mr nuff

Monday, 19 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum.... Selamat Hari Raya...

Dah 12 syawal sekejab je masa berlalu. Nak update entry raya dari first day raya tapi ke’busy’an bajet menteri kewangan. Macam biasa raya tahun ni cuma tak semeriah raya tahun lepas. Abang kakak aku balik malam raya pertama ke disebabkan turn mertua. So rasa macam takdelah entry part I, part II macam tahun lepas.hehe.

Truly speaking tahun ni first time raya bukan sebagai student and smell of ‘duit raya’ is not awesome anymore. Makin besar makin tak best rupanya raya hanya tengok anak-anak saudara merasai kemeriahan raya yang penah aku lalui dulu.

Bila dah anak saudara bertambah maka picture untuk diaorg memang akan memenuhi entry nie lah. Tambah-tambah semua anak saudara aku gila camera macam aku jugak pantang nampak camera mesti tangan terus naik jadi bentuk peace (=.=v) sampai ke yang kecik-kecik pun sibuk nak buat peace walaupun sampai 3 jari naik.

Ok ni gambar anak saudara aku yang nakal giler.



ini satu-satunya cucu lelaki tokwan..! paling nakal antara semua. 

banyak cakap bersama pelat kanak-kanak. Kadang-kadang tak faham apa dia cakap.hehe

yg ni paling rapat dengan aku. Manja giler kalau dengan aku.



ni mulut kecik tapi bila nangis kuat.. mata buka mulut pun buka. Satu-satunya gambar arissa senyum.

Dah ramai kan. Upgrade tiap tahun.hehe. bila diaorang balik meriah sangat meriah..! rasa nak masa tu berhenti berdetik. Walaupun macam-macam karenah yang memeningkan kepala dan menimbulkan kemarahan tapi bila diaorg buat manja sejuk terus hati yg mengelegak tadi. Kuasa kanak-kanak polos.!

Raya tahun ni tema family aku warna kuning. Aku disebabkan dah kerja so acara berjalan-jalan cuci mata cari barang raya dah terkeluar dari list. Lagi dekat raya lagi busy dengan kerja. Punya busy sampai baju raya tahun ni pun kakak aku yg sulong tu yang belikan. Kasut dan tudung raya pulak petang before raya baru la sempat pergi beli dengan akak ipar aku. Takde pilih lama-lama dah. Nampak ok terus rembat dan bayar. Malas dan nak compare-compare harga dan patern dengan kedai-kedai lain. 30 minit dah siap sampai rumah. Laju kau tayah cakap lah berpeluh..! haha.




Malam raya pulak time untuk main bunga api and mercun. Duk area utara dekat dengan siam ni tak sah la kalau takda bunga apa / mercun satu bonet kereta. Haha. For me tak salah(klo ikut undang2 salah..!) main mercun kalau bawah pengawasan ibubapa. Why not kita bagi bebudak rasai kemeriahan raya yang pernah kita rasai dulu. Itu lebih baik dari bagi setiap seorang ipad, handphone, tab kat tangan. 

Masa mcm ni lah diaorang boleh interact antara satu sama lain face to face. Bukan hanya jadi keyboard worrior. Aku tak nafikan bebudak ni senang jaga bila bagi Tab sorang satu. Duduk diam dan main games. Aku tak penat dengan karenah diaorang tapi langsung tak best. Diaorang tak kenal apa itu “OUTSIDE” dan takda memori suka duka bila diaorg besar nanti. Tu pendapat aku la bagi warga lahir tahun 90an ni. Kami main lumpur, mandi sungai, bergaduh,main masak-masak, main kawen-kawen, luka sana sini but bila dah besar that the best memori dan walaupun aku bukan jaguh keyboard tapi aku bukan buta IT.

 

alya dan maisarah interact each other dalam bahasa diaorg je faham. memang kelakar bila dengar.

#tercapai jugak niat nk update.miahaha (=.=")

No comments: