mr nuff

Sunday, 24 November 2013

Sambal daging pedas

satu lagi resepi bujang aku yg nak aku kongsikan sebab kalau lupa nanti boleh baca balik blog sendiri. hehe. macam biasa resepi bujang aku confirm simple mimple kalau mak-mak mertua tengok sebelah mata tak pandang, haha


bahan-bahan:

Daging 0.5kg potong dadu
cili dah dikisar
bawang merah 2 biji
belacan
air
kicap manis
petai

cara-cara.
1. daging yang dipotong digaul dengan garam
2.bawang ditumbuk dengan belacan sehingga hancur
3.panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk tadi sehingga naik bau
4.kemudiam masukan cili kisar dalam 4-5 sudu besar (ikut ketahanan pedas masing-masing)
5.tambah sedikit air dan kacau sehingga hampir masak
6.kemudian masukan daging dan sedikit kicap manis dan biarkan sehingga daging masak.
7.masukan petai kacau dalam 5 minit kemudian boleh la dihidang :)

simple dan mudah. selamat mencuba. hehe

Monday, 18 November 2013

Camping Port Dickson

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak rajinkan diri update blog. what happen..happen no regret. haha *poyo je ayat aku*. Well minggu ni destinasi bajet kita ke Negeri Sembilan pulak.

 ***********************
aku rasa entry ni bakal dipenuhi dengan gambar yang banyak dan entry menjadi panjang. mohon bersabar. haha..

******************************

Macam biasa kali ni semua buat plan last minutes bukan apa sebab kalau plan berbagai-bagai last-last tak menjadi jugak. so kiteorang cool just go with the flow. ape pun last minutes plan ni ternyata sangat best. rilex tak terkejar schedule. 

ape pun sebelum pergi port dickson kiteorg pergi ambik fadhilah dulu sbb segala barang untuk BBQ ada dekat dia. kami just bawa pemanggang je.haha

hahaha excited je memasing ambik gambar. of course semua gambar iklan gigi. hahaha.  sampai rumah fadhilah lambat jugak la sebab si Wan ni lambat je gerak dari ampang ke shah alam. ape pun shah alam ke senawang bukan la jauh mana. sejam lebih je dah sampai kalau naik highway dan tol pun baru rm10.30.

dalam pukul 12.15 macam tu sampai la rumah fadhilah. everything bahan dia dah sedia depan puntu rumah sikit punya excited. hehe.


 ok barang penuh kereta kecik ni. full sampai barang duduk kat tengah kt kaki semua ada. OTW to Port Dickson. aku rasa macam jauh gila dari senawang padahal dekat je rasanya dalam 30-45 minit jela.


dekat nak masuk ke port dickson memasing dah excited macam tak penah pergi pulak. aku..? 4 tahun lepas rasanya aku pergi port dickson. 4 tahun bhaii...4 tahun.!!!..gila kau tak excited. haha

tapi aku rasa PD takda jauh beza pun dari 4 tahun lepas cuma banggunan la ada yg dah bertambah. dua tiga kali pusing baru lah decide tempat nak lepak kat mana. well biasa la takde plan. haha


 set up khemah. bertuah jugak dapat tempat bawah pokok. pukul 1.30pm sampai betul-betul tengah hari. panas kau takyah cakap la. tapi alhamdullilah tak hujan. cuaca macam baik-baik je hari tu.


selepas setel pasang khemah. haha .katanya bergambar ikut kentinggian. kehkehkeh.


 setup segala barang, tikar, tempat BBQ. tapi tak menahan time nak jadikan api lah. sejam pun tak menyala lagi api. aku rasa ayam dalam bekas dah mengelupur nak keluar rasai kepanasan api. tapi kiteorg takde bengang2 cubaan sejam nyalakan api pun still cool lagi. rilex je takde stress2 sebab takde plan nak kemana-mana lepas ni. so cool and take a time.

cuma satu je aku tak menahan, wan hidupkan api dengan kertas, fadhilah dengan segala kayu dia kutip dan aku dengan cebisan getah tayar motor jumpa kat tepi-tepi khemah.haha. segala macam cubaan.

 

akhirnya lepas sejam boleh jugak ayam dipanggang. permulaan yang sangat meyeksakan sebab lapar pagi tu batai roti telur sekeping je. excited punya pasal takde rasa lapar.  pukul 2-3pm hidupkan, 3-4pm bakar ayam so pukul 4 lah tahan perut. gila memang gila. hahaha






sambil bakar sambil posing ambil gambar. haha tak sah klo tak bergambar. memasing gila camera. 



 after bertungkus lumus dan peluh dah habis menitik haruslah perut yang dapat habuan.hehe. masa makan. takde nasi. simple tapi fuhhhh nikmat dia kau tayah cakap lah. kannn jimat duit untuk hari ni. kikiki.


bila perut dah kenyang matahari pun macam dah menyorok kat celahan awan kasi kami chance nak berenang pulak. keluarkan segala kekenyangan tadi. exercise lepas makan. kalau hari-hari macam ni In Sya Allah aku boleh kurus. hahaha.

ape pun pandai dan pasir dia memang best. setanding pantai di pulau lah. lepas mandi salin baju semua baru hujan. kemas-kemas barang terus pergi melaka pulak malam tu. plan yang tak dijangka tetiba keluar dari mulut wan. hehe.

next entry la aku update melaka pulak. macam panjang semacam je entry aku ni.hehe.  kbai