mr nuff

Sunday, 20 April 2014

Gulai Ikan Haruan

Assalamualaikum :)

Balik convocation hari tu ada member bagi ikan haruan. Boleh tahan banyak jugak la. Mula-mula dapat tu aku tak sangka kasi ikan. housemate aku letak dlm tempat beku lebih kurang 2 minggu jugak la. then malam (lepas 2 minggu) tu aku terdetik la nak buka ape benda dalam beg plastik tu, buka-buka tengok-tengok ikan haruan. dah la tak siang. menjerit kat housemate aku "woii ikan haruan weh..nape tak cakap!! dgn tak siangnya letak dlm tempat beku" dan dia pulak selamba je "mana aku taw mak fadzil bagi. balik convo tu letih-letih terus letak dlm peti ais tak tengok pun amenda." (ckp sambil gelak-gelak). masing-masing senget. keh keh keh.


dengan semanangatnya aku siang ikan tu. berpeluh weh malam tu siang ikan tu. busuk satu badan macam aku pulak jadi ikan haruan. selalu kat kampung siang tempat terbuka so takde la bau kuat sangat, ni duduk sini rumah pun kecik je alahaiiiii bau dia mengancam. haha. tapi hari tu siang jela sbb tak suka tengok benda tak siang dalam peti ais. tapi tak masak punnn..haha. so hari ni genap sebulan ikan tu dalam tempat beku baru la nak masak (=.="). lama ko taw. dah tak berapa fresh dah. tapi bila dah masak bantai je makan.


niat kat hati nak masak mcm resepi tok aku bagi. rempah giling tapi faham-faham je la rumah bujang. so pakai rempah beli kat kedai je. bahan-bahan dia :

1. Ikan Haruan (3 ekor)
2. Santan Kelapa (gigih aku mesin kelapa hari ni)
3. Serbuk Kari Ikan Allagapas (jenama aku main sebat je kat Aeon Big tu)
4. Bawang Putih & Bawang Merah
5. Rempah campur
6. Tomato, kacang bendi
7. Daun kari (tapi aku takde)
8. asam keping


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak,  tumis bawang merah, bawang putih dan rempah campur hingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari yang dah di bancuh dengan air kacau hingga mendidih.
3. masukkan asam keping dan tambah sikit air dah kacau sampai sebati.
4. bila dah mendidih masukkan ikan dan kacau lagi. tapi slow-slow je taknak kasi hancur ikan.
5. bila dah agak nak masak masukkan santan pekat. masak dalam 5 minit masukkan kacang bendi(rumah aku takde), tomato dan cili padi. biarkan lagi 5 minit. setel dah boleh hidang.


ok tu je. tapi make sure korang basuh ikan tu sampai bersih. letak la asam jawa ke, limau nipis ke kasi hilang bau hanyir ikan darat. kalau tak hilang bau karang tak lalu makan pulak. :)


Tuesday, 15 April 2014

#throwback final meeting with DTK B

Assalamualaikum :)

dah hampir setahun entry ni ada dalam draft aku. setahun oii setahun....lama tau. haha. aku tak sure aku malas taip or ada hal yang terhalang time tu tapi yang pasti aku hanya upload gambar masukkan dalam draft bagi aku tak lupa. unfortunately aku tetap lupa. keh keh keh.

apa yang aku ingat pasal gambar ni, ni time last final exam semester 6. kira memasing nak balik negeri memasing laa. time ni gathering ramai-ramai lepak-lepak layan perasaan. hehe. ape pun tengok gambar dah la. aku tak ingat. serius tak ingat memori ni. 



 









they leave footprint in my heart. :) semoga berjaya friends.

Tuesday, 8 April 2014

Convocation Day

Hi Assalamualaikum :)

satu lagi moment terlakar dalam hidup aku. Konvokesyen..! harus la update entry untuk kenangan ni tapi masa selalu tak mengizinkan. sejak bekerja most of my time kerja je. tak macam zaman study la. sebulan sampai 7 8 entry. hahaha. time tu masa banyak terluang. kenkadang kelas batal terus balik hostel online. sekarang dah kerja kalau meeting batal still kena balik office sambung kerja. 

now im officially graduate diploma in electronic computer engineering. baru diploma so takyah excited sangat kan. tapi biar la aku nak update pun. tiga tahun kau tau aku belajar penat-penat. tapi bila dah start kerja ni, sebenarnya alam study lebih best. tak tipu! even duduk hostel duit ada rm50 dalam purse rilex je. boleh tahan makan seminggu. tapi bila dah kerja, gaji 2k++ pun tak cukup. kalau duit tinggal rm50 dah gelisah. hidup bandar weh pegi mana sikit semua keluar duit. takde free. so korang doa-doakan aku dapat sambung belajar. suruh belajar sampai tua pun aku sanggup.hahaha


ok back to the point. tarikh convo aku sangat la tak kena masa (bagi aku la) sebab time tu jatuh hari rabu dan aku terpaksa ambik cuti 2 hari lebih awal. dan yang paling tak best tarikh yang diaorang bagi tu seminggu lagi nak cuti sekolah so susah la nak ambik cuti sebab minggu berikutnya tu cuti sekolah midsem. 

tapi for me convo ni boring jugak la. ayah aku sakit takleh datang so rasa takda point aku datang convo. tapi disebabkan ayah aku nak jugak aku ada gambar convo sekeping gantung kat dinding ikutkan jela. sedih tau tengok parent orang lain beria-ria ambik gambar tapi aku....hurmmmmmm.....


owhhh that me :) anak buah aku yang ambikkan. si Aqilah Nur Balqis tu. boleh laaa.. DSLR pun guna auto je. tu pun gegar jugak. nasib la budak umur 11 tahun.

my older sister. dia je datang. tu pun 10 minit sebab ayah aku suruh datang sebab takde sapa datang convo aku. sedih tau rumah dekat je tapi nak datang pun susah. tape la aku sambung degree nanti harap-harap ayah aku boleh datang. mengharap sangat tau.



ni muka dah letih. dah sakit kepala nak balik je rasa. owh for your info gambar ni kamera aku letak atas bonet kereta je tau. timingkan pastu tadaaaaa....hahahaha terasa jugak ada orang ambikkan gambar. kulit tuuu...! aahhh lantak laa aku malas nak edit. orang cakap gambar biar real. ni betul-betul real. jubah dah ke belakang, tudung dah kemek sana kemek sini. hahaha

ada jugak laaaaa orang belikan bunga. ros kuning tu..hahaha. ok ni je gambar convo aku..yessss ni je dari kamera aku tau. kalau gambar lain-lain tu semua tumpang kamera kengkawan aku. hahaha. sebelum ni kalau satu event camera aku mau penuh beratus gambar tapi bila convocation sendiri ada la 20 keping.


ni gambar aku ambik dari photographer. saja simpan buat kenangan :0
handphone aku je masuk dlm gambar ni. tuan takde. sibuk suruh org ambik gambar.hahaha














*************************

dan last gambar dengan budak kelas aku. perempuan je ada. yang lelaki entah kemana menghilang. Ni pun missing in action 2 orang. (wini dan nani). kira aci la eh letak gambar diaorang kt atas tu. masuk jugak la semua muka.hahaha

tarikh ni : 19 march 2014. 3 p.m.

habis je convo terus rushing balik shah alam. mulakan kerja esoknya. habisssss.