mr nuff

Friday, 20 June 2014

Air Terjun Sg Gabai, Hulu Langat

Assalamualaikum :)

Bulan ni memang bulan holiday puas-puas ye. bulan depan dah start puasa so activity gila-gila last minutes plan macam ni haruslah tergendala sebulan dan mungkin bersambung kembali selepas raya. hehe.kiteorang ni hari kerja ke hari tak kerja ke sama je. balik still malam buta jugak.

so plan kali ni ke waterfall pulak. cadang nak ke PD tapi paham-paham la kalau plan awal memang tak menjadi. kena jugak last minutes. ni pun plan pagi tengah hari terus gerak. gamble jela. duit isi minyak kereta, tol kesas rm 4 dah. makanan masak sendiri masuk ni bayar rm 1 seorang. setel keluar duit pastu enjoy sepuas hati. hehehe

waterfall ni cantik la jugak. bukan cantik la tapi mmg cantik. cuma seksa sikit nak mendaki bukit tu. semput jugak la. tapi berlagak tanak mandi kat bawah nak jugak kat atas orang tak ramai dah tu kena daki hambik kau. nak ajak turun dah separuh jalan. teruskan jela. tapi semua tu lega bila tengok air terjun. fuhhhhh 



muka penat habisss. sampai-sampai kalut minum air. dahaga gila.kejang kaki memanjat bukit. hehe.







ni cara nak jimatkan bajet. masak kat rumah ok. pastu bawa bekal. kau kalau dah main air naik tu mesti lapar. lauk tak berapa sedap pun licinnn. 


basuh pinggan mangkuk kat atas ni je. nasib aa orang kat bawah. rasa la rendang ayam, ayam masak kicap. hahahaha. tapi takde la kejam mcm tu. sisa masukkan dalam plastik. pencinta alam la katakan tiga orang ni. hahaha





ni la orang cakap kenangan tak boleh dibeli di seven eleven. nanti kalau dapat tawaran sambung belajar dan jauh dari diaorang mesti rindu. so take a pic banyak-banyak nanti kalau jauh hilangkan rindu kat kawan-kawan. hehehe

ni cubaan berani mati. rilexkan diri dengar air terjun. memang asyik banget dong. hehe

and tangga dia. licin, curam dan ni baru separuh jalan. masih jauh lagi perjalanan. dan kat tangga ni la aku jatuh terduduk tapi bangun sambil buat muka cool terus jalan tak pandang orang belakang yang terkejut. siap keluar ayat lagi. "budak-budak nak belajar jln pun kena jatuh dulu baru pandai" haha. senget!


and the last. before turun bawah. ambik nafas jab nak turun tu satu hal. kalau yang bawa anak-anak tu prefer mandi kat bawah jela.  ok that all. #lifeupdate :)

Wednesday, 18 June 2014

French Village Colmar tropicale, Bukit Tinggi,Pahang

Assalamualaikum..

Macam yang aku janjikan second entry untuk French village. lepas turun dari japanese village terus je tuju ke junction yang first korang naik tu. dari pondok bayar tu balik kiri. Yang ni better la. tak penat sebab lebih kepada banggunan yang colourfull.

cuaca time kami turun dari japanese village tu hujan renyai-renyai. tapi tape kat bukit kan hujan dia tak lama. sekejab je dah cerah balik. tapi kiteorg ni hujan ke tak hujan ke gambar mesti ambik. biar la berpayung pun. hehehehe





kat sini nak parking kereta takde la jauh mana. nak turun dari tempat parking tu ada lift. so ok la. tak penat just jalan for fun gituuu..heheh. so let go...! let the journey begin...





first sampai mesti terpegun. cantik sangat. walaupun takde perbezaan dari dulu lagi tapi still buat aku happy. entah la maybe aku ni jenis senang happy kot. bawa pergi jalan-jalan dah la. biar tak beli pape pun. dapat ambik gambar sekeping dua terus boleh senyum sampai ke esok. hahaha






satu je yang aku best tempat ni bila ada budak-budak main buih belon. nak beli tapi takde lak nampak orang jual. so ape yang budak-budak tu main aku interframe. hahaha





tempat dia takde la besar mana. jangan expect macam french betul tapi seni binaan dia tu berseni. cat pun takde lusuh-lusuh. semua cantik je.



budak ni suka benar tiapkan belon kat kiteorg. perempuan dua orang ni ape lagi ambik kesempatan main jugak laa...heheheh






kalau nak tengok full view boleh la naik ke menara dia. but don't worry ade lift laa. tidak semput jugak nak menapak naik tangga.




motif gambar ni tak ketahuan. pergi dengan diaorang memang jadi gila. hahaha





yang ni part last. selfie dengan swan. cantik dan bulu lembut tapi susah la nak sentuh. hujung-hujung jari je boleh. yang penting ikan dalam ni banyak. rasa macam nak ambik bawa balik. hahaha

ok that my #lifeupdate. so conclusion duit bukan penghalang nak pergi jalan-jalan. cuti-cuti malaysia. 

before that meh aku tlg calculate untuk korang yg nak pergi tu.

tol gombak pergi balik rm10
Bukit Tinggi rm 12 per head x 3 person
minyak kereta rm30
makan Mcd rm 5.50(mac chicken lunch treat) x 3person


so total seorang baru rm 30 plus minus laa... yang penting happy.!