mr nuff

Sunday, 14 December 2014

Healthy balance diet

Assalamualaikum :)

macam-macam benda aku nak update dalam blog ni untuk tatapan hari tua*hahaha*. tapi busy dan mood nak taip entry selalu menghalang. kalau tak busy, takde mood satu hari suntuk aku layan shinchan jela. nak taip entry ni pun kena pilih random cerita ape aku nak taip. budak hostel, macam-macam benda yang tak berapa menarik jadi menarik.


dah la malas nak mengarut panjang, hari ni aku nak story sikit pasal balance diet. Woooowwww nampak macam dah ada kesedaran nak jaga kesihatan. hahaha. sampaikan projek multimedia pun aku suggest topic healty balance diet. *Padahal diri duk mcm tu gak.kah3*. tapi..tapi..tapi semua tu berubah bila aku pergi timbang berat aku. perghhhh memang terkejut beruk derrr. meh aku upload sikit. bakpe nak malu. bawa lemak banyak ko tak malu. LOL

dengan tinggi 165cm berat aku patutnya 63kg jeeeee!!!!...

bila dah tengok dengan mata hati baru sedar dah sampai masanya aku jaga kesihatan aku. dalam program ni target 3 bulan je tapi aku buat program aku sendiri. aku target 6 bulan tanpa makan ubat kurus ke ape ke yang banyaknya menipu. kau nak gemuk pun ambik masa bertahun takkan la nak kurus ko nak ambik masa 2 minggu je. realistik la sikit bhai.


so cara aku nak turunkan lemak? of course la kena tingkatkan otot untuk bakar lemak. cara macam mana nak tingkatkan otot? bersukan la der. kau dgn cara kau semampu kau. aku dengan cara aku. tapi sekarang ni aku nak cerita macam mana cara aku tingkatkan otot.

benda basic. first sekali aku pergi jogging! kira benda paling jimat la semua orang boleh buat
candid mintak kaki. kah3

Ni gambar lepas penat jogging rilex tepi tasik sambil hirup udara segar, macam biasa aku memang suka nature. bila tengok hijau rumput pokok tengok biru awan aku jadi rilex. sambil nak tingkatkan otot dapat rilexkan minda. 2 in 1. 


second step, aku main badminton. ni tingkatkan skill aku yang tak seberapa ni. 

gaya mesti lebih. ni acah acah nak smash org tapi bulu tangkis jatuh. kah3

cara ni memang cepat berpeluh. ko main double game pun dah berpeluh kemain. tambah lagi court badminton UTHM ni takde aircond, memang lagi berpeluh la cerita dia. tape lagipun peluh baik untuk buang toksin :D


cara ke 3, aku pergi gymnasium



kat gym ni aku main dalam sejam setengah then balik lah. set 3km je, tayah teruk-teruk sebab sebelum aku masuk gym ni, dah jogging satu round stadium uthm. ok la tu. lain orang lain stamina.  ohh btw gym ni free so tiap hari boleh pergi. dah bayar kan yuran fasilities, rugi la bayar tapi tak guna.

dan yang ke empat, futsal.

aku tak dapat cari gambar futsal dalam laptop. banyak sangat gambar. hahaha. nah print screen insta la senang. jemput follow. hahahaha. ok back to topic futsal, yang ni susah sikit nak ajak main sebab memasing busy, ada yang ada kelas malam, ada yang nak siapkan assingmnent so kena cari ramai orang baru best main. btw main futsal ni paling senang nak tingkatkan otot sebab banyak lari. oopss lupa lagi satu court futsal kat kolej kediaman aku ni selalu kena berebut dengan geng laki.

ni bukti. aku shoot dari bilik aku. ni kira awal lagi ni. kalau lewat sikit lagi ramai. kiteorg nak interframe main court sebelah memang mimpi la. tapi diorang bagi cuma ppuan harus la segan berlari lari laki tengok. booo.!

 dan benda paling basic sekali ialah berbasikal dan jalan pergi kelas
basikal petang-petang and malam-malam(malam2 rembat basikal orang je. ehh bukan rembat tapi pinjam) hehehe

tu je kot buat masa ni untuk aku tingkatkan otot untuk bakar lemak. aim aku bukan nak kurus tapi nak sihat luar dan dalam. :). 


ok done. kongsi cara korang pulak pls :)

Friday, 7 November 2014

busy life


Assalamualaikum :)


busy and busy and busy. itu la life aku sekarang. nak taip blog pun dah malas. tapi sebolehnya nak jugak sebulan ada satu entry. cukup laa. nampak la jugak aku tak lupakan blog ni, buat bacaan dan memori hari tua. kah kah kah.


belajar ape yang busy sangat kan. actually memang busy mengalahkan time kerja dulu. zaman diploma pun aku tak rasa sibuk mcm sekarang. kadang-kadang tu ada hari yang ada test ambik kauu sampai pagi aku tak tido. sekarang ni nescafe dengan aku dah macam rakan karib. takleh berpisah. nak lelap mata pun aku rasa kedekut. mata dan kulit muka aku kau tayah cakap la. hitam je bawah mata. kulit kusam je tak terjaga. 


lagi dekat nak final exam lagi busy. tak pernah tau selama ni aku study dari 6.30pm hingga 6.00am. sekarang benda tu dah biasa. lepas subuh tidur kejab then pukul 8 siap-siap pegi kelas balik. jabgi pukul 5 habis kelas tidur sejam then sambung study. dah macam orang gila dah. tapi salah aku jugak time cuti midsem hari tu aku balik kampung memang tak buka buku dah. enjoy je. memang holiday betul. ni dah masuk balik baru la kelam kabut. padan muka aku. hahahaha


satu lagi member aku cakap, awal-awal year je rajin, nanti dah second, third year dah pandai sikit 'selok belok' universiti dah tak busy dah. hahaha. yang mana paham-paham laaa... 


ok la malas dah aku merapu banyak. sebab banyak lagi projek menunggu. gila kau setiap subjek ada projek. hurmmmmm.... ok lah bye. 



Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

selamat hari raya...! selamat hari raya....! selamat hari raya....!

assalamualaikum :)


first of all, aku tak balik raya tahun ni. fine.! fine..! tayah tunjuk gambar ketupat, lemang, rendang kat aku ok. aku raya kat uni je sbb cuti 3 hari je beb. gila kau selatan ke utara nak balik hanya kerana cuti 3 hari. memang tak lah kan. 12 jam dalam bas. kena pulak jalan jem balik dari kl ke perlis pun makan masa 14 jam. silap-silap 24 jam aku dalam bas nnti. 2 hari dalam bas 1 hari duduk rumah. tak berbaloi betul.


ehh sape cakap aku tak raya tu? aku raya okey. dalam bilik sambil dengar lagu raya bersama secawan nescafe dan buku. tapi pagi ni aku pergi sembayang raya. rasa la sikit suasana raya. gigih tau aku jalan dari kolej kediaman ke masjid besar uni. 30 minit jugak la jarak dia.


makan? bab makan kat sini takyah cerita laa. banyakkk sangat...! ok menipu. takde makanan ape-ape. kafe pulak tutup alamatnya makan bubur segera la. 2 minit siap. ala macam megi tu.







tengok sape cakap aku tak raya tadi.? aku pakai baju raya ok. tapi baju raya 3 tahun lepas. hahaha. warna merah kauu.. tape hari ni lembu tak berani kejar sbb takut kena korban. hahaha.

motif of this entry? takde pape. aku bosan sebab duduk dalam bilik je sambil telan air liur tengok korang post gambar makanan. tu je. ok bye.


salam perantauan dari saya kepada seluruh ahli keluarga di perlis dan kuala lumpur yg tak balik perlis jugak tu. hahahaah. *bajet duk oversea* 

bye. XOXO

Sunday, 14 September 2014

Hangout Putrajaya

Assalamualaikum :)

actually gambar ni dah lama. err takde la lama sangat tapi ade la sebulan lebih. motif post entry yang dah lama? eh eh tanya banyak plak. blog aku suka hati aa. haha. sebenarnya i miss them. lepak-lepak dengan diaorang. sejak jadi student balik ni, masa malam aku banyak habiskan dengan study je *yo yo oo study* kihkihkih. tak kesah laa bunyi poyo sikit kan. tapi betul laa dah tak buat aktiviti hangout merata tempat dah. paling kuat pun setakat BP mall je. bosan gila kan life student. 

tapi kalau korang nak tau, life student ni la paling banyak masa terluang berbanding kerja. tapi satu je bezanya, duit cukup-cukup makan je. ye la sekarang fully ayah aku tanggung so bajet cukup-cukup makan,pakai jela. kalau time kerja dulu ye la boleh enjoy. sendiri kerja nak enjoy pun takde sape nak marah. 

dah la tanak bebel panjang, jabgi aku ada kelas pukul 3 petang hari ahad...ulanggg suara hari ahadddd....! johor start kelas hari ahad kot! sob!. lagi pun jabgi ade quiz sikit. chow. 

















doa dalam hati takde sapa baca entry ni please... aku tengah merapu meraban sorang-sorang kat bilik tunggu nak pergi kelas. nak study rasa mcm dah teror (ecehhh padahal malas) hahaha. so bye. next time aku up sikit pasal hostel life aku. untuk simpanan anak cucu baca dan kaji perangai tok dia ni. kah kah kah. k bye :)

Wednesday, 3 September 2014

New life new environment

Assalamualaikum,

hari ni aku post entry guna wifi free universiti. third day dah kat sini dan waktu taip ni tengah ponteng orentasi. hehe. mohon jgn tiru.  btw aku dah continue study. course? hurmm macam dulu jugak.

and i'm here now. :)

berkat tunggu setahun dan dapat la jugak pengalaman kerja selama setahun. macam-macam ragam kita jumpa. kerja tak sama dengan study. kerja duit sentiasa ada but time study masa sentiasa banyak even duit cukup-cukup je. that why aku lebih suka belajar. komitmen hanya pada kuliah,test,quiz,tutorial dan paling pening pun final year projek je. tapi kalau dah kerja, kerja tak pernah habis. kau pulun la siapkan banyak mana pun esok mesti ada kerja lagi. 


ok dah la. aku malas dah nak taip banyak-banyak. lagipun tengah sorok-sorok ni taip. dalam gelap kot. bertemankan lampu laptop je. biasa aa ponteng orentasi macam ni aah. bukan ape, asyik ceramah je. Boring!.


Monday, 25 August 2014

Independence square

Assalamualaikum :)

benda paling takda kerja pernah kiteorang buat. hangout sampai lewat pagi, tapi batery dslr mesti full charge dan memory card kosong. 

ni memang habis takde kerja rondam dataran merdeka. aku letak gambar ni sbb nak simpan kenangan dengan diaorg. tu je. bye. 

















selfie dgn wan mmg takleh berpisah. haha