mr nuff

Saturday, 8 February 2014

Tahap iman dalam diri

Assalamualaikum.


kita dah hampir akhir bulan januari(lama dlm draft). apa yang aku dapat simpulkan tahun 2014 merupakan titik mula hidup aku yang penuh dengan tekanan, pengalaman, cabaran, dan emosi. Umur? menapak selangkah lagi. Amalan? entah bakul tahun lepas pun masih banyak tak terisi. Terlalu sibuk mengejar hal dunia sampaikan lupa bekalan untuk ke sana. Masa berputar laju sekejab je masa berlalu. dunia dah makin singkat tapi amalan masih tak berjalan. Allah....


what i'm thinking tonight?
Entah. kepala tak berserabut. tapi jiwa kosong.. masalah ada tapi tak tahu. hati tak tenang tapi tak tahu apa. Masalah duit? takkk...! Masalah Kerja? pun tidak..! apakah kerana aku semakin jauh dari Dia? lemah rasa hati. sedar diri semakin jauh. tapi masih setia di takuk yang lama tak juga berubah.

“Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.”- al-Qaf ayat 16


Sepatutnya aku sedar, Allah swt tak pernah jauh dari aku walaupun aku sombong dengan Dia hanya kerana dunia pinjaman dia. Terasa jauh kerana aku sibuk mengejar cinta manusia dan material.

“Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Al-Ra’ad, Ayat 28 

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNYA. beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung di sebalik makna-makna yang diucapkan.

Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghapiri. berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana Tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali menghadapNYA.

Perbaiki diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. perelokkan nawaitu kita untuk bertaubat dan bersujud padaNYA.

Terima Doa aku Allah...

sunset view kuala perlis. His work are wonderfull

No comments: