mr nuff

Tuesday, 14 January 2014

pekasam utara

Assalamualaikum :)

siakap 1.5kg :)
well minggu ni aku pergi memancing with someone so ikan banyak-banyak ni kalau dah duduk bujang 10 ekor pun boleh tahan 3 bulan.haha. disebabkan nak ikan-ikan ni tahan lama dengan penat lelah(ayat nak poyo) aku gagahkan diri buat pekasam. merata aku menuntut buat pekasam ni(padahal google je.haha).

ok let's check it out :)

mula-mula ikan tu cuci kasi bersih dah perapkan dengan garam selama 1 hari.


then lepas sehari, balik je kerja terus aku masuk dapur gorengkan beras. goreng sampai warna jadi perang-perang.



then blander je beras yang dah digoreng tu. sepatutnya ditumbuk tapi aku nak cepat. penat woi nak tumbuk-tumbuk bagai. haha

 lepas je dah blander beras tu aku masukkan garam sekali dalam beras dan gaul sehingga sekata. lepas je gaul baru lah boleh ambik ikan satu persatu masukan. beras tu masukkan sekali dalam perut ikan tu. baru best.
 dah setel gaul semua, susuh ikan dalam bekas yang ada penutup. biarkan satu hari sebelum masukkan dalam peti ais. lepas seminggu boleh la goreng dengan bawang dan cili kering dan boleh makan. :)

ok simple je. kat shah alam aku rasa macam susah je nak mencari pekasam. so buat sendiri la jawabnya. so sesapa nak try bole la. :)


Sunday, 12 January 2014

Belated Birthday at Dataran Shah Alam

a simple birthday party untuk kawan aku. takde sesapa pun dijemput sebab last minutes plan lepas balik kerja. hahaha. lagipun bukan ramai pun geng duduk area kl dan selangor. 


entry ni macam takde point tapi entry ni show our friendship never end. aku malas nak bercerita panjang. picture speak thousand words. Depends on which angle you with to focus XD












that a simple entry. tapi banyak kenangan manis tertinggal kat sana.

"kenangan tak boleh dibeli di 7eleven" hehehe

XOXO :)

Saturday, 4 January 2014

best online shopping

Assalamualaikum


tengah boring-boring ni aku nak share sikit online shopping yang best yang selalu habiskan duit aku hanya dengan hujung jari. kalau korang nak pergi shopping takde masa atau nak pergi shopping tapi takde member nak teman atau malas nak keluar jalan-jalan dari satu mall ke satu mall aku sarankan korang lepak dan intai-indai di luvclothez.com . seriuosly baju dia memang cute-cute dan banyak pilihan. harga pun boleh tahan murah-murah. macam baju aku pakai ni harga dia only RM 61. jarang tau ada dress yang long sleeve harga bawah RM100.


well style aku jenis jimat-jimat je. gaji sejemput je jadi beli pun sejemput jela. lagipun aku ni jenis sekali beli aku pakai bertahun-tahun. selagi tak buruk/hilang aku pakai je takde nak tukar-tukar. haha. tudung tu aku dapat free je, baju dari luvclothez.com, seluar aku beli voir kat The Store, selipar dan beg aku beli kat al-ikhsan je. beg tu dah berzaman. dah 3 tahun dah seluar tu dah 4 tahun. ketinggalan zaman ke tak ada aku kesah. haha.

ni pun aku beli di luvclothez.com. baju dia memang cantik-cantik dan banyak saiz. korang tak perlu risau. service dia pun memang tip top. dress dia semua comel-comel. kalau korang bertudung macam aku korang boleh renovate sikit baju tu jadi gaya bertudung. tak susah pun


ape pun korang try la singah-singah kat luvclothez.com ni dulu, sure puas hati dan tangan tak teragak-agak nak klik. baju dia pun sekarang ada sale serendah rm5 kau..! gila tak gila aku. Times Square pun takleh lawan. takyah sesak-sesak pegi mall dah. 

ok selamat shopping. :)

Wednesday, 1 January 2014

Happy New Year. Welcome 2014

Assalamualaikum dan Happy New Year guys.


setiap tahun mesti ada azam baru kan.? so cliche! apa pun kalau nak berubah tak perlu tunggu awal tahun. esok pun boleh berubah. Ok stop thinking pasal azam baru. yang penting semalam aku enjoy sambut new year kat water fountains klcc. sesak dan himpit-himpit pun best jugak. haha

pakai simple-simple naik train dari shah alam ke kl sentral then naik lrt kl sentral to klcc. waktu macam ni tayah mimpi la kau nak drive gi kl confirm jem gila dan silap-silap pukul 12 pun tak sampai klcc lagi. lagipun train extand waktu dia sampai pukul 2 pagi. so chill naik public transport lagi senang walaupun macam sardin jugak.



masing-masing baru boleh tarik nafas keluar dari lrt. tapi tak tahu ada lagi bala yang menanti. sesak nak mampus. kiteorg siap pegang-pegang tangan agar tak hilang. kalau hilang for sure tak jumpa dah. silap-silap jumpa kat rumah je sbb line pun takda even ko duduk depan menara maxis. haha




 there we are. muka dah tahankan jela sesak2 ni. redha habis. sebenarnya dah tak de ruang nak posing. ambik gambar guna DSLR gaya selfie macam nset. haha. berat kau nyahhh!

 welcome 2014 kat air tu tapi aku gambar aku semua nampak macam ni je. susah nak ambik gambar. ramai sangat. huhu.

 and this jackling victor rasanya. *entah betul ke tak aku heja nama si jac ni. malas nak google* nampak kat air jela. pun jadi lah.huhuhu

 ni kau tengok. sikit punya ramai orang. segala bangsa ada. segala bau segala perfume semua tanggal kalau macam ni. rugi perfume bvlgari aku. haha

 ok aku nak ambik gambar jam kat menara maxis tap sebab susah nak pusing terambik gambar klcc jela. huhu. cantik disinari cahaya lampu. :")

and this happy new year. firework ni la yang dinanti sangat tu. hahaha




video
ok nah video new year satu. kehkehkeh. tapi kat klcc takde counting masa. agak tak best lah. tapi suara aku boleh tahan jerit-jerit. nasib orang ramai. segala macam bunyi ada. hehe.


 dan sampai time nak balik fuhhh kalau bawa budak-budak ni mau tak bernafas. sikit punya sesak. orang cakap kalau jatuh ni confirm terpijak.


ok dah letih balik rumah. tapi sampai rumah pukul 2 pagi boleh pulak naik ambik kunci then lepak mcd sek 7. ok gila. pukul 4 baru tido. untung 1 january cuti.