mr nuff

Sunday, 25 August 2013

spaghetti bolognese

Assalamualaikum J

Keinginan nak makan spaghetti tetiba membuak-buak sejak kebelakangan ni. Nak pergi beli tataw kedai mana area perlis ni masak spaghetti so terpaksa la buat sendiri. Alah lagipun bukan susah pun. Uncle G kan ada. Dunia di hujung jari. Tinggal rajin dan tak rajin dan sedap tak sedap je

Untuk 4-5 orang makan
                                                               Bahan-bahan :

-Spaghetti
-Sos prego
-Daging cincang
-Cendawan shitake
-Tomato puree
-Sos cili
-Bawang merah
-Bawang putih
-Minyak/mentega
-Air










Cara-cara :

Masak spaghetti 

1. Panaskan air dalam periuk besar.
2. Bila dah panas masukkan sedikit garam dan minyak/mentega. Aku pakai mentega sebab ada mentega        lebih time buat pudding roti kukus hari tu. Hehe
3. Masukkan spaghetti dalam periuk tadi. Rebus la sampai masak. Agak-agak je masak. Tataw aku nak explain macam mana.
4. Bila dah masak angkat dan toskan pastu gaulkan dengan sedikit minyak. Aku..? minyak apa yang ada kat dapur tu yang tu la aku bantai. Jimat kos..! tapi selalu orang pakai minyak jagung. (tanak kasi spaghetti tu    melekat)

Masak sos :

1. Panaskan sedikit minyak. Dua sudu besar mungkin. Aku main tuang je agak-agak ok bajet pro.
2. Cincang bawang putih (2-3 biji), bawang merah potong dadu (1biji) then tumiskan dalam minyak tadi sampai warna kekuningan jgn kasi hangit pulak.


3. Masukkan ayam/daging cincang/sausage tadi dalam kuali dan masak sampai daging tu tukar warna.
4. Lepas agak dah masak sikit masukkan sos prego (1 bekas kecil) , sos cili (2 sudu), tomato puree (2 sudu), air (1 cawan), dan cendawan shitake (aku guna semua sbb klo simpan mmg berzaman baru nak masak pulak).
aku beli dlm tin punya sebab kalau beli yang segar keras sikit.lama nak kena rendam.
5. Kacau sehingga likat then masukkan garam sikit. Kacau kemudian hidang. 

Hiasan :
Nak cantik sikit aku letakkan daun ketumbar dengan popcorn ayam. Aku goreng sendiri je. Ape susah potong ayam kecil-kecil bentuk dadu then goreng. Letak minyak sikit je. Goreng sampai masak.

*takda gambar dah siap la pulak. Lupa nak ambik sbb lapar sangat :p

Friday, 23 August 2013

kek oren kukus

Balik je kerja hari tu terus buka peti ais cari air sejuk. Tengah sesedap minum air tetiba nampak buah oren sankist dah dua tiga hari tak bersentuh so terbit lah idea nak buat kek oren kukus secara sendirinya. Cari-cari bahan then terus buat on the spot. Hilang letih baru balik kerja excited punya pasal.

Bahan-bahan :

Buah oren sankist 2 biji
Telur 8biji (gred c. Klo gred A 6 biji dah cukup)
Gula 1 ½ cawan
4 Tepung (aku guna tepung kek sbb tu je ada. Sepatutnya guna tepung gandum yg diayak)
2 sudu kecil baking powder
Mentega

Cara-cara  membuat

1. Buah oren tu perlu dibasuh bersih-bersih kemudian sagat kulitnya(kuning sahaja)
2. Kupas oren dan ambil isinya sahaja( buang biji dengan urat putih)
3. Then blend kulit yang disagat & isi limau, mentega, telur, gula sehingga sebati.


4. Bahan yang siap di blend tadi masukkan ke dalam mixer then tambah tepung 4 cawan dan tambah baking     powder dan adun hingga sebati.


5. Griskan mentega ke Loyang agar tak melekat. Then boleh lah tuangkan adunan ke dalam Loyang.
6. Kukus sehingga 30 minit-45minit. Ambik garfu then cucuk ke kek. Kalau tak melekat kat garfu maknanya    dah masak lah.

time kukus kembang kemain cantik. dah letak dalam pinggan turun balik..hishhh,,

7. Then sedia dihidangkan atau disejukan terlebih dahulu.

Simple je kan. Biasa lah dah nama pun orang bujang masak memasak pun cara-cara orang bujang lah. Simple-simple dah bahan yang ringkas dan tak pelik-pelik.hehe.

