mr nuff

Tuesday, 27 May 2014

Resepi Donut simple

Assalamualaikum :)

ok hari ni aku try masak donut pulak. macam biasa ape yang aku masak haruslah simple. buka laci kat dapur cari-cari bahan nasib baik la semua ada. yeast tu aku tataw la bila beli tapi bila ada dalam laci tu sebat jela. haha. lagi pun bukan ada org pun duduk kat rumah ni. aku dgn housemate aku je. 


ok kita start dengan bahan-bahan :

1- tepung gandum 3 cawan
2- gula pasir 7 sudu besar
3- susu pekat 3 sudu besar
4- telur gred A sebiji
5- mentega 2 sudu besar
6- yeast 1 peket (mauripan 11g)
7- Air suam secawan

owhhh for your info laptop tu bukan bahan-bahan ye. tu sebab aku tengok resepi. kah3. nampak benar tak berapa pandai buat lagi.


cara-caranya..

1- masukkan air suam dalam mangkuk dan masukkan gula dan susu pekat manis dan kacau sehingga gula larut. kemudian masukkan yeast kedalam gula dan susu dan kacau. biarkan sehingga 10 minit.

2- pecahkan telur dan kacau sedikit. masukkan mentega yang dah dicairkan dan kacau sehingga sebati.


3- then campurkan sekali telur yang dimasukkan mentega dengan yeast yang dah berbuih sikit tu. then boleh lah campurkan dengan tepung. 

4- kacau tepung tadi sehingga sebati kemudian biarkan sehingga 45minit-1jam. tutup adunan tersebut dengan kain bersih yang dibasahkan.


5- lepas sejam baru lah buka dan buatkan donut. waktu uli tu pastikan tangan kering dan letakkan tepung sikit bagi dia tak melekat pada tangan.

6- boleh la goreng dengan minyak yang panas. ohhh one more thing, jgn goreng terlalu lama sebab nanti hitam dah tak cantik.

7- blender gula pasir then masukkan ke dalam donut yang dah digoreng tadi dan boleh makan...siappp :)



p/s: disebabkan aku tak suka manis so aku tak gaul dgn gula tp aku buat bulat boleh letak sambil bilis dlm tu.

No comments: