mr nuff

Monday, 9 December 2013

Tomyam Thai

salam,

resepi bujang haruslah seringkas yang mungkin. so hari ni aku belajar masak tomyam pulak. aku masak ni untuk dua orang makan *housemate aku* . disebabkan kempunan nak makan tomyam ala-ala thai macam kat perlis aku masak la jugak. tak setulen tomyam thailand betul la tapi iras-iras tu ade la.

kat shah alam aku tataw kedai mana jual tomyam best. kebanyakan dari indon je. so masak lah untuk kepuasan diri sendiri. sedap tak sedap tu baru puas hati nak komplen pun kat diri sendiri. haha

so let check it out bahan-bahan dia.

 1. pes tomyam thai. (aku beli kat padang besar time balik perlis dulu). kat pasaraya takde rasanya brand ni. tapi korang bantai jela brand mana-mana pun. janji jadi tomyam.
 
 2. bahan-bahan untuk tomyam. carrot, bunga kobis, bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji.
 3. cili hijau. kasi pedas sikit , daun limau purut dan serai. (serai aku tu dah layu. sebab dah lama ada dlm peti ais tu. haha)
 4. tambah kobis sikit. banyakan sayuran bagus ^^
 5. cendawan. yang ni sebab nak habiskan bahan dalam peti ais.haha.
 6. disebabkan ada ayam je aku buat tomyam ayam lah. ayam ni pun harga RM2.80. rangka ayam kat giant tu. aku tak suka sangat mkn ayam yang ada isi. hehe

cara-cara memasak :

1. tumbuk bawang putih sampai kecik lah.
 2. bawang merah tu aku hiris nipis-nipis. nak tumbuk pun boleh.tapi hari ni rajin sikit so aku hiris lah.haha
 3. serai dah nak layu ni aku tumbuk sebab nak potong 2 pun tak nampak rupa serai dah. so tumbuk aroma dia lebih sikit.hehe
 4. cili hijau ni aku belah dua. disebabkan housemate aku tak makan pedas sangat aku taruk sikit jela. 5 biji je. tu pun dia cakap 5 biji..? *gaya terkejut gila*
 5. panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu atau naik bau lah.
 6. then masukan ayam dan kacau sehingga sebati.
 7. tutup ayam tadi dengan penutup untuk lembutkan ayam tu. jaga-jaga jangan sampai hangit pulak.
  8. agak2 ayam dah separa masak masukan air. korang bajet-bajet la air banyak mana. aku tak sukat pulak ml dia.hehe
9. then aku masukan pes tomyam thai 3 sudu kecil, serai. kacau sampai jadi tomyam.haha
 10. pastu aku masukan daun limau purut, cili padi, carrot, kacau sampai kuah dia mengelegak.
 11. last skali masukan semua bahan lain dan kacau sampai masak. tambahkan garam dan siapppp...hehe








tadaaaaa.... tomyam thai versi bujang. kehkehkeh. boleh la kenyangkan perut sampai esok.hehe

p/s : takde hiasan sebab takde daun sup bagai dalam peti ais tu, nak keluar beli malas. so redha jela. hahaha

ok selamat mencuba wahai bujang-bujang kat luar sana. jimat duit poket sehari. kehkehkeh

3 comments:

Anonymous said...

If embarking on a homemade raw food diet for your pet (sometimes referred to as BARF),
thoroughly research the area first as nutritional balance is essential.
The volume of raw spinach (like all other fresh garden greens) is
deceiving. Thousands of liver active enzymes are found in the algae which is good for food
absorption.

My web-site; chris ashenden timothy ferriss

Anonymous said...

You should then follow up step 1 with the proper vitamins and herbal supplements, which in turn reduce insulin sensitivity and help in maintaining a
healthy weight. That's why little is needed to reduce blood glucose levels.
Diabetics who also have abnormally-high cholesterol levels should get to know the TLC diet.


my weblog; diet to lower blood sugar

Anonymous said...

I was recommended this blog by my cousin. I am not sure whether
this post is written by him aas no one else know such detailed about my trouble.
You're amazing! Thanks!

Also visit my webpage Toeic Free Practice Test Pdf