mr nuff

Sunday, 23 February 2014

The hard february

Assalamualaikum ;)


How to start. Aku dah blur. Tapi sekarang ni aku tengah taip entry dekat hospital. Eh eh bukan aku yang sakit tapi temankan ayah aku yang sakit. Disebabkan bosan menunggu sambil ayah aku pulak tido. Takde kerja nak buat aku taip jela.


Hari ni dah masuk hari ke tiga berturut-turut aku duduk sini. Takde hal la setakat nak tunggu, bg makan, angkat gi toilet. Ayah aku jaga aku kecik-kecik dulu lagi susah ape. Setakat mcm ni takdenya nak terbalas budi ayah aku besarkan aku dulu.


For sure air mata aku ni dah kering dah. Anak manja la katakan (abg aku ckp). Start dari dapat mesej ayah aku masuk hospital aku dah gelabah. Air mata kau tayah cakap la time tu. Mencurah-curah! Kena pulak handphone takde kredit laju je maybank2u. Request TAC number lambat pulak masuk. Memang berbaldi la caci maki aku kat maybank padahal derang tak salah pun.hahaha


Tak cukup dengan tu je bila aku call je balik kt number yang msj aku tu. Tetiba dia cakap dah masuk ICU. Time tu gelabah dia sampai baju pun aku blur nak bawa balik baju ape. Call semua adik beradik aku diaorg tak angkat. Free je handphone aku pulak kena maki. Klo kira makian aku tu bebaldi la padahal phone tu tak bernyawa pun.


Dalam  lima belas minit pastu abg aku call ckp balik dgn dia je. Aku laju je ok sambil tunggu dia kat rumah aku. Speed balik perlis aku rasa catatan paling terbaik dlm 4 jam lebih dah sampai. AES aku rasa flash je. Haha


Sampai je perlis terus ke hospital. Pukul 2 pagi tak silap. Guard pun ngantuk je tak tahan kami nak masuk. Bila nampak muka ayah baru la lega. Dia sembang rancak je. Abang aku sorang lagi tu sampai lagi awal. Aku tataw la dia speed laju mana. Padahal aku lagi laju aku rasa.


Malam pertama tu aku tengok ayah okey sikit la. Sihat boleh gelak-gelak walaupun sakit. Tapi esoknya tengok lemah je. Kena puasa sebab nak buat operation. Tapi satu je aku bengang dgn hospital kerajaan. Lambat sangat tindakkan dia. Kaki sakit siap darah-darah lagi kat katil boleh lagi dia buat relax. Siap suruh ayah aku puasa dari 9 pagi sampai ke 1.30pagi. Gila kau tak lemah mcm tu. Kita puasa bulan ramadhan pun ada time buka puasa. Tu pun dapat buat operation pun lepas abg aku sorang tu bising2.

before operation. darah banyak keluar, kain dah berkali-kali tukar. tapi doc still tak buat pape.

after two day baru buat operation. 

 

*sambung lepas seminggu keluar hospital.kekeke. lama pulak buat pekasam dalam draft*

well, ape aku nak cerita pun dah lupa dah. now aku kat shah alam dan ayah aku kat perlis. apa yang aku ingat 9-15hb febuari ayah aku duduk hospital dan hospital dah jadi macam rumah kedua aku. 16hb aku balik shah alam sebab dah emergency leave sampai seminggu. ape pun thanks to my abang yang sanggup cuti jaga ayah sampai boleh jalan. 

get well soon my lovely dad. i love you more and more each day.
sebelum pindah first class. time nie memang takleh tido. sekeliling bising sangat macam tak hormat orang sakit. 


No comments: