mr nuff

Saturday, 19 October 2013

ayam masak merah

macam biasa bila ada resepi baru try mesti mengedik nak blog sebab kang lupa resepi tu boleh buka blog sendiri baca. ok loserrrrr..haha. ape pun lepas penat dah duk mengodek resepi dalam internet akhirnya keluarlah sejenis makanan. macam biasa ada bahan orang masukan aku tak masukkan dan vice versa. telan jela.

well sekarang aku dah ada tester kat rumah. of course my housemate.kikiki. dulu aku buat aku lah makan. ayah aku telan je tanpa banyak soal. janji masak. lolol =.="

back to the topic hari ni kita masak ayam masak merah ye tuan-tuan puan-puan *bajet*

bahan-bahan
-ayam (digaul dengan garam dan kunyit)
-cili kering (direbus dan diblander)
-bawang besar 1 biji (dikisar)
-bawang putih 2 biji (dikisar)
-halia 1cm (dikisar)
-tomato 1 biji
-tomato puree (setengah tin kecil*2 sudu*)
-bawang besar potong halus
-kacang peas (1 tin)

cara-cara

1. ayam tu digoreng sehingga garing 2/3 masak dengan api perlahan
2. dah siap goreng angkat dan ketepikan.
3. tumis cili kering,bawang besar,bawang putih, halia yang dikisar sehingga naik bau.
4. tomato tu dipotong dadu dan masukkan (tapi aku blander je mcm jus.hehe)
5. bila dah agak-agak sebati masukan tomato puree 2 sudu besar dan kacau sampai lah kuah jadi pekat.
6. masukan ayam yang digoreng tadi, kacang peas (aku guna 1 tin sebab kt rumah banyak kacang peas), dengan bawang besar.
7. kacau sampai masak kemudian sedia dihidangkan (^_^)

 
 
dah setel. macam biasa resepi bujang mesti la simple, cepat dan padat walaupun aku kat dapur boleh tahan slow motion..

Friday, 18 October 2013

I-city shah alam

salam..

banyak benda sebenarnya nak ceritakan dalam blog, kalau dulu disebabkan internet slow tapi sekarang bila dah bekerja kekangan masa dan tahap kemalasan yang tinggi membuatkan aku malas nak mengupdate blog. lepas je habis belajar macam-macam jadi. dari satu tempat kerja ke satu tempat kerja aku merantau.

macam biasa kerja kat perlis bukan takde tapi tak best bila dapat bos asyik marah-marah dan kerja kadang-kadang luar bidang kerja aku. tapi at least aku bersyukur jugak lah sebab aku tak sempat menganggur macam member-member yang lain.

mungkin rezeki bukan kat perlis dan shah alam tempat aku bertemu lagi. hihi. *double meaning*. status bertukar menjadikan aku makin pandai berdikari walaupun kari masih tak berapa teror nak masak =.="

banyak benda baru aku belajar sikit demi sikit. sepupu aku cakap sebenarnya apa yang kita belajar tu hanya sikit je yang kita gunakan dan pengalaman kerja tu yang penting. ok aku cuba pujuk hati aku agar sabar...! akan adalah rezeki nanti untuk sambung degree. sekarang aku nak kumpul dulu pengalaman sebanyak mungkin.

ok lepas berbulan tak berjumpa classmates, kat i-city shah alam jugak tempat reunion. tak ramai tapi boleh la buat bahan gelak ketawa cerita anak cucu nanti. hehehe.

welcome to I-City
 poyo je aku rasa. haha. ape pun tempat ni bukan ada apa sangat pun. main-main lampu jela.

aku tataw nape video aku pelik semacam je. silap setting mybe.











sebenarnya tak de mende pun. saje nak mengupdate blog. ape yang pasti tiket parking dia mahal...! Rm 10.. aku nak buat mcm blog aku ni moment-moment suka duka aku untuk anak cucu tapi entah lah banyak moment best-best aku terlepas sebab malas update dan masa yang tak mencukupi.

ape pun happy to have friends yang happening..!

Thursday, 17 October 2013

don't give up..



To the best friends that leaves, to the fortunes that disappear, and to the lovers that wasn't destined for you, dan untuk masa-masa bila nasib main kasar dengan kita, renung jauh reflek diri dalam lautan paling biru, paling dalam, among the mountains. Jangan tenggelam, jangan hilang, just yet. probably Yang dekat atas tengah senyum " I have bigger plans for you, kid"