/lemon 2-3 biji
      7. Cili diketuk/dipotong
      8. Daun sup
      9. 1 cawan air
     10. Garam/gula


Cara-caranya

     1. Mula-mula ikan tu basuh la kasi bersih. Buang insang semua. (tetiba teringat member lelaki masak ikan kembung tak buang insang sebab nanti dah masak jadi tak kembung =.=” )


      2. Dah bersih ikan tu, lumurkan dia dengan garam. Pastu biarkan seketika. Lagi lama lagi best sebab rasa sikit masin tu sampai ke isi ikan.

      3. Selesai bab ikan, potong halia,bawang besar,bawang putih,serai. Potong nipis je baru sedap.


4.Masukkan ikan dalam bekas tahan panas then masukkan bahan yang dah potong tadi kat atas ikan.


5.Panaskan tempat nak kukus ikan then letakkan ikan yang dah siap dengan bahan-bahan tu.
6.Masak sampai separa masak kemudian masukkan air perahan limau nipis, cili, garam secukup rasa, gula dan air.
7.Biarkan sampai masak kemudian angkat dan letak daun sup kemudian dihidangkan. (^^)


20 comments:

amy Samihah said...

menarik resepi ni.. nt nk try. salu tgk pix kwn buat pki ikn siakap.. ni 1st time tgk guna ikn kembung.. btw x hanyir ke?

azila abdullah said...

takde pun bau hanyir. biasa je sbb bukan ikan air tawar.

penaberkala said...

Mudah je nih.. Nk try buat lah nanti

azila abdullah said...

hahaha try laa. u try u fail...u try u fail, the only true fail when u stop trying. hehehe

penaberkala said...

dah try buat semalam..
seb bek menjadi..
ada letak gambor di instagram.. cuma kuah terlebih sebab nk hirup kuah punya keje

azila abdullah said...

haha sama la. first time buat pun banyak air. dah mcm sup. hehehe

bongga said...

tambah asam jawa elok tak?

azila abdullah said...

Rasanya boleh kot. Try je dlu. Asalkan masam. Masak kena kreatif skit. Hehehe

azila abdullah said...

Rasanya boleh kot. Try je dlu. Asalkan masam. Masak kena kreatif skit. Hehehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Malam nie buat resepi nie...boleh buat menu diet..hehe..mkn dgn pak choy kukus + sos tiram

Anonymous said...

Klu guna ikan selayang jd x agknya

Anonymous said...

kuah tu mana datangnya? dalam bekas besi tu takde pun air

azila abdullah said...

kuah tu kan bila dah masukkan air dan limau. takkan la dah gambar masukkan air pun nak kena letak =.='

Fadhliah Mohd Yusof said...

nak try lah.. tp xde serai boleh ke..hihi. sedap la resepi ni

Aisyah Ghazi said...

Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

mama darwisy said...

Jemu tak tau nak masak apa.. Nak try hat ni lak lah.. Tq kongsi resepii..


Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!

jirus air said...

Terima kasih atas resepinya.
Saya ambil yg haq sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.