mr nuff

Sunday, 20 April 2014

Gulai Ikan Haruan

Assalamualaikum :)

Balik convocation hari tu ada member bagi ikan haruan. Boleh tahan banyak jugak la. Mula-mula dapat tu aku tak sangka kasi ikan. housemate aku letak dlm tempat beku lebih kurang 2 minggu jugak la. then malam (lepas 2 minggu) tu aku terdetik la nak buka ape benda dalam beg plastik tu, buka-buka tengok-tengok ikan haruan. dah la tak siang. menjerit kat housemate aku "woii ikan haruan weh..nape tak cakap!! dgn tak siangnya letak dlm tempat beku" dan dia pulak selamba je "mana aku taw mak fadzil bagi. balik convo tu letih-letih terus letak dlm peti ais tak tengok pun amenda." (ckp sambil gelak-gelak). masing-masing senget. keh keh keh.


dengan semanangatnya aku siang ikan tu. berpeluh weh malam tu siang ikan tu. busuk satu badan macam aku pulak jadi ikan haruan. selalu kat kampung siang tempat terbuka so takde la bau kuat sangat, ni duduk sini rumah pun kecik je alahaiiiii bau dia mengancam. haha. tapi hari tu siang jela sbb tak suka tengok benda tak siang dalam peti ais. tapi tak masak punnn..haha. so hari ni genap sebulan ikan tu dalam tempat beku baru la nak masak (=.="). lama ko taw. dah tak berapa fresh dah. tapi bila dah masak bantai je makan.


niat kat hati nak masak mcm resepi tok aku bagi. rempah giling tapi faham-faham je la rumah bujang. so pakai rempah beli kat kedai je. bahan-bahan dia :

1. Ikan Haruan (3 ekor)
2. Santan Kelapa (gigih aku mesin kelapa hari ni)
3. Serbuk Kari Ikan Allagapas (jenama aku main sebat je kat Aeon Big tu)
4. Bawang Putih & Bawang Merah
5. Rempah campur
6. Tomato, kacang bendi
7. Daun kari (tapi aku takde)
8. asam keping


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak,  tumis bawang merah, bawang putih dan rempah campur hingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari yang dah di bancuh dengan air kacau hingga mendidih.
3. masukkan asam keping dan tambah sikit air dah kacau sampai sebati.
4. bila dah mendidih masukkan ikan dan kacau lagi. tapi slow-slow je taknak kasi hancur ikan.
5. bila dah agak nak masak masukkan santan pekat. masak dalam 5 minit masukkan kacang bendi(rumah aku takde), tomato dan cili padi. biarkan lagi 5 minit. setel dah boleh hidang.


ok tu je. tapi make sure korang basuh ikan tu sampai bersih. letak la asam jawa ke, limau nipis ke kasi hilang bau hanyir ikan darat. kalau tak hilang bau karang tak lalu makan pulak. :)


3 comments:

Anonymous said...

There are a few factors you want to consider when purchasing a superfood
drink powder. Stone Age is long gone, but this simple example shows why we have
this mechanism. No wonder that Spirulina, has been declared by World Health Organization (WHO) as.



Look at my blog post :: Chris Ashenden go to website

Anonymous said...

Having been another webpage proprietor, I acknowledge
how stressful it is to supply systematically quality content.
Keep up the excellent work!

Also visit my web blog ... e Liquid

Anonymous said...

This post is iin fact a pleasant one it helps new web visitors, who aare wishing for blogging.


Here is my website - Free TOEIC Test