#sejak dua menjak ni aku rasa blog aku gaya blog mak-mak je. haha

Monday, 19 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum.... Selamat Hari Raya...

Dah 12 syawal sekejab je masa berlalu. Nak update entry raya dari first day raya tapi ke’busy’an bajet menteri kewangan. Macam biasa raya tahun ni cuma tak semeriah raya tahun lepas. Abang kakak aku balik malam raya pertama ke disebabkan turn mertua. So rasa macam takdelah entry part I, part II macam tahun lepas.hehe.

Truly speaking tahun ni first time raya bukan sebagai student and smell of ‘duit raya’ is not awesome anymore. Makin besar makin tak best rupanya raya hanya tengok anak-anak saudara merasai kemeriahan raya yang penah aku lalui dulu.

Bila dah anak saudara bertambah maka picture untuk diaorg memang akan memenuhi entry nie lah. Tambah-tambah semua anak saudara aku gila camera macam aku jugak pantang nampak camera mesti tangan terus naik jadi bentuk peace (=.=v) sampai ke yang kecik-kecik pun sibuk nak buat peace walaupun sampai 3 jari naik.

Ok ni gambar anak saudara aku yang nakal giler.



ini satu-satunya cucu lelaki tokwan..! paling nakal antara semua. 

banyak cakap bersama pelat kanak-kanak. Kadang-kadang tak faham apa dia cakap.hehe

yg ni paling rapat dengan aku. Manja giler kalau dengan aku.



ni mulut kecik tapi bila nangis kuat.. mata buka mulut pun buka. Satu-satunya gambar arissa senyum.

Dah ramai kan. Upgrade tiap tahun.hehe. bila diaorang balik meriah sangat meriah..! rasa nak masa tu berhenti berdetik. Walaupun macam-macam karenah yang memeningkan kepala dan menimbulkan kemarahan tapi bila diaorg buat manja sejuk terus hati yg mengelegak tadi. Kuasa kanak-kanak polos.!

Raya tahun ni tema family aku warna kuning. Aku disebabkan dah kerja so acara berjalan-jalan cuci mata cari barang raya dah terkeluar dari list. Lagi dekat raya lagi busy dengan kerja. Punya busy sampai baju raya tahun ni pun kakak aku yg sulong tu yang belikan. Kasut dan tudung raya pulak petang before raya baru la sempat pergi beli dengan akak ipar aku. Takde pilih lama-lama dah. Nampak ok terus rembat dan bayar. Malas dan nak compare-compare harga dan patern dengan kedai-kedai lain. 30 minit dah siap sampai rumah. Laju kau tayah cakap lah berpeluh..! haha.




Malam raya pulak time untuk main bunga api and mercun. Duk area utara dekat dengan siam ni tak sah la kalau takda bunga apa / mercun satu bonet kereta. Haha. For me tak salah(klo ikut undang2 salah..!) main mercun kalau bawah pengawasan ibubapa. Why not kita bagi bebudak rasai kemeriahan raya yang pernah kita rasai dulu. Itu lebih baik dari bagi setiap seorang ipad, handphone, tab kat tangan. 

Masa mcm ni lah diaorang boleh interact antara satu sama lain face to face. Bukan hanya jadi keyboard worrior. Aku tak nafikan bebudak ni senang jaga bila bagi Tab sorang satu. Duduk diam dan main games. Aku tak penat dengan karenah diaorang tapi langsung tak best. Diaorang tak kenal apa itu “OUTSIDE” dan takda memori suka duka bila diaorg besar nanti. Tu pendapat aku la bagi warga lahir tahun 90an ni. Kami main lumpur, mandi sungai, bergaduh,main masak-masak, main kawen-kawen, luka sana sini but bila dah besar that the best memori dan walaupun aku bukan jaguh keyboard tapi aku bukan buta IT.

 

alya dan maisarah interact each other dalam bahasa diaorg je faham. memang kelakar bila dengar.

#tercapai jugak niat nk update.miahaha (=.=")