mr nuff

Monday, 16 June 2014

Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum...

Ni kali ke dua aku pergi bukit tinggi. Tak banyak berubah pun. tapi disebabkan kan kami tiga orang ni jenis cintakan Alam so pergi tempat mesti laa penuh flora. dan yang paling penting boleh ambik gambar banyak-banyak. sanggup kelek DSLR kehulu kehilir. janji gambar banyak.

macam biasa kos pergi bukit tinggi kategori jimat jugak sebab hujung bulan. masing-masing duit ada RM 20 dalam poket pun takde hal. jalan-jalan tu penting. gila.! untuk family sesuai sangat tempat macam ni. Nak-nak pulak jenis family yang nak jimat tapi anak-anak gembira. kalau dari KL exit ke Tol Gombak naik lebuhraya karak. kiteorg waze je. ape susah zaman teknologi weh. btw masuk bukit tinggi kena bayar RM12 untuk semua tempat. lebih untung dari dulu laa.


bila korang dah daki bukit tu make sure korang pergi japanese village dlu. sebab dia memerlukan tenaga lebih sikit berbanding kat french village. and one more thing yang perempuan tu tayah pakai high heel. kalau kau rasa kau hebat boleh panjat bukit pakai high heel go on. tapi better takyah la. takut ko cabut kasut jalan kaki ayam je. hehehe



penat daki tangga bukit berbaloi bila tengok view dari atas yang cantik gila. seriusly penat dan sejuk tapi bila dah berpeluh hilang sikit sejuk. wakaka. ohhh lupa kiteorg bawa sendri McD ni sbb kalau beli kt dalam tu mahal gila. so daki bukit sambil bawa air McD. hahaha


ni dah start kenyang mula laa wan jadi cameraman. sana sini nak ambik gambar. hahaha.




i love nature more than everything... freshhh airrrrr... seduttt...seduttt...seduttttt....






Dalam ni penuh dengan spa-spa ala-ala japanese la. kalau korang nak pakai kimono pun boleh. tapi kiteorg tak try sebab harga RM30 seorang. Duit pun doploh hengget lagi mau masuk macam-macam. tayahhhh...





nak pergi ke taman-taman dia perlukan kekuatan fizikal. keh keh keh. ni baru separuh ada lagi dalam. nak turun takde hal tapi bab nak naik balik tu lotehhhh den.





ok dah habis kat japanese village now turun bawah ke french village pulak. err continue next entry laa. macam panjang je ni. kang loading plak nak buka gambar banyak sangat. hehehe

No comments: